Friday 8 April 2011

kisah sejarah nabi muhammad - part 2

assalam


heloooo..kalau la dapat bantal dan tilam empuk ni mahu minggu depan baru bangun dari tido..setan duk bergayut kat mate jea ni ha..lebih2 plak baru lepas mentekedarah..fuuuu syorga2..ok2 terus part 2 pulak..





Lingkungan Kekuasaan Islam Yang Pertama


Tidak banyak waktu yang diperlukan Muhammad dalam menyampaikan ajaran agama, dalam menyebarkan panjinya ke penjuru dunia. Sebelum wafatnya, Allah telah menyempurnakan agama ini bagi kaum Muslimin. Dalam pada itu iapun telah meletakkan landasan penyebaran agama itu: dikirimnya misi kepada Kisra, kepada Heraklius dan kepada raja-raja dan penguasa-penguasa lain supaya mereka sudi menerima Islam.


Tidak sampai seratus lima puluh tahun sesudah itu, bendera Islampun sudah berkibar sampai ke Andalusia di Eropah sebelah barat, ke India, Turkestan, sampai ke Tiongkok di Asia Timur, juga telah sampai ke Syam (meliputi Syria, Libanon, Yordania dan Palastin sekarang), Irak, Parsi dan Afganistan, yang semuanya sudah menerima Islam.


Selanjutnya negeri-negeri Arab dan kerajaan Arab, sampai ke Mesir, Cyrenaica, Tunisia, Aljazair, Marokko, -sekitar Eropah dan Afrika- telah dicapai oleh misi Muhammad 'alaihissalam. Dan sejak waktu itu sampai masa kita sekarang ini panji-panji Islam tetap berkibar di semua daerah itu, kecuali Spanyol yang kemudian diserang oleh Kristian dan penduduknya disiksa dengan bermacam-macam cara kekerasan.


Tidak tahan lagi mereka hidup. Ada di antara mereka yang kembali ke Afrika, ada pula yang kerana takut dan ancaman, berbalik agama berpindah dari agama asalnya kepada agama kaum tiran yang menyiksanya.


Hanya saja apa yang telah diderita Islam di Andalusia sebelah barat Eropah itu ada juga gantinya tatkala kaum Usmani (Turki) memasukkan dan memperkuat agama Muhammad di Konstantinopel. Dari sanalah ajaran Islam itu kemudian menyebar ke Balkan, dan memercik pula sinarnya sampai ke Rusia dan Polandia sehingga berkibarnya panji-panji Islam itu berlipat ganda luasnya daripada yang di Spanyol.


Sejak dari semula Islam tersebar hingga masa kita sekarang ini memang belum ada agama-agama lain yang dapat mengalahkannya. Dan kalaupun ada di antara umat Islam yang ditaklukkan, itu hanya kerana adanya berbagai macam kekerasan, kekejaman dan despotisma, yang sebenarnya malah menambah kekuatan iman mereka kepada Allah, kepada hukum Islam, dengan memohonkan rahmat dan ampunan daripadaNya.






salah silap sila perbetulkan..bersambung next entry..

8 comments:

Miecyber said...

Kerajaan Islam hebat...


Teksi berkuasa elektrik di Jepun

penglipur said...

@Miecyber yea..betul tu =)

Anonymous said...

pengaruh yg luas satu mase dahulu. tp sekarang mcm dh lain jadi nye..

++nOTy guGUrL++ said...

umat islam zman skg x reti nk blajar dr kesilapan....x sama mcm zaman rasulullah.....

penglipur said...

@i am S!L4H.. yea..susah sangt nak tarik suh org bace entry mcm ni..huhu

peringtn untuk diri sendri jugak

penglipur said...

@ nOTy guGUrL itu adalah tanda2 akhir zaman..dah dekat dah..huhu

++nOTy guGUrL++ said...

btl2...masyaallah....ngeri2 ble memikirknnye....

:: cikNuurul :: said...

kite umat Islam patut brbangga,sbb Nabi Muhammad adlh seorg tkoh yg hebat,..bagnda adlh org yg paling brpengaruh dlm dunia,..shngga terbentuknya kerajaan Islam yg hebat di suatu ketika dlu,.mne xnye,dr zaman Jahiliah,yg mmg xknal satu bnde pon,smpai la trbntuk krjaan Islam yg agung,.smpai skang msih ade kesan kt negara2 Islam yg lain,teringt mse bljr sbjek,Tamadun Islam,.seronok!,.hehe