Friday 14 January 2011

remove entry fasha sandha

salam jumaat..saidul aiyam di pagi2 jumaat hari baik dan penghulu segala hari2..macam biase la..bila time hari jumaat ni die kene islamic sikit..bukan jumaat sahaja tau..hari lain pun kene jugak..


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.


“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari... yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.



banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari jumaat yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu di rebut oleh umat islam..antara nya..


Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”


banyak lagi benda2 yang boleh kita lakukan pada hari jumaat ni..termasuk juga cinonex yang tetiba tergerak hati untuk meremovekan entry fasha sandha yang tengah duk ngetop isu di bali sekarang ni ha..bagi cinonex setiap mereka2 yang membaca tu adalah satu dosa bagi cinonex sebab membuka aib saudara cinonex sendiri..


jika kite membuka aib seseorang itu..orang akan membuka aib kita pula..cinonex tak akan kejar trafic2 seperti itu..ia di jadikan untuk cinonex lebih berhati2 memainkan isu seperti ini..


rakan2 serta sahabat2 cinonex berharap korang pun seperti cinonex..bukan nak tunjuk baik atau sebagai nye..tapi cukup2 la dosa lame pun dah banyak..tak kan nak topup lagi dosa tu..nanti patah bahu nak tanggung..













p/s..cinonex buah cempedak..salah silap tolong tegur2 kan..


No comments: