Friday 2 March 2012

ayah kahwinkan kanak kanak perempuannya?

assalamualaikum, bismillah..



salam sahabat, bumi pahang disirami dengan hujan adakala panas membahang..hujan panas hujan panas..adakah akan berlanjutan hingga beberapa hari yang akan datang? adakah musim sudah silih berganti? adakah ia sebagai peringatan dan teguran kepada makhluk2 di bumi allah ni bahawasanya bumi sudah semakin uzur?..allahualam


wahh terasa terlalu lame cinonex tidak berbicara, bergebang mahupun merapu di blog cinonex yang semakin gersang seperti tuan nya..ha gersang?? cukup2 mukadimah dan karutan yang cinonex ingin sampaikan..



ayah mengahwinkan anak perempuan nye yang masih kecil??..adakah cukup syarat sah dan rukun nikah nya?? mungkin di zaman mekdonal ini sudah tidak kedengaran lagi seorang ayah mengahwinkan anak perempuanya yang masih kecil, anak yang masih berlari2 kesana kemari dengan hidung comot bekas dari lelehan hingus ataupun kanak2 yang sudah pandai memakai seluar sendiri tetapi poket seluar belakangnya masih berada di hadapan..masih adakah?



cuba bayangkan ada seorang ayah yang sering memikirkan dan termenung jauh di jendela kerana risaukan anak perempuannya yang masih kecil mungkin di usia 5 ataupun 6 tahun..melihat pergaulan bebas dalam masyarakat sekarang seperti barah peringkat terakhir..terdetik di hatinya untuk mengahwinkan sahaja anak perempuanya itu..lalu si bapa mengkaji tentang rukun2 nikah syarat2 sah kahwin di dalam kitab2 fiqah, sumber2 yang soheh dan sebagainya..



lalu pada suatu hari ketika anak nya pulang dari bermain di taman dengan kanan tangan kiri memegang gula2 dan tangan kanan memegang aiskrim beserta comotkan di mulut dek kerana usia yang masih tidak mengenal erti berdikari..manakala ayahnya menunggu di muka pintu dengan seorang lelaki..apabila anak itu sampai, si ayah memperkenalkan lelaki tersebut adalah suaminya.mungkin istilah 'suami' pun anak kecil itu tidak fahami..



ibu kepada anak tersebut tentunya tidak bersetuju dengan tindakan suaminya..namun si ayah berkeras dan menjelaskan bahawa pernikahan itu sah kerana hukum membolehkan ayah (wali mujbir) mengahwinkan anak gadisnya tanpa izin ibu atau persetujuan anak itu sendiri dan batas umur si anak ia tidak diperlukan..jika situasi ini berlaku, manusia serata dunia akan mengutuk perbuatan si ayah tidak kira agama bangsa dan negara semuanya sebulat suara membela anak kecil itu..



ini adalah satu contoh yang melakukan sesuatu perkara yang sah dari hukum dan syarak, tetapi perlaksanaanya tidak langsung mengambil kira atau meraikan maslahat (kebaikan, perkara yang mengundang manfaat serta menolak mudarat) dan keadaan situasi zaman sekarang yang sudah berubah..



itu jika kanak kanak perempuan yang berada dalam situasi ini..tetapi bagaimana pula dengan seorang wanita yang sudah boleh dikategorikan wajib kahwin!! berada di situasi itu..setiba pulang dari kerja lalu diperkenalkan dengan bakal suami oleh ayahnya tanpa perbincangan atau sebagainya..?? apakah perasaan wanita itu?? apakah boleh memberi maslahat kepada wanita itu dan keluarga nya??



tepuk dada tanye la selera kepada ayah, abi, walid, apok, bapak dan seangkatan dengan nya..jangan ikutkan nafsu!!










p/s 1..salah silap sila perbetulkan cinonex yang jahil ini..


p/s 2..dah lama cinonex peram entry ni..baru ari ni la cinonex edit dan post..hapy blogging to cinonex..16 march hampir tiba tarikh yang cinonex tak akan lupakan..:)

3 comments:

Ckin Kembaq said...

kena ambil kira tu.. mana boleh main suruh kawin gitu je..adeh

Diari Si Froggie said...

erkkk.. kalau jadi gitu dekat aida.. mau meroyan sekejap. Celaru gak minda dibuatnya..huhu.

tau xpe cinonex dah lama menyendiri..

hnahdy said...

macam fames ja nama cinonex ni. Ermm... kiranya perkara ni terletak di tangan ayah. Ada ka lelaki yang nak kawin dengan kanak-kanak rebena ni. siap pegang lolipop lagi