Thursday, 14 June 2012
keterangan jibril tentang pintu neraka ke tujuh
jam menunjukkan 6.02pm ketika cinonex menaip perkataan ini..sekadar pembuka bicara pembuka kata..mungkin di saat ini pasti ada mereka yang masih berhutang dek kerana lalai melayan perkara2 lagha di muka paparan laptop mahupan desktop..
lalai..ya manusia sering lalai dan leka dalam ape jua perkara yang dilakukan tak mustahil makan nasi pun boleh terlupa untuk membaca doa makan aptah lagi perkara2 yang lebih extreme..
sekadar peringatan sesama umat islam..
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibril:
"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")
ps : salah silap sila perbetulkan hamba yang jahil ini..
Monday, 13 February 2012
rajakereta / kerja part time
harluu, cinonex nak share sesuatu yang boleh menghasilkan wang melalui raja kereta..bagi mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan yang lumayan..di alu2 kan menjenguk apa yang ada..kalau rasa tak nak jenguk pun just buka and lepas tu pangkah ikut suke tekak masing2..
apa itu raja kereta??
RAJAKERETA ADALAH SYARIKAT YANG SATU-SATUNYA DI MALAYSIA MENYEDIAKAN SATU PLATFORM KEPADA MEREKA YANG TIDAK MAMPU MEMILIKI KERETA MEWAH & BERKUALITI TETAPI MAHU MEMILIKI KERETA TERSEBUT DENGAN BERMODALKAN RM50 & RM100.
DENGAN BERMODALKAN RM50 & RM100 ANDA DAPAT MENDAFTARKAN SEBAGAI AHLI RAJAKERETA.APABILA ANDA MENDAFTAR, ANDA AKAN MENDAPAT SEKEPING KAD KEAHLIAN RAJAKERETA, VOUCHER DISKAUN RM4000 UNTUK MEMBELI SEBUAH KERETA DAN VOUCHER DISKAUN RM20 SETIAP PEMBELIAN MINYAK HITAM JENAMA “MAX OIL”.PEMBELIAN MINYAK TERSEBUT BOLEH DI BELI DI SEMUA CAWANGAN BERDEKATAN.
SEKIRANYA ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI RAJAKERETA, ANDA AKAN MENDAPAT “SMART BUSNESS PLAN” DAN MENIKMATI PENDAPATAN MELALUI 2 CARA:-
1.)MENDAPAT BONUS MELALUI PENAJAAN NETWORKING
2.)BONUS MELALUI JUAL BELI KERETA
Saturday, 4 February 2012
5 rahsia besar lelaki yang harus perempuan tahu!
helooo..cinonex malas nak mengarut lebih2 ini malam terus pada isu 5 rahsia besar lelaki yang harus perempuan tahu..kalau tak nak tau pun suke hati la tekak masing2..tak ada sapa gila pun kalau tak tahu..

wahai wanita! adakah anda merasakan bahawa pasangan anda sudah terlalu jujur untuk menceritakan segala rahsia diri mereka??..pasti tidak! ini kerana lelaki biasanya akan menyimpan sedikit rahsia yang terlalu peribadi bagi mereka..jadi apakah rahsia terbesar yang selalu di simpan oleh lelaki..bukan bermakna cinonex ingin mengaibkan kaum pemerintah ini..
1 - cerita xxx
cerita xxx ni bukanlah cerita lakonan vin diesel mahupun ais ketul part 1 dan 2..tetapi hasil dari kajian yang telah dilakukan, boleh di katakan hampir keseluruhan lelaki pernah menonton cerita xxx secara langsung mahupun tidak langsung..ini kemungkinan di sebabkan sifat keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika di bandingkan dengan wanita..yang kopiah atas kepala cinonex tak tau la..
2 - lelaki adalah pengintip
lelaki adalah pengintip tetapi bukan kaki sekodeng haa..jangan buat yang tidak2..salah satu perkara yang yang lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka sukai..tidak kira samaada mereka sudah berpasangan ataupun tidak kegiatan ini adalah merupakan satu perkara wajib bagi kebanyakan lelaki..
3 - lelaki mudah bosan
kebiasaanya lelaki bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan..tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit..susah nak cari yang romantik ni kalau ada pun tinggal orang yang macam cinonex ni jea..
4 - lelaki sukar menolak peluang
sekiranya ada wanita lain yang cube menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka..ini kerana di sebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut tanpa pengatahuan anda..kalau dah datang macam megan fox sapa boleh tahan??..
5 - penggoda adalah sifat lelaki
tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki tersebut sudah mempunyai pasangan mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain..
sumber : sumber2 yang boleh dipercayai..terima kasih kerana meminjamkan rahsia ini..
p/s : esok cuti mana mau pegi haa..
Friday, 13 January 2012
rahsia lima jari?
helooo..dah seminggu tak terusik blog cinonex ni ha..kalau macam ni memang boleh pergi jauh blog ni, jauh ke laut..dan mood nak menaip entry pun ke laut juga..malas nak menaip beriya sampai berbuih mulut orang nak bace nanti..tu pun kalau ada orang sudi bace entry ni la..

rahsia lima jari..manusia je yang sebelah tangan ada 5 jari kalau ada terlebih terkurang tu faham2 sendiri la..spesis kat muka bumi yang lain cikgu cinonex tak sempat nak ajar mati tergeliat tangan masa nak taip rahsia ni la..ahhh sudah2 mengarut..
rahsia lima jari anda.
1 - cuba tengok jari anda..genggam kuat2 jangan ramas pulak dan angkat tangan ke atas sambil laung ''allahu akbar''..itu lah rukun islam yang mesti di angkat dan di junjung..
2 - luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam2..itu lah kewajipan solat lima waktu jangan di abaikan..
3 - letakan jari anda di atas meja, kerusi atas lantai ke ikut suka la..mula dengan jari kelinking yang kecil dan kerdil di ibaratkan manusia dan apa benda pun akan bermula dengan kecil dan membesar terus membesar..itulah fitrah dan alam seluruhnya semua bermula dari kecil..kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi kesan pada kehidupan masa hadapan..
4 - lihat jari kedua iaitu jari manis..macam itulah juga dengan usia remaja semuanya swet dan manis belaka semanis jari manis..di usia remajalah kita sering di duga dengan pelbagai dugaan dan cabaran..hanta iman dan takwa sahaja yang akan menunjukkan jalan kebenaran..
5 - jari ke tiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita..ramai orang minat dengan jari hantu ni lebih2 tengah mencarut..di usia 30an kita dah punya status dan ekonomi serta kerjaya yang teguh tapi kena hati2 sebab banyak langau2 pengacau yang datang mengoda macam lalat hurung taik..hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jeles dan segala macam hantu..jika gagal kawal emosi khuatir masuk perangkap nafsu dan syaitan..so haruslah melipat kali gandakan ibadah..
6 - jari telunjuk..jari inilah yang mengungkap satu dan esanya allah swt ketika solat..genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah..jadi contoh dan tauladan pada jari2 yang lain..macam tu la juga kita perlu jadi role model untuk generasi yang akan datang..
7 - akhir sekali renung la ibu jari..dah la besar gemok pulak tu..berbanding dengan jari2 yang lain..ibu jari lah yang paling hebat dan membanggakan..kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tak ada ibu jari??..nak genggam nak pegang sesuatu cukup susah..untuk generasi muda nak buat apa2 jadikanlah orang yang lebih berusia dan berpengalaman..kalau kita ikut pada petunjuk mereka boleh la gebang ''good'' takpun ''yes'' sambil thumbs up..
sumber : sumber2 yang boleh dipercayai..tq kepada mereka yang menge mail kan benda alah ni..cinonex gubah sikit2 supaya santai untuk di baca..peace
p/s..malas nak menaip pakai jari tangan, cinonex pakai jari kaki ni..sila percaya!!
Sunday, 30 October 2011
antara lembu dan manusia mana lebih berharga?
helooo..salam berhujung cinonex jeritkan pada sahabat2 yang kenal ke tak kenal ikut suke la kan..hujan mencurah2 di bumi pahang jika tidak dah tentu syaitanirrojim berbisik keluar la keluar la untuk mencuci mata..terasa rindu melihat buaya2pren menjolok karpet snuker dan tak lupa juga mereka yang golek bola bowling masuk lorong sebelah..
alahaiii cik kak kalau masuk longkang tu perkara biasa ni siap masuk lorong sebelah itu dah jadi luar biasa..cukup2 mukadimah karang meleret2 pulak entry ni..
antara lembu dan manusia boleh ke di samakan atau di beza2kan??..lembu tu dah tentu la spesis haiwan jinak..
tidak sesekali cinonex ingin membezakan malah membanding2 antara lembu dan manusia..jauh sekali tidak..cinonex terdetik dengan cebisan kata2 ''harga diri seorang wanita'' yang selalu kedengaran di telinga2..berapa harganya?? adakah seseorang wanita itu mempunyai nilai untuk di jual beli??..
bagi cinonex harga seorang wanita itu tidak ternilai harganye..tetapi!! jangan lah kamu2 merosakan mahar yang perlu suami kamu keluarkan untuk memilikimu..semakin hari semakin menular pelbagai kegiatan tak bermoral..ini la di katakan generasi yang semakin lumpuh dan sakit dengan ilmu agama..
harga seekor lembu betina paling tidak berjumlah rm2000.00 seekor..berapa pula harga seorang wanita?? jika berpeleseran dengan lelaki yang bukan muhrim..berpegangan tangan, berpelukan, bercium di khalayak ramai tanpa rasa segan silu dan konfiden nye..adakah berasa sudah seperti berada di syurga?? perlu di ingat tak mustahil kite tersungkur di pintu masuk syurga..murah kan nilai nye??
semakin maju dunia semakin menghampiri penghujungnye..bak kate pak pandir jangan la kamu menjadi ''seorang yang memiliki otak yang pandai, mempunyai akal yang boleh di gunakan, tetapi mengadai kebijaksanaan''..masing2 boleh menilai antara baik dan buruk..jadi la seorang hakim yang adil membuat keputusan diri sendiri jangan menjadi seperti tunggul rela jadi patung tunggu masa untuk di lelong ibarat suruh angguk-anguk suruh geleng-geleng..
bila bercakap bab agama terlalu banyak kelebihan menjadi seorang wanita muslimah..antaranya
1 - doa wanita lebih maqbul dai lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daipada lelaki..ketika di tanya kepada rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda : ''ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia2..
2 - wanita soleha (bail) itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh..
3 - seorang wanita solehah adalah lebiha baik daripada 70 orang wali..
cinonex bagi 3 jela..karang banyak2 berbuih pulak nak bace..banyak lagi kelebihan menjadi seorang muslimah..nak baca klik sini..
kata2 yang sering di kompangkan menjadi wanita itu indah, menjadi muslimah itu sangat indah, menjadi mukminah jauh lebih indah dan menjadi solehah itu adalah pilihan..mungkin entry ni berat sebelah..tidak menyalahkan kaum hawa sepenuhnye..kalau tepuk tangan sebelah masakan boleh berbunyi..dah tentu2 lah kaum adam pun lebih kurang jugak..
kaum adam sepatutnye yang menjadi pemimpin jalan yang sepatutnye..janganlah dirosakan lagi iman seorang wanita jika diri sendiri tidak beriman..harus tegur menegur antara kaum adam dan hawa..baru lah ada keseimbangan disitu..
antara lembu dan manusia yang mana lebih berharga??..si lembu yang tidak mempunyai akal fikiran pun bernilai..apatah lagi manusia yang mempunyai akal,nafsu dan kelebihan yang lain..fikir fikirkan
p/s..emm..harus keluar dari jalan yang bengkok, lurus kan kembali jalan yang telah engkau tingalkan..peringatan untuk diri sendiri..
Monday, 17 October 2011
sejauh mana tajamnye lidah anda?
assalamualaikum dan bismillah..
salam bermonday blues..rasa ketaq segala kepala lutut dek kerana terlalu lama tak menaip entry di blog ni..melalui hari2 suram dan kelam seperti meniti hari2 penghujung hidup..ahh cukup2 jangan nak mengarut la cinonex..bawa2 la kepada isu yang nak di gebangkan..

sejauh mana tajamnye lidah anda?? adakah setajam mata pedang mahupun pisau lipat tak pun pisau potong sayur yang mak korang buat potong sayur di dapur..ehh memang la tak kan buat potong kayu api pulak..itu cuma sekadar perumpamaan yang boleh di kelaskan..bahasa melayu itu indah kan..
tutur bahasa dan kata2 itu menunjukan identiti seseorang..kadang2 kite tak sedar ape yang kite perkatakan itu boleh menguris hati seseorang walaupun dengan niat yang terbaik..menegur dan memberi nasihat itu ada cara dan etika nye..masih teringat dengan kata2 sinis seseorang ''macam ni ke nak masuk syurga''..apakah reaksi anda?bagaimana raut wajah anda? bila diperkatakan seperti itu semasa anda melakukan sesuatu untuk keredhaan allah swt..dengan hati yang iklas dan terbaik walaupun tak seberapa ape yang telah dikerjakan untuk jalan allah swt..
beringatlah sahabat kisah lalu yang boleh membukakan mata dan fikiran kita..kasih sayang allah swt..
Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.
Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"
"Neraka," jawab Allah.
"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.
"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.
kadang2 kerana mulut itu badan boleh binasa dan jangan sesekali menjatuhkan hukum kepada seseorang masuk syurga ataupun tidak kerana kite tidak berhak keatasnye..apa yang boleh cinonex katakan seseorang yang menjatuhkan hukum tanpa budi bicara adalah orang yang cetek ilmu..jangan kerana mulut kite berbuat orang berputus asa terhadap kasih allah swt..apa salah kite sokong dan beri kata2 dorongan..
terlalu banyak perkara yang cinonex dah sampaikan mengenai tutur bicara..sekadar menegur dan peringatan untuk diri sendiri..tak salah kan kalau kita mengunakan bahasa dan tutur bicara yang lebih baik..
p/s..rasa macam tak cukup lagi ilmu di dada ni..dan rasa macam lama sangat dah tak menaip..kualiti entry pun macam kurang..hehe
Tuesday, 20 September 2011
maksud / apa itu malaxophobia
heloo..salam selasa baru hari ni terasa nak menaip sesuatu selepas bertapa beberapa hari untuk muhasabah dan menambahkan ilmu yang sememangnya kurang..cukup2 tak perlu nak mengebang dengan cerita yang tak berfaedah..kenapa tetiba nak menaip entry sebegini..entah cinonex pun tak tahu..haha

apa itu malaxophobia?..mungkin ada yang tertanye2 ape kejadahnye benda nia..adakah ia sejenis makanan??..malaxophobia berkait rapat dengan philemaphobia dan sarmassophobia atau senang cerita adik beradik la..kalau dalam bahasa popular nye phobia..tapi phobia boleh di pecahkan banyak perkara tertentu dalam hal2 yang terjadi..apa yang cinonex nak ceritakan mengenai malaxophobia yang lain tak mau..
maksud / istilah malaxphobia
malaxophibia ialah ketakutan dalam drama pencintaan..malaxophobia ni boleh wujud disebabkan oleh pengalaman lampau atau trauma yang pernah terjadi dalam diri seseorang itu..salah satu contoh yang boleh kite ambil seperti penderaan seksual..ini boleh menyebabkan perasaan rendah diri dan ketakutan dalam satu perhubungan..
kita tidak boleh salahkan sesiapa kadang2 seseorang itu membesar dalam keadaan yang negatif..bila keadaan ini menjadi latar belakang dalam diri sedikit sebanyak phobia ni menganggu dan boleh mewujudkan masaalah untuk seseorang itu dalam perhubungan..
sebab malaxophobia
secara umumnya malaxophobia timbul dalam satu kombinasi atau peristiwa luar mahupun peristiwa dahsyat yang pernah terjadi pada seseorang itu..banyak ketakutan yang tertentu boleh disusur kembali kerana malaxophobia adalah salah satu trauma di peringkat awal..
malaxophobia juga boleh wujud disebabkan keturunan, genetik, dan kimia otak..pengalaman hidup juga menjadi salah satu peranan wujudnya malaxophobia dalam diri..
gejala / kesan malaxophobia
seperti mana2 phobia yang lain..gejala atau kesan malaxophobia yang wujud dalam diri berbeza2..gejala ini bergantung pada tahap phobia seseorang itu..apa yang terjadi lazimnya kegelisahan yang terlampau, perasaan takut, nafas yang tersekat2 mahupun nafas yang laju lebih senang cakap pernafasan yang tidak teratur..
adakala juga degupan jantung yang tidak sekata, peluh berlebihan dan rasa loya seperti hilang selera makan, mulut kering dan ketidakupayaan berbicara..
cara mengatasi malaxophobia
cara mengatasi malaxophobia ini boleh di kawal dengan ubat ubatan tetapi dengan ubat ubatan boleh menghasilkan kesan sampingan dan berkemungkinan lebih teruk lagi..adakala nye ubatan tidak boleh menyembuhkan phobia yang ada..
selain dari ubatan malaxphobia juga boleh di rawat dengan perundingan dengan pakar2 yang berkaitan, hipnoterapi, psikoterapi dan neo-linguistic dan banyak lagi cara2 mengatasi malaxophobia..salah satu nye adalah cara islam yang cinonex nak kongsikan..
3x - shalawat kepada nabi saw
1x - al fatihah
1x - ayatul kursi
selepas membacanya berdoa la pada allah swt segala yang menganggu..segala yang terlintas di hati, dan fikiran akan lapang dan tenang..insyallah, jika niat kita baik allah swt akan permudahkan..seeloknya di baca setiap waktu, kalau tak boleh pun di kala perasaan gelisah tu menjengah elok la dibaca..banyak lagi cara2 yang boleh di amalkan apa yang cinonex kongsikan sesuatu yang mudah dan simple..
sampai kat sini jela kot apa yang cinonex boleh kongsikan..cinonex bukannye doktor cinta mahupun sifu dalam hal percintaan ni..sekadar perkongsian..salah silap sila perbetulkan yea..ingat la apa yang berlaku tu semua izin allah swt, ingin menguji hamba nye..peace :)
Wednesday, 14 September 2011
jodoh macam parking kereta
assalamualaikum dan bismillah..
alohaaa..tak ada angin tak ada ribut tiba2 jea hujan..kan dah terpaksa cinonex menaip satu entry..ahh apa kene mengena taip entry dengan hujan pulak..yela kalau time hujan2 ni buat taik mata pun sodap..mau minggu depan baru bangun..
bila sebut pasal jodoh ramai yang bujang2 ketaq lutut bila la jodoh aku nak sampai..lebih2 lagi mereka2 yang umur nye hampir terbabas..tak ketinggalan jugak pada yang nak menambah cawangan..tapi cinonex tak nak pun cerita pasal poligami kat sini..kasi la can pada yang bujang2, buaya2 semua yea..teringat pada satu artikel mungkin ramai yang dah tahu..sekadar peringatan untuk diri cinonex..
jodoh ni macam parking kereta
sedang kita mencari parking yang kosong, sedar tak kita, masih ramai lagi yang mencari tempat parking kereta seperti kita..kadang2 berulang kali melalui lorong yang sama, masih tidak kelihatan tempat kosong untuk parking..
dalam mencari jodoh, kita perlukan usaha...jangan berputus asa.kadang-kadang juga, kita mengikut kereta di hadapan dan diiringi kereta dibelakang, namun jika terlepas pandang, kereta belakang dapat tempat kosong selepas sesebuah kereta mngosongkan tempat itu. mesti frust sampai gila dan mungkin jugak ada yang guling2..
