tahun baru semangat baru perjuangan baru..entry pertama di tahun baru cuma identiti saja yang tak baru2..ucapkan selamat tinggal pada tahun 2012 dah selamat tinggal dunia jahilliyah dah selamat tinggal karat2 lagha di hati..
Wednesday, 2 January 2013
habis! semua baju tetanggal..
tahun baru semangat baru perjuangan baru..entry pertama di tahun baru cuma identiti saja yang tak baru2..ucapkan selamat tinggal pada tahun 2012 dah selamat tinggal dunia jahilliyah dah selamat tinggal karat2 lagha di hati..
Friday, 7 December 2012
ye baik ustazah?
alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi masih di beri peluang untuk menarik nafas hingga ke saat ayat ini ditulis..poyo!! tak pernah2 menaip sekapur sireh untuk membaca entry cc macam ni..
ustazah/ustaz sering kali di labelkan sebagai orang yang mempunyai ilmu agama, orangnye baik2 alim warak berpenampilan yang bagus dan sebagai nye..tetapi bagaimana mereka yang tidak di labelkan sedemikian? adakah mereka tidak baik dan di kategorikan orang yang tidak layak untuk berbicara soal agama?
mungkin ada lagi yang diluar sana berfikiran seperti berada di zaman batu mahupun di zaman hang tuah yang menikam saudaranya sendiri hanya boleh menerima teguran dan dakwah 'kecil' dari mereka yang memiliki title ustaz mahupun ustazah..
seperti yang kita boleh nampak dengan biji mata bukan lubang hidung kebiasaanya manusia tidak suka akan teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego..sedikit atau pun banyak egonya seseorang itu bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengawalnya..setinggi klcc sekalipun ego seseorang itu kita seharusnya menerima teguran dan dakwah 'kecil' yang membawa kebaikan kepada kita tidak kira pangkat darjat mahupun ilmu agama mereka..
mungkin ada kisah yang kita boleh kongsi bersama..
suatu hari seorang peminum arak menegur sesuatu kepada sayidina umar r.a..beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut..orang yang melihat keadaan tersebut berasa agak pelik lalu mereka bertanye..''wahai amirul mukminin kenapa kamu menerima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak?''..sayidina umar menjawab..''ya, dia berdosa kerana meminum arak tetapi teguranya kepadaku adalah benar''..
jika ada segelintir mereka yang menegur atau memberi dakwah 'kecil' kearah kebaikan di masa ini pasti akan di sambut dengan makian ataupun kata2 yang tidak elok dan ada juga kata2 sinis seperti 'baik ustaz' mahupun 'baik ustazah'..lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya tetapi orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya..
lupakah dengan kata2 imam hassan al banna..??sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri..seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah..maka akan jadi sedikit orang yang memberi peringatan..
para ulama juga pernah berkata..''dengarlah nasihat daripada sesiapapun meskipun daripada pelacur''..
natijahnya kepada mereka yang ditegur atau dalam bahasa mudahnya diberikan ceramah free harus la menerima teguran walaupun boleh membawa penyakit tidak boleh tidur 3 hari 3 malam dan jangan sesekali nak meracau memaki hamun sila selak dulu dalam kain sendiri tengok besar mana kurap korang tu..
dan kepada mereka yang menegur teruskan usaha anda dalam menegakan kalimah allah swt dan jangan malu untuk memperbaiki diri..persetankan apa yang orang kata bajet alim ke ustaz atau ustazah ke..sekurang2 nya kita sedar diri kita penuh dosa dari makin lalai..peringatan kepada mereka yang menegur usah sampai menghina..mendidik usah sampai memaki..memberi usah sampai mengungkit dan berkata usah sampai takbur..
*nota - salah silap sila tegur dan perbetulkan hamba yang jahil ini..lama x update..
Thursday, 13 September 2012
jalan raya itu litar perlumbaan
''sungguh aku sayang dia tapi kenapa dia pergi dalam keadaan macam tu''..sedikit drama tanpa judul dan pelakon sekadar mukadimah pembuka bicara..mungkin itu kata2 yang mungkin kita pernah dengar dari mulut2 yang tak reti nak redha tentang ketentuan yang sudah tertulis di loh mahfuz..
jalan raya itu ibarat litar perlumbaan?? ya ramai orang kata dia memang laju itulah kata2 yang pernah popular di tahun 90an..setiap hari ada sahaja kemalangan jalan raya yang membabitkan motor, motorcar, lori, beca kapal layar dan lain2..siapa yang harus dipersalahkan dalam ini cerita di sebabkan oleh sikap dan kecuaian manusia..
mungkin kita boleh berikan satu sebab kenapa berlaku terjadinya perkara ini..memandu secara memBABI buta..bukan babi yang buta tapi manusia yang buta akan keadaan sekeliling tanpa mengira keselamatan orang lain..fikir secara positif ?? mungkin keadaan sakit perut yang memulas2 sedikit lagi nak terkeluar mungkin faktor ini penyebabnya..
setiap kali cinonex keluar kebandar mesti ada yang terbarai..ni la contohnya..don't try this at home..
ps - entry ini sengaja di karutkan untuk mendapatkan feel menaip..haha
Sunday, 17 June 2012
keburukan merahsia perkhawinan!
nyata bukanya khayalan apa yang aku alami..kau jelma setelah menghilang kini berdiri di lamanku..teramat getir keadaan ini nak kubiarkan tak sampai rasa di hati..ahhh zahir tak terucap mengenai keburukan merahsia perkhawinan..
mungkin ada sebab kenapa ada kalangan manusia yang sengaja merahsiakan perkhawinan mereka..adakah sebab tidak mendapat restu keluarga?..adakah perkhawinan itu melibatkan poligami atau pun sebagainya..terlalu banyak perkara yang boleh di tafsirkan..
seperti yang kita ketahui perkhawinan itu seharusnya di hebahkan kepada orang ramai melainkan pertunangan..tak kira la sehebat mana pun ilmu tajwid, usulludin, fikh dan sunnahnya sekali pun..tetapi jika tidak mengambil kira mengenai maslahat antara keluarga, saudara mara mahupun keadaan sekeliling tidak membawa ke mana2..
pernah berlaku di suatu ketika seorang wanita yang merahsiakan perkahwinannya daripada keluarga dan mengetepikan walinya sendiri kerana keinginan dan kehendak diri yang ingin dipenuhi..alangkah rasa bahagia nya apabila hajat yang di dambakan tercapai..setahun berlalu hidup berstatuskan isteri kedua di rasakan bahagia panas sampai kepetang rupanya hujan pagi tu jugak..
ibarat menyimpan bangkai di dalam karung lama kelamaan berbau juga..perkara negatif mula kedengaran..pelbagai desas desus yang boleh di jadikan fitnah seperti 'khawin dahulu baru nikah'..terkena ubat guna2 sebab berstatus isteri kedua dan banyak isu yang ditimbulkan..kehidupan ibarat terkena histeria apabila jiran2 telah mengatahui status dirinya dan sering di asak dengan pelbagai persoalan yang di ajukan..tetapi masih menafikan sekeras2nya perkara yang sebenar..
seperti terkena sumpahan mak tanggang kepada anak nya..allah swt itu maha besar, allah swt itu maha melihat dan maha petunjuk..dikhabarkan si suami meninggal dunia kerana penyakit yang tidak di ketahui, mungkin sudah tiba masa nya di menghadap maha pencipta..gundah gulana si wanita tersebut, cuba bayangkan jika si suami meninggal dunia tetapi isteri tiada di sisi jenazah si suami..??..
meraung tak berlagu, nak datang ziarah pasti akan ada yang tertanya2 'siapa perempuan itu' ?..apa kaitan perempuan itu dengan jenazah sedangkan perkhawinan mereka masih menjadi satu rahsia..mungkin juga akan menjadi rahsia selama lamanya..
sekadar perkongsian apa yang cinonex rasakan merahsiakan perkhawinan itu adalah suatu perbuatan yang banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan..rasulullah kita sendiri berpesan perkhawinan itu seharusnya di hebahkan..kepada sahabat2 yang rasa nak kawen rahsia2 tu fikir sampai penat..
ps - tak pasal2 cinonex buat entry macam nih..:)
Friday, 2 March 2012
ayah kahwinkan kanak kanak perempuannya?
salam sahabat, bumi pahang disirami dengan hujan adakala panas membahang..hujan panas hujan panas..adakah akan berlanjutan hingga beberapa hari yang akan datang? adakah musim sudah silih berganti? adakah ia sebagai peringatan dan teguran kepada makhluk2 di bumi allah ni bahawasanya bumi sudah semakin uzur?..allahualam
wahh terasa terlalu lame cinonex tidak berbicara, bergebang mahupun merapu di blog cinonex yang semakin gersang seperti tuan nya..ha gersang?? cukup2 mukadimah dan karutan yang cinonex ingin sampaikan..

ayah mengahwinkan anak perempuan nye yang masih kecil??..adakah cukup syarat sah dan rukun nikah nya?? mungkin di zaman mekdonal ini sudah tidak kedengaran lagi seorang ayah mengahwinkan anak perempuanya yang masih kecil, anak yang masih berlari2 kesana kemari dengan hidung comot bekas dari lelehan hingus ataupun kanak2 yang sudah pandai memakai seluar sendiri tetapi poket seluar belakangnya masih berada di hadapan..masih adakah?
cuba bayangkan ada seorang ayah yang sering memikirkan dan termenung jauh di jendela kerana risaukan anak perempuannya yang masih kecil mungkin di usia 5 ataupun 6 tahun..melihat pergaulan bebas dalam masyarakat sekarang seperti barah peringkat terakhir..terdetik di hatinya untuk mengahwinkan sahaja anak perempuanya itu..lalu si bapa mengkaji tentang rukun2 nikah syarat2 sah kahwin di dalam kitab2 fiqah, sumber2 yang soheh dan sebagainya..
lalu pada suatu hari ketika anak nya pulang dari bermain di taman dengan kanan tangan kiri memegang gula2 dan tangan kanan memegang aiskrim beserta comotkan di mulut dek kerana usia yang masih tidak mengenal erti berdikari..manakala ayahnya menunggu di muka pintu dengan seorang lelaki..apabila anak itu sampai, si ayah memperkenalkan lelaki tersebut adalah suaminya.mungkin istilah 'suami' pun anak kecil itu tidak fahami..
ibu kepada anak tersebut tentunya tidak bersetuju dengan tindakan suaminya..namun si ayah berkeras dan menjelaskan bahawa pernikahan itu sah kerana hukum membolehkan ayah (wali mujbir) mengahwinkan anak gadisnya tanpa izin ibu atau persetujuan anak itu sendiri dan batas umur si anak ia tidak diperlukan..jika situasi ini berlaku, manusia serata dunia akan mengutuk perbuatan si ayah tidak kira agama bangsa dan negara semuanya sebulat suara membela anak kecil itu..
ini adalah satu contoh yang melakukan sesuatu perkara yang sah dari hukum dan syarak, tetapi perlaksanaanya tidak langsung mengambil kira atau meraikan maslahat (kebaikan, perkara yang mengundang manfaat serta menolak mudarat) dan keadaan situasi zaman sekarang yang sudah berubah..
itu jika kanak kanak perempuan yang berada dalam situasi ini..tetapi bagaimana pula dengan seorang wanita yang sudah boleh dikategorikan wajib kahwin!! berada di situasi itu..setiba pulang dari kerja lalu diperkenalkan dengan bakal suami oleh ayahnya tanpa perbincangan atau sebagainya..?? apakah perasaan wanita itu?? apakah boleh memberi maslahat kepada wanita itu dan keluarga nya??
tepuk dada tanye la selera kepada ayah, abi, walid, apok, bapak dan seangkatan dengan nya..jangan ikutkan nafsu!!
p/s 1..salah silap sila perbetulkan cinonex yang jahil ini..
p/s 2..dah lama cinonex peram entry ni..baru ari ni la cinonex edit dan post..hapy blogging to cinonex..16 march hampir tiba tarikh yang cinonex tak akan lupakan..:)
Sunday, 5 February 2012
perempuan touch 'n go?
heloo..slamat berhujung minggu cinonex ucapkan..rasanya terlalu lama cinonex tak mengebang dekat blog ni..tengok la setakat mane mood berblogging ni boleh tahan, silap tengah2 taip entry ni pun boleh delete semula dan keluar menonton tv sambil makan cekedis..ngarut!
dihujung2 minggu ni ramai la muda mudi belia remaja keluar berjimba tempat yang dituju sudah pasti di karaoke2 melalak hingga mic ingin di telannya..pusat2 game dan snuker hiburan yang mungkin boleh menghasilkan keuntungan bukan pergi saja2 tetapi ingat jangan menimbulkan kerugian pihak berwajib dek kerana menanggung kos karper meja snuker yang korang rodok sampai koyak..dan ke tempat2 yang gelap gulita seperti panggung wayang..jangan buat yang tidak2 dalam panggung tu..karang tak pasal2 bersilat canggung orang dalam tu..
cukup2 mukadimah yang cinonex gebangkan..perempuan touch 'n go ataupun dah sentuh2 raba2 lepas tu belah..bagus! tak ke meraung empunya diri..itulah realiti hari semakin hari apa yang boleh kite lihat di luar sana..terlalu murahnya harga sebuah maruah sehinggakan tidak perlu membayar mahar untuk mendapatkannya..anak muda sekarang terlalu mudah untuk di usung ke sana kemari tanpa halangan dan batasan..mana pergi mata2 atau mulut2 penjaga mereka??..bebas berpimpin tangan dan tanpa rasa segan silu dan konfidenya berpelukan mengalahkan laki bini..lelaki??sapa yang bersalah dalam ini cerita..lelaki watak pemimpin yang hampir2 tersungkur atau pun dak tersungkur siap tergolek dek bisikan syaitan 'rosakan, rosakan perempuan itu'..
para wanita jangan terlalu mudah menjual maruah di khalayak ramai..dan lebih2 lagi menjadi wanita mudah di sentuh oleh kaum adam dan pergi meninggalkan apabila keserasian sudah tiada..bukan ramai lelaki yang ada rasa tanggungjawab dalam diri..seperti pepatah habis manis sepah di buang..
p/s : salam maulid nabi muhammad saw cinonex ucapkan pada umat islam hari ni.
Thursday, 2 February 2012
bersabarlah
helooo..mari rapat2 mari dekat2 sama cinonex mau kasi dengar ini cerita..cerita ape?? cerita dongeng sang buaya dan kura2..ada ke cerita buaya dengan kura2, biasanya buaya dengan kancil..sabar jela sape yang baca bebelan mengarut ini..

lirik lagu : bersabarlah - warisan
bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya
Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang
Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Perit yang kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa
Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat
Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni.
video bersabarlah - warisan
eh apahal tiba2 ada gambar kak melah ni..kak melah ni tak ada kene mengena dalam ini cerita..saja bikin onar dalam ini entry..syiuuuh2
yeahhh..setiap apa yang berlaku itu seharusnya kite letakan akal fikiran di atas bukan nafsu menguasai akal fikiran..dan setiap apa yang berlaku itu pasti ada rahmatnya..tak kire la ape jua ujian dan dugaan yang datang menjengah mengenai jodoh rezki dan sebagainya..kunci segala ujian itu perlu di lalui dengan penuh kesabaran dan keredhaan allah swt..
p/s..lama cinonex tak update..jauh kelaut nak menaip entry baru..
Friday, 13 January 2012
rahsia lima jari?
helooo..dah seminggu tak terusik blog cinonex ni ha..kalau macam ni memang boleh pergi jauh blog ni, jauh ke laut..dan mood nak menaip entry pun ke laut juga..malas nak menaip beriya sampai berbuih mulut orang nak bace nanti..tu pun kalau ada orang sudi bace entry ni la..

rahsia lima jari..manusia je yang sebelah tangan ada 5 jari kalau ada terlebih terkurang tu faham2 sendiri la..spesis kat muka bumi yang lain cikgu cinonex tak sempat nak ajar mati tergeliat tangan masa nak taip rahsia ni la..ahhh sudah2 mengarut..
rahsia lima jari anda.
1 - cuba tengok jari anda..genggam kuat2 jangan ramas pulak dan angkat tangan ke atas sambil laung ''allahu akbar''..itu lah rukun islam yang mesti di angkat dan di junjung..
2 - luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam2..itu lah kewajipan solat lima waktu jangan di abaikan..
3 - letakan jari anda di atas meja, kerusi atas lantai ke ikut suka la..mula dengan jari kelinking yang kecil dan kerdil di ibaratkan manusia dan apa benda pun akan bermula dengan kecil dan membesar terus membesar..itulah fitrah dan alam seluruhnya semua bermula dari kecil..kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi kesan pada kehidupan masa hadapan..
4 - lihat jari kedua iaitu jari manis..macam itulah juga dengan usia remaja semuanya swet dan manis belaka semanis jari manis..di usia remajalah kita sering di duga dengan pelbagai dugaan dan cabaran..hanta iman dan takwa sahaja yang akan menunjukkan jalan kebenaran..
5 - jari ke tiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita..ramai orang minat dengan jari hantu ni lebih2 tengah mencarut..di usia 30an kita dah punya status dan ekonomi serta kerjaya yang teguh tapi kena hati2 sebab banyak langau2 pengacau yang datang mengoda macam lalat hurung taik..hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jeles dan segala macam hantu..jika gagal kawal emosi khuatir masuk perangkap nafsu dan syaitan..so haruslah melipat kali gandakan ibadah..
6 - jari telunjuk..jari inilah yang mengungkap satu dan esanya allah swt ketika solat..genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah..jadi contoh dan tauladan pada jari2 yang lain..macam tu la juga kita perlu jadi role model untuk generasi yang akan datang..
7 - akhir sekali renung la ibu jari..dah la besar gemok pulak tu..berbanding dengan jari2 yang lain..ibu jari lah yang paling hebat dan membanggakan..kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tak ada ibu jari??..nak genggam nak pegang sesuatu cukup susah..untuk generasi muda nak buat apa2 jadikanlah orang yang lebih berusia dan berpengalaman..kalau kita ikut pada petunjuk mereka boleh la gebang ''good'' takpun ''yes'' sambil thumbs up..
sumber : sumber2 yang boleh dipercayai..tq kepada mereka yang menge mail kan benda alah ni..cinonex gubah sikit2 supaya santai untuk di baca..peace
p/s..malas nak menaip pakai jari tangan, cinonex pakai jari kaki ni..sila percaya!!
Sunday, 1 January 2012
jangan hidup bahagia atas air mata orang lain!
haluuuu..pehhh rasa tangan dah berkarat kerana terlalu lama tak menaip entry..sekembalinya cinonex dari pertapaan kini kembali dengan semangat baru..coiiii betul la setiap kali nak mula menaip mengarut tak habis2..bawa2 la bertaubat cinonex kerana mulut santan binasa..betul ke pepatah tu...ahh lantak la labu bukan ada orang kesah pun..
jangan hidup bahagia atas air mata orang lain??..memandangkan musim cuti sekolah sudah pun ke penghujung nye..dah tentu lah minggu2 terakhir hari tu ramai rodong2 yang bertunang berkahwin dan tak ketinggalan juga mereka yang bercerai berai..cinonex tak sampai seru lagi so ini cerita tiada kena mengena dengan diri cinonex..
siapa yang tak mahukan kebahagiaan dalam hidup?? kalau ada yang rasa sedemikian lebih baik jadi basikal daripada jadi manusia..kebahagiaan sering di cari bagi mereka yang bertuhankan nafsu lebih dari akal..adakalanya sangup meningalkan kebahagian yang telah lama di bina demi memuaskan kehendak dan keinginan diri sendiri..dah tentu2 frust menonggeng kepada pasangan yang telah diberikan harapan..
ada juga yang sudah merancang bertahun2 lamanya untuk hidup bersama akhir nye tergolek di pertengahan jalan..tiada lagi doa2 dia jodoh ku mahupun jodohkan la aku dengan nya..tiada la usikan darah manis dari rakan2 yang terdekat..ya sudah tertulis di lohmahfuz sehebat mana setia seseorang itu..setinggi mana pun dia merancang dalam perhubungan itu..sejauh mana sekalipun menunggu mahupun sekeras mana sekalipun bersabar..sejujur mana sekalipun ia menerima seseorang itu..jika allah swt tidak menulis untuk tidak bersama ia tetap tidak akan bersama..
sama juga la seperti mutiara kata yang biasa kita dengar..jika seribu tangan yang menghalang jika sudah tertulis dia jodoh kita, kita tetap bersatu..tapi jika susah tetulis dia bukan jodohnya seribu tangan yang membantu sekalipun ia tetap tidak akan bersatu..

bagaimana pula dengan janji2 manis untuk bersama telah di kianati?? ibarat mulut manis punggungnya busuk..sangup mencabul janji2 sendiri..cukup perit dan pedih untuk menerima sebuah kenyataan..masih ingat dengan satu peristiwa di mana :
dari abdullah bin abul-khansa katanya..saya pernah mengikat janji dengan rasulullah s.a.w..sebelum baginda di angkat menjadi nabi..ada barang yang saya janjikan akan saya bawa ke tempat yang telah di persetujui..tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan keesokanya..maka saya mendatangi nya pada hari ke tiga dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya..bila saya sampai maka baginda berkata ''wahai orang muda engkau menyakitiku dengan janji mu kerana saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu''.
begitu la sakitnya seseorang itu apabila janjinya dikhianati / tidak menunaikan janji..usah berjanji jika kamu tidak pasti kelak di kemudian hari akan tergolong dalam golongan orang yang munafik..
telalu banyak perkara yang boleh disembangkan mengenai perhubungan sesama manusia..bagaimana pula dengan cinta tak berbalas??..kejam kah die kerana melakukan perkara atas kehendak nafsu?? sedih sudah pasti jiwa tentu meronta2 minta diberikan tonik..fitrah seorang manusia sangat pelik berhak menyukai sesiapa saja..tak kira secara mengejut mahupun perlahan2..kita tidak boleh menghalang dari menyukai sesiapa tetapi kita boleh mencegah maruah kita dari tercalar dek kerana cinta tak berbalas..
jangan sesekali menzalimi diri sendiri dan jangan sesekali mengharap cintanya..karang tak pasal2 susah hati sedih kecewa sedangkan dia tengah berjimba..jadi jika anda jatuh hati perlulah kawal diri dan emosi serta perilaku..jika masih tiada apa2 perubahan jangan rasa malu2 segan dan konfidenya tekan minyak masuk gear jalan jangan toleh ke belakang lagi..kasi buybye sama die sebelum maruah anda akan lebih tercalar..kenapa perlu kite mengharap pada orang yang tidak sudi..??
so bagi cinonex jangan lah hidup bahagia atas airmata orang lain kerana perbuatan kita yang menguris hati..tidak mustahil jika kite bahagia hari ini..hari ini juga kite boleh derita..tanamkan la sedikit rasa berperikemanusian sesama manusia dan sesama agama..sangupkah anda melihat orang lain sedang derita sedangkan kita sedang bergumbira??..
p/s..lama cinonex tak menulis..rasa macam ntah ape2 yang di bebelkan..haha
apa azam cinonex 2012?
heloooo..wahhh terasa lerlalu lama cinonex tidak beradu dengan cinonex.com ni ha..sedar tak sedar dah pun masuk tahun baru dan sedar tak sedar juga yang cinonex.com sudah pun berusia satu tahun dan beberapa hari..lame cinonex menhilangkan diri pergi bertapa menambah kan ilmu2 menipu dan karutan yang akan di dedahkan tahun 2012 ni..

setiap insan bergelar manusia sudah semestinye menanam azam tetapi bukan seorang manusia yang bernama azam..kalau tak ada azam lebih baik jadi basikal daripada jadi orang dah la muka macam jagindas..dan ade juga azam tahun lepas di bawa ke tahun ni..ahhh sudah2 la mencarut..
azam2 yang cinonex ingin gapai pada tahun 2012 ini..tu pun kalau tercapai dek tangan la..
1 - cinonex nak kait bintang2 di langit dan nak lastik bulan..
2 - nak pergi ke bulan naik rakit..
3 - tiap2 bulan balik kampung cinonex nak berenang je..walau atas darat sekalipun..
4 - tiap2 pagi pergi kerja bawa motor tanpa tayar..
5 - membeli barang keperluan harian hanya dengan bermodalkan senyuman..
6 - korek hidung tak nak pakai jari tapi cinonex nak pakai senduk..
7 - makan nasi guna straw..
8 - keluar rumah nak pakai baju terbalik..seluar kat atas baju dekat bawah..
9 - lumba basikal dengan budak sekolah tadika..
10 - nak jadi orang gila..taip entry ni pun dah macam orang gila mengarut tak sudah2..
ha cukup la 10 je cinonex bagitau apa azam cinonex tahun ni..nak listkan semua mahu berbuih mulut korang nak baca..selamat tahun baru cinonex ucapkan pada sahabat2 sekalian..
p/s..lama cinonex tak mengarut..semakin hilang identiti cinonex.com ni..akan kembali dengan semangat baru untuk berblogging..peace..
Thursday, 17 November 2011
menjadi buta setibanye di masjid
sekarang menunjukan jam 11.46pm ketika cinonex menaip ayat ini..terasa sebu tapi cinonex gagahkan kepala lutut menaip entry ni..teror tak cinonex taip entry pakai lutut??..kalau ada yang percaya tu memang die fikir pakai kepala lutut la..haha
cukup2 mukadimah yang mencarut lagi karut..menjadi buta setibanya di masjid?? ha apakah dosanye tiba2 menjadi gelap gulita adakah allah swt mahu tunjukan kekuasan kepada makhluk yang bernama manusia ini..tidak2,apa yang cinonex mahu sembangkan ialah segelintir, tapi rasanye bukan segelintir ramai jea muda belia muka macam hensem buat kerja macam ni..
menjadi buta setibanye di masjid?..cinonex ada berbau pelik berunsur hairan dengan keghairahan muda remaja sekarang dengan niat keluar dari rumah hendak ke masjid, peh ni ciri2 calon zaujun kepada isteri2 solehah..sesudah sampai di masjid cukup sekadar berada di pagar dan tidak melakukan solat jemaah bersama2..duduk menyembang bersama rakan sepermainan, gelak ketawa macam orang nak sawan mujur tak putus urat kentut jea..
itu la realiti yang boleh cinonex katakan sekarang..bukan membuka aib sesiapa tetapi teguran untuk diri sendiri..apa salah nye jika sudah berniat yang baik dilangsungkan dengan cara yang lebih baik lagi,pahala ganjaranye kalau diserta kan dengan niat dan perbutaan..kalau setakat rasa nak menyembang dengan rakan2 di luar masjid sedangkan orang lain melakukan solat berjemaah lebih baik membesarkan perot di rumah..tidak la timbul fitnah dah pandangan negatif mata2 yang melihat..
mungkin juga setibanya di depan masjid, tak nampak pintu masjid agaknye mata terus gelap gulita,buta macam kasem selamat..itu pasal la die tersangkut kat pagar jea..peringatan dan teguran untuk diri cinonex supaya tidak terjebak dengan virus2 seperti ini..
p/s..tak caya tengok la solat jumaat sok hari..bila tanye beri alasan tak muat ruang masjid dah sebab jemaah dah penuh..padahal selagi dengar imam takbir boleh jea solat walaupun tepi jalan..
p/s..waa direct entry ni tak ade kias2..maafkan cinonex yang jahil ini..salah silap sila perbetulkan..
Sunday, 13 November 2011
kerja kerajaan vs swasta mana satu menantu pilihan?
helooo..waahh rasanye terlalu lama cinonex tak mengupdate kan blog cinonex yang cokia ni ha..biasa la saje2 menyibukan diri,projek juta2 la katekan mana ade masa nak main2 blog ni ha..ingat main blog ni macam main guli ke?..semakin hilang sengat cinonex rasakan, ke longkang agaknye mood cinonex nak menaip semula..
kerja kerajaan vs swasta mana satu menantu pilihan?..yes setiap orang ade keinginan nafsu masing2 untuk mendapatkan kerja di sektor yang lebih baik untuk menjamin masa depan..mungkin entry ini di tujukan kepada kaum pemimpin..kalau sapa2 terasa tu doakan jela cinonex ni insaf tak pun jadi kaya..kaya budi bahasa dan ilmu..
apa yang cinonex nak laungkan disini mengenai segelintir, tak banyak sedikit pasti ada ibu2 bapak2 semua yang menginginkan kehidupan anak perempuan tersayang mereka hidup dalam keadaan serba ada bak orang kata ekonomi yang kukuh tak perlu merempat dan bersusah payah mencari segigit biskut..bagi cinonex setiap manusia ada selera dan citarasa masing2..bagi mereka yang calon menantunye bekerja kerajaan lebih di utamakan dari mereka yang bekerja swasta..
cinonex teringat akan satu kisah sebuah keluarga yang mencari calon menantu untuk anak dara nye..eh konfem ke dara??ahh lantak la labu cinonex tak ada dalam ini cerita..
tersebutlah al kisah tersebar lah berita yang family ni ingin mencari seorang calon suami untuk anak dara nye..tanpa rasa segan dan muka tak malunye cinonex pun terus masuk meminang gadis tersebut lalu dengan angkuh nye kedua orang tua gadis tersebut memaki hamun cinonex dengan kata2 yang hina lagi kesat setelah mengetahui bahawa cinonex bekerja dalam sektor swasta..dengan nada sinis oleh bapanye berkata ''apahal kau sibuk masuk dalam ini cerita kata tak ada kene mengena''!!..haha
ok2 back to the cerita..datang la sebiji family lelaki yang berkenan pada anak mereka bertujuan merisik2 dan meminang la orang kata..tapi dek kerana citarasa mereka ni tinggi tanpa rasa segan silu dan muka bangganye terus menolak pinangan lelaki tu dek kerana lelaki tu hanya bekerja di sektor swasta dan senang cakap keje kilang jea..dengan perasaan hampa family tadi pun berlalu la pergi dengan muka toye dan muncung macam muncung itik serta dengan backup song lagu hampa nyanyian to'ki..

selang beberapa hari..datang la lagi sebuah family masuk meminang anaknye..belom pun sempat lagi turun dari kereta mereka terus menerima pinangan tersebut sebab nye bakal menantu kerja sektor kerajaan..riuh sekampung wehhh dapat bakal menantu kerja kerajaan padahal kerani je pun..ok bab yang tak sempat turun kereta tu cinonex tipu jea saje nak bagi sedap cerita..haha
soo berlangsunglah perkahwinan anaknye dengan seorang kerani..meriah wehhh menantu kerja kerajaan tu,kau ada??..belom abis lagi cerita nih..
di sebalik cerita pinangan yang pertama di tolak kerana lelaki tersebut bekerja di sektor swasta a.k.a kerja kilang tidak abis macam tu saje..allah swt tu maha adil, dan mungkin juga itu kerana bukan jodoh mereka..dengan muka bangga siap kembang2 lagi lubang hidung kau bila dengar kerja kilang jea terus kau reject..tapi kau ada ke tanye kerja kat kilang tu kerja bahagian ape?? lelaki tersebut sebenarnye engineer dekat kilang tu,haha..satu melayu sudah tumbang beb tu la kebendaan sangat..
moral of the cerita..semua rezeki tu datang daripada allah swt..kite sebagai hamba ni perlu berusaha, doa dan bertawakal..tak kesah la kerja kerajaan ataupun swasta bagi cinonex..memang sekarang kerajaan ada kelebihan, tapi swasta pun ada kelebihan..perlu la di ingat semua tu sekadar pinjaman..tak ada yang kekal di dunia ni selain akhirat..jangan kite kaya di dunia tapi miskin di akhirat..
soo para cewek2, adik manis ibu2 bapak2 sekalian yang membaca entry ni mana menantu pilihan anda??
p/s..lama tak menaip adakah entry ini berkualiti??
Sunday, 30 October 2011
antara lembu dan manusia mana lebih berharga?
helooo..salam berhujung cinonex jeritkan pada sahabat2 yang kenal ke tak kenal ikut suke la kan..hujan mencurah2 di bumi pahang jika tidak dah tentu syaitanirrojim berbisik keluar la keluar la untuk mencuci mata..terasa rindu melihat buaya2pren menjolok karpet snuker dan tak lupa juga mereka yang golek bola bowling masuk lorong sebelah..
alahaiii cik kak kalau masuk longkang tu perkara biasa ni siap masuk lorong sebelah itu dah jadi luar biasa..cukup2 mukadimah karang meleret2 pulak entry ni..
antara lembu dan manusia boleh ke di samakan atau di beza2kan??..lembu tu dah tentu la spesis haiwan jinak..
tidak sesekali cinonex ingin membezakan malah membanding2 antara lembu dan manusia..jauh sekali tidak..cinonex terdetik dengan cebisan kata2 ''harga diri seorang wanita'' yang selalu kedengaran di telinga2..berapa harganya?? adakah seseorang wanita itu mempunyai nilai untuk di jual beli??..
bagi cinonex harga seorang wanita itu tidak ternilai harganye..tetapi!! jangan lah kamu2 merosakan mahar yang perlu suami kamu keluarkan untuk memilikimu..semakin hari semakin menular pelbagai kegiatan tak bermoral..ini la di katakan generasi yang semakin lumpuh dan sakit dengan ilmu agama..
