Wednesday 27 March 2013

nilai seorang lelaki berkopiah?

assalamu'alaikum,bismillahirramanirrahim..


Jauh perjalanan luas pandangan ramai pengetahuan..semakin jauh berjalan tanpa arah dan tujuan ibarat seperti berjalan di dalam kasut sendiri..tekanan semakin hebat arus di bawah semakin panas..

mungkin kerana sudah berasa kebas dek kerana terperangkap dalam setiap langkah yang membawa kesilapan akhirnya letih lesu dalam keadaan sedar..

nilai seorang lelaki yang berkopiah bukan terletak pada harga kopiah mahupun tempat kopiah di beli..tetapi nilai pandangan seorang wanita yang bergelar makcik, kakak, adik, isteri orang, perempuan yang umor nya hampir terbabas ataupun seorang perempuan yang sedang mencari pasangan hidup atau dalam bahasa yang mudah mereka yang ber'binti'kan ayahandanya..


jauh cc menyusur memerhatikan keadaan manusia yang semakin sawan babi..karat jahilliyah masih menapak di dalam hati pemikiran masih cetek di tahap buku lali..terlalu mudah untuk menilai seseorang hanya dari luaran..betul! adakalanya kita tidak punya banyak waktu untuk mengenali seseorang itu secara dalamannya..bak kata pepatah jangan menilai kulit bukunya sahaja tapi nilailah isi dalamannya..

cuba bayangkan seseorang lelaki yang berpakaian biasa, tidak berkopiah dan di takdir kan berwajah ibarat seperti manusia pecah rumah jiran hadir ataupun menegur seorang muslimah dengan niat yang baik di alam realiti mahupun maya..sudah pasti di abaikan tanpa rasa segan silu dan konfidennya..mungkin terlintas di hatinya..

'orang ni mesti nak mengorat aku, muka macam pecah rumah mesti orang jahat ni, malas layan makan supering lagi sedap'..tetapi pernah kah terfikir mungkin dia ingin menengur sesuatu perkara bagi tidak mengaibkan diri muslimah tersebut?? bersangka baik sahabat..

tetapi bagi mana pula dengan seorang yang berpenampilan baik berkopiah berserban atau sebagainya..hadir dalam hidup seorang muslimah dalam keadaan terketar2 kepala lutut menegur dengan penuh sopan dan santun seperti perempuan 'geisha' di luar mahupun dunia maya seperti facebook dengan bahasa yang baik dan islamic..'assalamu'alikum ukhti, khaifa haluki'..apakah yang akan terlintas dalam fikiran muslimah tersebut?? adakah dia akan menolak dengan sekerasnya2 ataupun akan 'wahh baiknya budak ni dah la pakai kopiah bercakap pun guna bahasa islamic nak kenal2 la dengan budak ni mana tau rezki ambe'..lalu bermula la novel cinta islamic..

ujian kaum lelaki:

daripada usamah bin zaid r.a nabi s.a.w bersabda yang bermaksud
 ''aku tidak meninggalkan suatu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita''
(riwayat al bhukari dan muslim)


adakah kita layak untuk menilai seseorang itu dari luaran dan keimananya??..ada seorang hamba allah swt yang selalu minum arak dan esok dia dikenakan hukuman dan beliau masih melakukan perkara yang sama dan dikenakan hukuman sehinggakan ada suara berbisik meminta rasulullah saw membunuhnya! tetapi rasulullah berpaling pada suara itu dan mengatakan bahawa hanya allah swt yang mengetahui di dalamnya ada iman..(tak ingat sangat cerita ni salah silap perbetulkan hamba yang jahil ini)

bangkitlah wahai sahabat muslimah janganlah kamu mahalkan harga diri pada mereka yang berpakaian tidak islamic dan meletakan tanda murah pada mereka yang berpenampilan islamic berkopiah dan sebagainya..iktilat seharusnya di jaga tidak kira pada mereka yang berkopiah mahupun tidak..kopiah itu bukan lah tanda keimanan dan ketaqwaan seseorang lelaki..

bagi cc biar orang salah menduga biar orang salah menganggap biar orang salah menduga..biar mereka melihat dan tahu yang buruk2 mengenai kita sebelum mengharapkan yang baik2..apa gunanya menghabiskan masa untuk menunjukan kebaikan pada zahirnya sedangkan batinnya jauh menyimpang ke laut..menilailah mengunakan akal dan fikiran jangan tunduk mengikut kehendak nafsu..



pesanan orang jahil :

kepada mereka yang bergelar lelaki/jantan/ayah/pak mentua/pondan dan seangkatan dengan nya, yang keluar berjimba di luar mahupun berjimba di alam siber dengan berpenampilan baik berkopiah bagai..tolong la jaga adab, jaga lidah jaga tutur bicara jangan mencarut dan mengeluarkan perkataan2 yang boleh mengaibkan diri sendiri..sila tanggalkan kopiah anda lalu di masukan ke dalam kocek mahupun ke dalam tekak sendiri..daya pemikiran orang yang melihat mahupun mendengar pasti akan ''tak padan dengan berkopiah mulut @#^&%!.'' lalu menyalahkan kopiah..sedangkan kopiah itu tidak bersalah dalam cerita itu..sekian


note :
dah lama peram entry ni sebab lukis gambar tak siap2 sibuk dengan urusan dunia..lagho2..





1 comment:

Unknown said...

Nice sharing...suka dgn entry ni...BTW, kdg2 apa yg kita nmpk xsama dgn apa yg kita pikirkan. :)