untuk mendapatkan satu tempat parking yang kosong pun memerlukan masa yang lama..tapi, sekiranya nasib yang baik, setibanya kita di tempat berkenaan, kebetulan ada pula kereta yang ingin beredar keluar dari tempat parking itu..time tu, mula la kita tersenyum lebar..mula la, bagi hormat pada pemberi parking tersebut..
dalam hal ini juga, ada yang mengamalkan ketidakadilan, penat-penat kita kereta lain menunggu giliran, kereta lain yang datang lewat dari kita, terus masuk tempat parking yang baru dikosongkan..aduhh, mesti sumpah seranah habis pada si pemilik kereta itu. namun, mana lah kita tahu, ada tempat parking yang lebih baik dari tempat parking tadi. tempat yang teduh, selamat dan dekat dengan destinasi kita..
sumber : sumber2 yang boleh dipercayai..hehe
bagi cinonex setiap manusia tu ada jodoh masing2..sudah tetulis di luh mahfuz manusia itu dijadikan berpasang pasangan..cume kite tak tahu bila kita akan bertemu jodoh dan dimana pasangan kita..so haruslah bersangka baik pada allah swt..
jangan putus asa dalam mencari jodoh, setiap ape yang berlaku itu ada rahmat dari allah swt..apa yang harus kite lakukan sabar, berdoa dan teruskan saja niat yang baik..jangan terlalu terkenangkan peristiwa yang sudah2..iklaskan, lepaskan dan redhakan apa yang tertulis dengan ketentuan ilahi..
p/s..cinonex bujang lagi..haha
Wednesday, 27 July 2011
berhati hati apabila menaip
yehaoooo..cukup2 la menyuap di tengah hari ni..tau la nak balas dendam sebelom menyambut hari baik bulan baik dalam seminggu jea lagi..bawa2 la beransur bekerja jangan nak curi tulang tinggal daging jea..
berhati2 apabila menaip..yes banyak sangat benda2 yang tersasul di dalam kehidupan seharian ni bukan saja percakapan malah penulisan dalam menaip entry, menaip chat atau sebagainye..kadang2 jika tersalah taip ejaannye boleh membawa maksud yang lain dan mungkin juga makna yang tidak baik..
mungkin isu ini dah lama..mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga yang tidak tahu..tak salah jika di kongsi kepada mereka2 yang masih baru dalam dunia blogging walaupun cinonex masih baru tapi dah lame jadi silent reader..hehe
contoh nye seperti ejaan cinonexcoreyan.blogspot.com jika di salah eja kepada cinonexcoreyan.blogpot.com atau pun cinonexcoreyan.blogpsot.com..anda mungkin akan di bawa ke satu laman iaitu mega site of bible studies information..so sila berhati hati apabila menaip..kadang2 kite tak perasan banyak sangat cara2 halus untuk menjatuhkan dan menyesatkan umat islam dan agama allah swt..
bukan untuk mempromosi tapi untuk memperingati supaya lebih berhati2..peringatan untuk diri cinonex jugak..kalau tak percaya boleh cube..kalau rasa takut2 tak payah buang karen jea orang kata..peace
p/s..dunia2 macam2 ade skang ni..arap lebih berhati..
Thursday, 19 May 2011
cinonex terdejavu lagi
helooo..yehaaa ni la die habit cinonex..bila dah terupdate satu entry mula la nak update banyak2 entry silap2 kerja lain ape pun tak jadi..tapi bagus jugak cinonex bukan buat ape pun kat opis ni ha..cinonex dok makan gaji buta jea..kalau sapa2 nak join crew cinonex jangan malu2 nak anta resume..haha
cukup2 mukaddimah tu..tak perlu sekapur sireh yang panjang2..dejavu?? mesti ade mereka2 yang tak tahu ape maksud dejavu..cinonex pun tak ada la tahu sangat pasal ape itu dejavu..nak percaye lebih2 pun tak boleh jugak kan..
