
program pengajian bagi lepasan stpm / setaraf..
https://online.mohe.gov.my/upu/keputusan_allstpm_rayuan_2011/








daripada die datang kepada die juga kita kembali..alfatihah kepada mangsa2..tak lupa juga ia mungkin satu peringatan kepada diri kite sendiri..aminKUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama popular ditahan polis semalam selepas menyerah diri berhubung kes mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai perkahwinan keduanya menggunakan sindiket nikah palsu.
Pelakon lelaki berusia 43 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air apabila gambar intimnya bersama seorang pelakon wanita tersebar di Internet. Menurut sumber polis, pelakon terbabit bersama tiga rakannya berusia 30-an mengugut dua pegawai penyiasat SPRM berkenaan, Isnin lalu.

PENYERANG kebangsaan, Mohd Safee Sali perlu tampil lebih agresif jika mahu memberikan impak bersama kelab baru, Pelita Jaya FC dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL).
Itu pendapat yang disuarakan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berdasarkan pengalamannya mengendalikan kelab ISL, Persipura Jayapura selama setahun pada 2007.
KAJANG: Mengaibkan apabila seorang gadis yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak hanya berminat menjalankan aktiviti menggoda suami orang, malah tidak segan silu merakamkan gambar bogelnya sebagai modal untuk memikat.
Pelajar berusia awal 20-an itu dikesan menggunakan laman web sosial di Internet untuk menjalankan kegiatannya dengan tujuan memperoleh wang mudah selain berniat mahu memporak-perandakan rumah tangga lelaki yang digoda.
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak bukan saja terselamat, malah tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun tergolek beberapa kali di atas jalan raya selepas terjatuh daripada van dipandu bapanya, malam kelmarin.
Nasib turut menyebelahi Muhammad Muiz Zaid, 7, yang tidak digilis kenderaan lain walaupun lalu lintas agak sibuk ketika kejadian kira-kira jam 10.30 malam di persimpangan Jalan Padang Tembak-Jalan Maharajalela, dekat sini.
Menurut Muiz, dia sedang bersandar di pintu belakang van apabila ia tiba-tiba terbuka.
“Saya terjatuh dan tergolek beberapa kali atas jalan serta hampir digilis kenderaan lain.
PHILADELPHIA: Seorang doktor dituduh membunuh tujuh bayi yang baru dilahirkan dengan menggunting saraf tunjang tubuh mereka di sebuah klinik pengguguran bayi.
Doktor Kermit Gosnell, 69, didakwa melakukan pembunuhan secara tidak bertamadun itu dengan bantuan sembilan pekerja - seorang daripada mereka ialah pelajar sekolah tinggi berusia 15 tahun yang diarah melakukan pembedahan dan suntikan ubat bius. Pendakwa raya mendakwa bayi berkenaan dibunuh selepas mereka dilahirkan melalui kaedah pengguguran ketika berusia enam, tujuh atau lapan bulan kehamilan.
nak tahu cerita lebih lanjut boleh jenguk dekat metro.


Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd Radhi Razali,33, yang mengaku penangan dadah yang diambil sejak 1997 memusnahkan hidup dan kariernya, memasuki pusat pemulihan kelolaan Pengasih sejak Isnin lalu.
Enggan menuding jari kepada sesiapa, Radhi mengaku semua ini adalah silapnya. Dia tidak kuat melawan najis yang meragut banyak nyawa itu hinggalah berdepan musibah bertimpa-timpa tahun lalu.