harga seekor lembu betina paling tidak berjumlah rm2000.00 seekor..berapa pula harga seorang wanita?? jika berpeleseran dengan lelaki yang bukan muhrim..berpegangan tangan, berpelukan, bercium di khalayak ramai tanpa rasa segan silu dan konfiden nye..adakah berasa sudah seperti berada di syurga?? perlu di ingat tak mustahil kite tersungkur di pintu masuk syurga..murah kan nilai nye??
semakin maju dunia semakin menghampiri penghujungnye..bak kate pak pandir jangan la kamu menjadi ''seorang yang memiliki otak yang pandai, mempunyai akal yang boleh di gunakan, tetapi mengadai kebijaksanaan''..masing2 boleh menilai antara baik dan buruk..jadi la seorang hakim yang adil membuat keputusan diri sendiri jangan menjadi seperti tunggul rela jadi patung tunggu masa untuk di lelong ibarat suruh angguk-anguk suruh geleng-geleng..
bila bercakap bab agama terlalu banyak kelebihan menjadi seorang wanita muslimah..antaranya
1 - doa wanita lebih maqbul dai lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daipada lelaki..ketika di tanya kepada rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda : ''ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia2..
2 - wanita soleha (bail) itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh..
3 - seorang wanita solehah adalah lebiha baik daripada 70 orang wali..
cinonex bagi 3 jela..karang banyak2 berbuih pulak nak bace..banyak lagi kelebihan menjadi seorang muslimah..nak baca klik sini..
kata2 yang sering di kompangkan menjadi wanita itu indah, menjadi muslimah itu sangat indah, menjadi mukminah jauh lebih indah dan menjadi solehah itu adalah pilihan..mungkin entry ni berat sebelah..tidak menyalahkan kaum hawa sepenuhnye..kalau tepuk tangan sebelah masakan boleh berbunyi..dah tentu2 lah kaum adam pun lebih kurang jugak..
kaum adam sepatutnye yang menjadi pemimpin jalan yang sepatutnye..janganlah dirosakan lagi iman seorang wanita jika diri sendiri tidak beriman..harus tegur menegur antara kaum adam dan hawa..baru lah ada keseimbangan disitu..
antara lembu dan manusia yang mana lebih berharga??..si lembu yang tidak mempunyai akal fikiran pun bernilai..apatah lagi manusia yang mempunyai akal,nafsu dan kelebihan yang lain..fikir fikirkan
p/s..emm..harus keluar dari jalan yang bengkok, lurus kan kembali jalan yang telah engkau tingalkan..peringatan untuk diri sendiri..
Monday, 17 October 2011
sejauh mana tajamnye lidah anda?
assalamualaikum dan bismillah..
salam bermonday blues..rasa ketaq segala kepala lutut dek kerana terlalu lama tak menaip entry di blog ni..melalui hari2 suram dan kelam seperti meniti hari2 penghujung hidup..ahh cukup2 jangan nak mengarut la cinonex..bawa2 la kepada isu yang nak di gebangkan..

sejauh mana tajamnye lidah anda?? adakah setajam mata pedang mahupun pisau lipat tak pun pisau potong sayur yang mak korang buat potong sayur di dapur..ehh memang la tak kan buat potong kayu api pulak..itu cuma sekadar perumpamaan yang boleh di kelaskan..bahasa melayu itu indah kan..
tutur bahasa dan kata2 itu menunjukan identiti seseorang..kadang2 kite tak sedar ape yang kite perkatakan itu boleh menguris hati seseorang walaupun dengan niat yang terbaik..menegur dan memberi nasihat itu ada cara dan etika nye..masih teringat dengan kata2 sinis seseorang ''macam ni ke nak masuk syurga''..apakah reaksi anda?bagaimana raut wajah anda? bila diperkatakan seperti itu semasa anda melakukan sesuatu untuk keredhaan allah swt..dengan hati yang iklas dan terbaik walaupun tak seberapa ape yang telah dikerjakan untuk jalan allah swt..
beringatlah sahabat kisah lalu yang boleh membukakan mata dan fikiran kita..kasih sayang allah swt..
Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah.
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.
kadang2 kerana mulut itu badan boleh binasa dan jangan sesekali menjatuhkan hukum kepada seseorang masuk syurga ataupun tidak kerana kite tidak berhak keatasnye..apa yang boleh cinonex katakan seseorang yang menjatuhkan hukum tanpa budi bicara adalah orang yang cetek ilmu..jangan kerana mulut kite berbuat orang berputus asa terhadap kasih allah swt..apa salah kite sokong dan beri kata2 dorongan..
terlalu banyak perkara yang cinonex dah sampaikan mengenai tutur bicara..sekadar menegur dan peringatan untuk diri sendiri..tak salah kan kalau kita mengunakan bahasa dan tutur bicara yang lebih baik..
p/s..rasa macam tak cukup lagi ilmu di dada ni..dan rasa macam lama sangat dah tak menaip..kualiti entry pun macam kurang..hehe
Tuesday, 27 September 2011
kereta gempak! pemanduan terhegeh hegeh
helooo salam selasa rasa nye dah beberapa hari cinonex tak update blog ni ha..sekadar melihat posting saja langsung tak bernafsu nak menaip entry..mungkin perlu mencari menambah perisa untuk kembali bernafsu seperti dahalu..
kalau sebut pasal kereta ramai yang menggunakan kereta dalam kehidupan seharian..jangan kan orang dewasa budak2 sekolah pun ada yang dah pakai kereta tapi bukan kereta betul la..kareta mainan jual 3 sepuluh kat pasar malam..