Definisi Deja Vu
Deja vu berasal dari kata Perancis yang berarti “telah melihat“. Kata ini mempunyai beberapa turunan dan variasi seperti deja vecu (telah mengalami), deja senti (telah memikirkan) dan deja visite (telah mengunjungi). Nama Deja Vu ini pertama kali digunakan oleh seorang ilmuwan Perancis bernama Emile Boirac yang mempelajari fenomena ini tahun pada 1876.
ok cinonex bagi contoh yea..korang datang ke suatu tempat yang baru pertama kali pergi atau datang tempat tu..tapi rasa macam familiar sangat dengan tempat tu..rasa macam selalu jea pergi padahal itu adalah kali pertama..kadang2 korang tak pasti dan macam mane korang rase tempat tu macam dah biasa je korang pergi..
ok itu la serba sedikit nak cerita maksud dejavu ni..nanti cinonex bebel panjang2 kat sini tak ada orang nak bace pulak..jangan malu2 nak search yea..semua cinonex nak suapkan kurus la cinonex macam ni..ke korang nak cinonex suapkan dengan laptop 14 inci ni ha..besar ni wey hempuk anjing pun mati..hehe
itu dari segi kajian manusia la..perkara yang biasa berkaitan dengan dejavu ni mesti berkaitan dengan tido dan roh..ada yang mengatakan roh kite berjalan..
Di dalam ayat Al Quran ada dijelaskan tentang kedudukan roh ketika tidur ini, dan memang Allah SWT memegang roh orang yang mati dan ketika tidurnya, dan melepaskan kembali sampai waktu yang ditentukan.
Firman Allah SWT maksudnya: "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir". (Az Zumar ayat 42)
itu jela kot yang cinonex nak gebang..bukan ape cinonex mengalami sesuatu perkara yang cinonex rasa macam biasa sangat..tapi padahal baru jea pertama kali..meh kite layan lirik lagu dejavu..weeeeee
dr.kronik - dejavu
denunganmu, dejavu
Senyumanmu, dejavu
Sentuhanmu, dejavu
Lirikanmu, dejavu…
Bagaikan satu kejutan
Keluar pintu lamunan
Masuk ke pintu impian
Bisikanmu dejavu
Belaianmu dejavu
Sentuhanmu dejavu
Rangsanganmu dejavu
Leburkanlah kekalutan
Yang yang kaburkan oh! Pandangan
Aku dalam pencarian…
Leraikanlah rantai yang membelenggu
Ku yang dah jemu, aku dah lesu
Ku yang tak tentu hala tuju
Aku merayu…
Leraikanlah rantai yang membelenggu
Ku yang dah jemu, aku dah lesu
Ku yang tak tentu hala tuju
Aku merayu…
Hanya mampu merayu…
p/s..waaa lame dah tak update blog macam ni..huhu
Tuesday, 1 March 2011
foto spyshot terbaru myvi se 2011- myvi extreme
yehaaaa..ha ari tu cinonex pernah buat entry pasal myvi se 2011..tapi gambar bontot nye aja..nak bace tenyeh sini..
ni foto terbaru myvi se 2011..warna di raja lagi..

reka bentuk yang lebih spoty dan yang penting enjinnye 1.5 liter..nak beli lapan la..
Wednesday, 19 January 2011
terbaru yamaha 135lc 2011 mempunyai 5 gear
harluuu..biasa kite dengar sekarang ni pengeluaran bermacam jenis kereta..hari ni cinonex berjalan2 di pagi hari nak sihat kan badan terjumpa la benda alah ni..bagi peminat kenderaan beroda dua ha ni dia..




kata nya gambar2 ni berjaya di ambil di lebuh raya plus..bagi mat2 rempit ape yang menariknya model baru ni antaranya ada brek disc belakang, rim yang lebih lebar dan yang lebih mantap nye model ni ada 5 gear..
di indonesia sudah pun di lancarkan dengan nama jupiter mx model 2011..
info dari arena kereta..
