Sunday, 17 June 2012

keburukan merahsia perkhawinan!

assalamu'alaikum, bismillah..


nyata bukanya khayalan apa yang aku alami..kau jelma setelah menghilang kini berdiri di lamanku..teramat getir keadaan ini nak kubiarkan tak sampai rasa di hati..ahhh zahir tak terucap mengenai keburukan merahsia perkhawinan..


mungkin ada sebab kenapa ada kalangan manusia yang sengaja merahsiakan perkhawinan mereka..adakah sebab tidak mendapat restu keluarga?..adakah perkhawinan itu melibatkan poligami atau pun sebagainya..terlalu banyak perkara yang boleh di tafsirkan..


seperti yang kita ketahui perkhawinan itu seharusnya di hebahkan kepada orang ramai melainkan pertunangan..tak kira la sehebat mana pun ilmu tajwid, usulludin, fikh dan sunnahnya sekali pun..tetapi jika tidak mengambil kira mengenai maslahat antara keluarga, saudara mara mahupun keadaan sekeliling tidak membawa ke mana2..


pernah berlaku di suatu ketika seorang wanita yang merahsiakan perkahwinannya daripada keluarga dan mengetepikan walinya sendiri kerana keinginan dan kehendak diri yang ingin dipenuhi..alangkah rasa bahagia nya apabila hajat yang di dambakan tercapai..setahun berlalu hidup berstatuskan isteri kedua di rasakan bahagia panas sampai kepetang rupanya hujan pagi tu jugak..


ibarat menyimpan bangkai di dalam karung lama kelamaan berbau juga..perkara negatif mula kedengaran..pelbagai desas desus yang boleh di jadikan fitnah seperti 'khawin dahulu baru nikah'..terkena ubat guna2 sebab berstatus isteri kedua dan banyak isu yang ditimbulkan..kehidupan ibarat terkena histeria apabila jiran2 telah mengatahui status dirinya dan sering di asak dengan pelbagai persoalan yang di ajukan..tetapi masih menafikan sekeras2nya perkara yang sebenar..


seperti terkena sumpahan mak tanggang kepada anak nya..allah swt itu maha besar, allah swt itu maha melihat dan maha petunjuk..dikhabarkan si suami meninggal dunia kerana penyakit yang tidak di ketahui, mungkin sudah tiba masa nya di menghadap maha pencipta..gundah gulana si wanita tersebut, cuba bayangkan jika si suami meninggal dunia tetapi isteri tiada di sisi jenazah si suami..??..


meraung tak berlagu, nak datang ziarah pasti akan ada yang tertanya2 'siapa perempuan itu' ?..apa kaitan perempuan itu dengan jenazah sedangkan perkhawinan mereka masih menjadi satu rahsia..mungkin juga akan menjadi rahsia selama lamanya..


sekadar perkongsian apa yang cinonex rasakan merahsiakan perkhawinan itu adalah suatu perbuatan yang banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan..rasulullah kita sendiri berpesan perkhawinan itu seharusnya di hebahkan..kepada sahabat2 yang rasa nak kawen rahsia2 tu fikir sampai penat..











ps - tak pasal2 cinonex buat entry macam nih..:)





2 comments:

biela bell said...

P'tungn yg xptot heboh tp p'khwinan perlu utk elak fitnah. Kwn2 bell siap warning. Kawen jemput. Muahaha~

outbound malang said...

kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.