tak lupa jugak pada kaki2 kereta..sebagai contoh dah elok2 kereta wira comey lotey nak jugak convert jadi evo..tak ape lah nak buat macam mane dah nama pun minat kan..lantak la labu duit korang bukan duit bapak cinonex pun..tapi kalau dah banyak duit baik beli evo terus kan..
ape yang cinonex nak gebang kan pasal peminat kereta2 yang di modific ni ha kereta je gempak! tapi pemanduan terhegeh hegeh macam siput sedut..bukan sebab die sayangkan kereta ke ape tapi memang lembab dalam pemanduan..apa yang cinonex lihat nak keluar simpang pun tersenguh senguh..kamon la jangan buat malu pakai kereta jea ganas tapi pemanduan terhegeh2..agresif sikitttttt
kalau rasa pemanduan tu terhegeh2 lebih baik pakai kereta sorong je..ko tolak sampai lebam tak la menyusahkan orang lain sampai nak kene beratur panjang berjela..mujur cinonex ni jiwa rempit kalau tak dah tentu cinonex termasuk kategori ni..haha
ehh entah kenapa tiba2 jea tertaip entry macam ni..yela pagi2 ade kereta buat lawak depan cinonex..haha
p/s..pagi2 cinonex dah mengarut..rasa nye lama sangat tak mengarut dengan cerita2 cinonex..
Monday, 26 September 2011
cinonex coreyan crew pages

pengumuman! pengumuman!..moh la kite sini dan jangan malu nak tekan butang like yea..tak pun fan pages dekat sidebar blog cinonex ni ha..bukan ape cinonex nak meriah2 kan pages dan kenal2 dengan blogger lain..sape2 nak ping entry die dekat pages cinonex pun di alu2 kan sangat2..
dipersilakan..:)
Tuesday, 20 September 2011
maksud / apa itu malaxophobia
heloo..salam selasa baru hari ni terasa nak menaip sesuatu selepas bertapa beberapa hari untuk muhasabah dan menambahkan ilmu yang sememangnya kurang..cukup2 tak perlu nak mengebang dengan cerita yang tak berfaedah..kenapa tetiba nak menaip entry sebegini..entah cinonex pun tak tahu..haha

apa itu malaxophobia?..mungkin ada yang tertanye2 ape kejadahnye benda nia..adakah ia sejenis makanan??..malaxophobia berkait rapat dengan philemaphobia dan sarmassophobia atau senang cerita adik beradik la..kalau dalam bahasa popular nye phobia..tapi phobia boleh di pecahkan banyak perkara tertentu dalam hal2 yang terjadi..apa yang cinonex nak ceritakan mengenai malaxophobia yang lain tak mau..
maksud / istilah malaxphobia
malaxophibia ialah ketakutan dalam drama pencintaan..malaxophobia ni boleh wujud disebabkan oleh pengalaman lampau atau trauma yang pernah terjadi dalam diri seseorang itu..salah satu contoh yang boleh kite ambil seperti penderaan seksual..ini boleh menyebabkan perasaan rendah diri dan ketakutan dalam satu perhubungan..
kita tidak boleh salahkan sesiapa kadang2 seseorang itu membesar dalam keadaan yang negatif..bila keadaan ini menjadi latar belakang dalam diri sedikit sebanyak phobia ni menganggu dan boleh mewujudkan masaalah untuk seseorang itu dalam perhubungan..
sebab malaxophobia
secara umumnya malaxophobia timbul dalam satu kombinasi atau peristiwa luar mahupun peristiwa dahsyat yang pernah terjadi pada seseorang itu..banyak ketakutan yang tertentu boleh disusur kembali kerana malaxophobia adalah salah satu trauma di peringkat awal..
malaxophobia juga boleh wujud disebabkan keturunan, genetik, dan kimia otak..pengalaman hidup juga menjadi salah satu peranan wujudnya malaxophobia dalam diri..
gejala / kesan malaxophobia
seperti mana2 phobia yang lain..gejala atau kesan malaxophobia yang wujud dalam diri berbeza2..gejala ini bergantung pada tahap phobia seseorang itu..apa yang terjadi lazimnya kegelisahan yang terlampau, perasaan takut, nafas yang tersekat2 mahupun nafas yang laju lebih senang cakap pernafasan yang tidak teratur..
adakala juga degupan jantung yang tidak sekata, peluh berlebihan dan rasa loya seperti hilang selera makan, mulut kering dan ketidakupayaan berbicara..
cara mengatasi malaxophobia
cara mengatasi malaxophobia ini boleh di kawal dengan ubat ubatan tetapi dengan ubat ubatan boleh menghasilkan kesan sampingan dan berkemungkinan lebih teruk lagi..adakala nye ubatan tidak boleh menyembuhkan phobia yang ada..
selain dari ubatan malaxphobia juga boleh di rawat dengan perundingan dengan pakar2 yang berkaitan, hipnoterapi, psikoterapi dan neo-linguistic dan banyak lagi cara2 mengatasi malaxophobia..salah satu nye adalah cara islam yang cinonex nak kongsikan..
3x - shalawat kepada nabi saw
1x - al fatihah
1x - ayatul kursi
selepas membacanya berdoa la pada allah swt segala yang menganggu..segala yang terlintas di hati, dan fikiran akan lapang dan tenang..insyallah, jika niat kita baik allah swt akan permudahkan..seeloknya di baca setiap waktu, kalau tak boleh pun di kala perasaan gelisah tu menjengah elok la dibaca..banyak lagi cara2 yang boleh di amalkan apa yang cinonex kongsikan sesuatu yang mudah dan simple..
sampai kat sini jela kot apa yang cinonex boleh kongsikan..cinonex bukannye doktor cinta mahupun sifu dalam hal percintaan ni..sekadar perkongsian..salah silap sila perbetulkan yea..ingat la apa yang berlaku tu semua izin allah swt, ingin menguji hamba nye..peace :)