Saturday, 8 January 2011
hitam merah putih biru

harluuuuu..haa tetiba jea hitam merah putih biru..nak kate kaler bendera malaysia bukan..sebab ada kaler hitam..kalau ganti hitam dengan kaler kuning yela jugak..
tak ada pape sebenarnye korang perasan tak warna2 yang cinonex gunakan dalam blogs cinonex ni..ni ialah antara kaler2 atau warna yang cinonex suke..warna hitam merah putih ni adalah kaler trademark cinonex ok..kaler ni sahaja lah yang cinonex akan gunakan di dalam blogs..kaler ni adalah identiti cinonex..
terlanjur cinonex..jangan fikir bukan2 terus bila cakap terlanjur ni..terlanjur dah sebut2 pasal kaler so cinonex nak cerita la maksud2 kaler ni ha..tak kire la orang da tahu ke blum..
memandangkan kaler hitam..tulisan pun kene la kaler hitam gak..kalo tak nampak select dari bawah ni..
hitam
warna hitam melambangkan sofistikated..iaitu meluahkan sesuatu yang sugul dan dramatik..itu lah yang cinonex ingin tampilkan dalam blogs cinonex serta warna hitam membuatkan yang muda kelihatan dewasa seperti cinonex tapi bukan tua ok..so cinonex akan cube berfikiran lebih matang dalam blogs..sampai sini
merah
ada dua..warna merah dan merah jambu..tapi cinonex nak cerita warna merah asas..warna merah membangunkan keriangan, marah dan juga penyayang..merah yang berlebihan juga memberi ketekanan..macam blogs cinonex ni akan selitkan benda2 yang kelakar..tapi tak tau la pulak korang gelak ke tak kan..dan juga rasa ketidakpuasan hati cinonex..
marah membawa keagresifan yang akan membawa kepada kemarahan..tapi merah juga membawa mereka yang merasa malas atau kehilangan tenaga kerana ia akan membarakan perasaan yang lemah..sebab tu perasaan cinonex kuat tuk selalu update..haha
putih
warna putih semua orang tahu kan melambangkan kesucian hati dan amanah untuk membersihkan dan mengubati orang lain..sebab tu dalam blogs cinonex ni ada selit2kan entry yang berunsurkan agama islam..cinonex bukan la seorang yang baik sangat pon..teguran kepada diri cinonex jugak..
biru
biru ada macam2 kaler biru..tapi cinonex nak biru asas..biru melambangkan kejujuran dan kemulian..cinonex akan tulis ape yang cinonex rase nak tulis dalam blog ni..dan biru juga melambang emosi seorang lelaki..mesti la sebab cinonex ni lelaki..haha
warna boleh menunjukan identiti seseorang..sama juga la warna2 yang cinonex gunakan dalam blog ni adalah identiti cinonexcoreyan.blogspot.com
Friday, 7 January 2011
proton PERSONA ELEGANCE 100% elektrik

see..pengeluaran kereta semakin mengila sekarang nih..minyak petrol pun sama gila tiap2 bulan nak naik harga..ha boleh la kawan berdua..macam2 ada sekarang ni..ni yang terbaru spyshot da dapat ambil masa tengah test drive..
syarikat detroit electric pernah buat perjanjian dengan proton pada awal taun lepas untuk membeli model persona dan gen2..dan akan menukar injin kereta kepada injin elektrik..
persona akan di jenamakan semula sebagai Detroit Electric e63..dan gen2 sebagai Detroit Electric e64..yang pasti model ni akan keluar 100% elektrik..yang penah war2 kan dalam tv ari tu..
info dari arena kereta..
tv al hijrah siaran baru
tv al hijrah adalah stesen tv percuma terbaru berpusat dan bersiaran penuh dari pusat islam kuala lumpur..tv al hijrah tampil mengetengahkan pendekatan yang bercorak islamiyah..
kalo sape2 yang belom tengok lagi tu..pegi la godek2 tv kat rumah tu..tapi jangan sampai jahanam, jangan sampai tak ada gambo langsung sudah la..karang meroyan tak dapat tengok drama kesukaan korang tu..
p/s..bagus2..ade siaran yang berunsurkan islamiyah..bagi memperkasakan agama islam..




