Friday 12 August 2011

kisah sejarah nabi muhammad - part 9

assalamualaikum dan bismillah..


salam sayyidul ayyam..sempena hari baik bulan baik..just sharing sambungan dari part 8..
kisah sejarah nabi muhammad - part 8





Masalah Penyalipan Al-Masih


Masalah lain yang menimbulkan perbezaan pendapat Islam dan Nasrani, dan menjadi puncak perdebatan antara dua golongan itu pada masa Nabi, ialah masalah penyalipan Isa untuk menebus dosa orang dengan darahnya. Secara tegas Qur'an telah membantah bahawa orang-orang Yahudi membunuh dan menyalib Isa.


“Dan perkataan mereka bahawa: kami telah membunuh Al-Masih Isa anak Mariam - Utusan Allah. Tetapi mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, melainkan begitu terbayang pada mereka. Dan mereka yang masih berselisih pendapat tentang itu sebenarnya masih ragu, sebab tidak ada pengetahuan mereka tentang itu, selain berdasarkan prasangka saja, dan merekapun tidak yakin telah membunuhnya. Bahkan Allah telah mengangkatnya kepadaNya. Maha Mulia Kekuasaan Allah dan Bijaksana.” (Qur'an, 4:157-148).


Kalaupun konsep tentang penebusan dosa anak-cucu Adam dengan darah Isa memang indah sekali, dan apa yang ditulis orang tentang itu patut menjadi bahan studi dari segala seginya, baik literair, etika atau psikologi, namun prinsip yang telah ditentukan Islam, bahawa orang tidak dibenarkan memikul beban dosa orang lain, dan bahawa setiap orang pada hari kemudian diganjari sesuai dengan perbuatannya - kalau ia berbuat baik dibalas dengan kebaikan, kalau jahat dibalas dengan kejahatan - menyebabkan pendekatan logik antara kedua ajaran ini tidak mungkin.


Di sini logik Islam sangat konkrit, sehingga tidak ada gunanya usaha mencari persesuaian, melihat garis perbezaan yang begitu tajam antara konsep penebusan dan konsep hukum yang bersifat peribadi. “Seorang bapa takkan dapat menolong anaknya, dan anakpun tiada sedikit juga akan dapat menolong bapanya.” (Qur'an, 31:33).



Tentang agama baru ini, sudah adakah dari kalangan Nasrani ketika itu yang mahu memikirkannya, serta melihat kemungkinan bertemunya konsep Tauhid dengan ajaran yang dibawa Isa itu? Ya, memang ada, dan ramai di antara mereka itu yang lalu beriman kepada ajaran ini.




bersambung part 10..salah sila sila perbetulkan..




p/s..ari ni dah masuk ramadhan yang ke 12..

No comments: