Tuesday 20 September 2011

maksud / apa itu malaxophobia

assalamualaikum dan bismillah..



heloo..salam selasa baru hari ni terasa nak menaip sesuatu selepas bertapa beberapa hari untuk muhasabah dan menambahkan ilmu yang sememangnya kurang..cukup2 tak perlu nak mengebang dengan cerita yang tak berfaedah..kenapa tetiba nak menaip entry sebegini..entah cinonex pun tak tahu..haha


apa itu malaxophobia?..mungkin ada yang tertanye2 ape kejadahnye benda nia..adakah ia sejenis makanan??..malaxophobia berkait rapat dengan philemaphobia dan sarmassophobia atau senang cerita adik beradik la..kalau dalam bahasa popular nye phobia..tapi phobia boleh di pecahkan banyak perkara tertentu dalam hal2 yang terjadi..apa yang cinonex nak ceritakan mengenai malaxophobia yang lain tak mau..





maksud / istilah malaxphobia

malaxophibia ialah ketakutan dalam drama pencintaan..malaxophobia ni boleh wujud disebabkan oleh pengalaman lampau atau trauma yang pernah terjadi dalam diri seseorang itu..salah satu contoh yang boleh kite ambil seperti penderaan seksual..ini boleh menyebabkan perasaan rendah diri dan ketakutan dalam satu perhubungan..


kita tidak boleh salahkan sesiapa kadang2 seseorang itu membesar dalam keadaan yang negatif..bila keadaan ini menjadi latar belakang dalam diri sedikit sebanyak phobia ni menganggu dan boleh mewujudkan masaalah untuk seseorang itu dalam perhubungan..





sebab malaxophobia

secara umumnya malaxophobia timbul dalam satu kombinasi atau peristiwa luar mahupun peristiwa dahsyat yang pernah terjadi pada seseorang itu..banyak ketakutan yang tertentu boleh disusur kembali kerana malaxophobia adalah salah satu trauma di peringkat awal..

malaxophobia juga boleh wujud disebabkan keturunan, genetik, dan kimia otak..pengalaman hidup juga menjadi salah satu peranan wujudnya malaxophobia dalam diri..





gejala / kesan malaxophobia

seperti mana2 phobia yang lain..gejala atau kesan malaxophobia yang wujud dalam diri berbeza2..gejala ini bergantung pada tahap phobia seseorang itu..apa yang terjadi lazimnya kegelisahan yang terlampau, perasaan takut, nafas yang tersekat2 mahupun nafas yang laju lebih senang cakap pernafasan yang tidak teratur..

adakala juga degupan jantung yang tidak sekata, peluh berlebihan dan rasa loya seperti hilang selera makan, mulut kering dan ketidakupayaan berbicara..





cara mengatasi malaxophobia

cara mengatasi malaxophobia ini boleh di kawal dengan ubat ubatan tetapi dengan ubat ubatan boleh menghasilkan kesan sampingan dan berkemungkinan lebih teruk lagi..adakala nye ubatan tidak boleh menyembuhkan phobia yang ada..

selain dari ubatan malaxphobia juga boleh di rawat dengan perundingan dengan pakar2 yang berkaitan, hipnoterapi, psikoterapi dan neo-linguistic dan banyak lagi cara2 mengatasi malaxophobia..salah satu nye adalah cara islam yang cinonex nak kongsikan..


3x - shalawat kepada nabi saw
1x - al fatihah
1x - ayatul kursi


selepas membacanya berdoa la pada allah swt segala yang menganggu..segala yang terlintas di hati, dan fikiran akan lapang dan tenang..insyallah, jika niat kita baik allah swt akan permudahkan..seeloknya di baca setiap waktu, kalau tak boleh pun di kala perasaan gelisah tu menjengah elok la dibaca..banyak lagi cara2 yang boleh di amalkan apa yang cinonex kongsikan sesuatu yang mudah dan simple..





sampai kat sini jela kot apa yang cinonex boleh kongsikan..cinonex bukannye doktor cinta mahupun sifu dalam hal percintaan ni..sekadar perkongsian..salah silap sila perbetulkan yea..ingat la apa yang berlaku tu semua izin allah swt, ingin menguji hamba nye..peace :)

3 comments:

Karya Hati said...

cmtu pun ade ye..huhu

Unknown said...

banyak sangat jenis phobia kat dunia ni kot? hooomaaaaiiii @.@

Arya Putra said...

wah! takut dekat drama percintaan pon ada! haha..aneh..