Showing posts with label islamiyah. Show all posts
Showing posts with label islamiyah. Show all posts

Wednesday, 27 March 2013

nilai seorang lelaki berkopiah?

assalamu'alaikum,bismillahirramanirrahim..


Jauh perjalanan luas pandangan ramai pengetahuan..semakin jauh berjalan tanpa arah dan tujuan ibarat seperti berjalan di dalam kasut sendiri..tekanan semakin hebat arus di bawah semakin panas..

mungkin kerana sudah berasa kebas dek kerana terperangkap dalam setiap langkah yang membawa kesilapan akhirnya letih lesu dalam keadaan sedar..

nilai seorang lelaki yang berkopiah bukan terletak pada harga kopiah mahupun tempat kopiah di beli..tetapi nilai pandangan seorang wanita yang bergelar makcik, kakak, adik, isteri orang, perempuan yang umor nya hampir terbabas ataupun seorang perempuan yang sedang mencari pasangan hidup atau dalam bahasa yang mudah mereka yang ber'binti'kan ayahandanya..


jauh cc menyusur memerhatikan keadaan manusia yang semakin sawan babi..karat jahilliyah masih menapak di dalam hati pemikiran masih cetek di tahap buku lali..terlalu mudah untuk menilai seseorang hanya dari luaran..betul! adakalanya kita tidak punya banyak waktu untuk mengenali seseorang itu secara dalamannya..bak kata pepatah jangan menilai kulit bukunya sahaja tapi nilailah isi dalamannya..

cuba bayangkan seseorang lelaki yang berpakaian biasa, tidak berkopiah dan di takdir kan berwajah ibarat seperti manusia pecah rumah jiran hadir ataupun menegur seorang muslimah dengan niat yang baik di alam realiti mahupun maya..sudah pasti di abaikan tanpa rasa segan silu dan konfidennya..mungkin terlintas di hatinya..

'orang ni mesti nak mengorat aku, muka macam pecah rumah mesti orang jahat ni, malas layan makan supering lagi sedap'..tetapi pernah kah terfikir mungkin dia ingin menengur sesuatu perkara bagi tidak mengaibkan diri muslimah tersebut?? bersangka baik sahabat..

tetapi bagi mana pula dengan seorang yang berpenampilan baik berkopiah berserban atau sebagainya..hadir dalam hidup seorang muslimah dalam keadaan terketar2 kepala lutut menegur dengan penuh sopan dan santun seperti perempuan 'geisha' di luar mahupun dunia maya seperti facebook dengan bahasa yang baik dan islamic..'assalamu'alikum ukhti, khaifa haluki'..apakah yang akan terlintas dalam fikiran muslimah tersebut?? adakah dia akan menolak dengan sekerasnya2 ataupun akan 'wahh baiknya budak ni dah la pakai kopiah bercakap pun guna bahasa islamic nak kenal2 la dengan budak ni mana tau rezki ambe'..lalu bermula la novel cinta islamic..

ujian kaum lelaki:

daripada usamah bin zaid r.a nabi s.a.w bersabda yang bermaksud
 ''aku tidak meninggalkan suatu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita''
(riwayat al bhukari dan muslim)


adakah kita layak untuk menilai seseorang itu dari luaran dan keimananya??..ada seorang hamba allah swt yang selalu minum arak dan esok dia dikenakan hukuman dan beliau masih melakukan perkara yang sama dan dikenakan hukuman sehinggakan ada suara berbisik meminta rasulullah saw membunuhnya! tetapi rasulullah berpaling pada suara itu dan mengatakan bahawa hanya allah swt yang mengetahui di dalamnya ada iman..(tak ingat sangat cerita ni salah silap perbetulkan hamba yang jahil ini)

bangkitlah wahai sahabat muslimah janganlah kamu mahalkan harga diri pada mereka yang berpakaian tidak islamic dan meletakan tanda murah pada mereka yang berpenampilan islamic berkopiah dan sebagainya..iktilat seharusnya di jaga tidak kira pada mereka yang berkopiah mahupun tidak..kopiah itu bukan lah tanda keimanan dan ketaqwaan seseorang lelaki..

bagi cc biar orang salah menduga biar orang salah menganggap biar orang salah menduga..biar mereka melihat dan tahu yang buruk2 mengenai kita sebelum mengharapkan yang baik2..apa gunanya menghabiskan masa untuk menunjukan kebaikan pada zahirnya sedangkan batinnya jauh menyimpang ke laut..menilailah mengunakan akal dan fikiran jangan tunduk mengikut kehendak nafsu..



pesanan orang jahil :

kepada mereka yang bergelar lelaki/jantan/ayah/pak mentua/pondan dan seangkatan dengan nya, yang keluar berjimba di luar mahupun berjimba di alam siber dengan berpenampilan baik berkopiah bagai..tolong la jaga adab, jaga lidah jaga tutur bicara jangan mencarut dan mengeluarkan perkataan2 yang boleh mengaibkan diri sendiri..sila tanggalkan kopiah anda lalu di masukan ke dalam kocek mahupun ke dalam tekak sendiri..daya pemikiran orang yang melihat mahupun mendengar pasti akan ''tak padan dengan berkopiah mulut @#^&%!.'' lalu menyalahkan kopiah..sedangkan kopiah itu tidak bersalah dalam cerita itu..sekian


note :
dah lama peram entry ni sebab lukis gambar tak siap2 sibuk dengan urusan dunia..lagho2..





Thursday, 13 September 2012

aku bukan saidina ali



Nurul Salwa Al-Fateh. Pertemuan pertama kali dengan wanita hebat seperti Nurul Salwa Al-Fateh pasti tidak mampu dilupakan. Pelajar perundangan syariah yang sangat hebat tentang hukum agama. Penegak keadilan. Pembanteras kezaliman. Begitu tabik aku kepada Nurul Salwa Al-Fateh. Namun apa yang pasti, wanita ini sebenarnya amat sukar untuk didekati. Terlalu sukar. Wanita yang begitu sibuk beribadah dan berhubung dengan kekasihNya menyebabkan dia sentiasa menyendiri daripada kelompok manusia yang sibuk dengan kehidupan sosial masing-masing.



Jika dibandingkan aku dan Nurul Salwa Al-Fateh, terlalu jauh perbezaan kami berdua. Hidup Nurul Salwa Al-Fateh begitu mengikut syariat padahal aku pula banyak melanggarnya. Jauh di sudut hatiku, aku mahu memiliki Nurul Salwa Al-Fateh itu. Aku seperti telah jatuh hati pada wanita yang hujung namanya Al-Fateh itu. Tapi, bolehkah aku memilikinya? Sedangkan kehidupan kami berdua saja sudah boleh membezakan aku yang jahat dan dia yang baik. Hati ini sukar untuk dijangka. Bila aku tidak memerlukan cinta, ia datang menyinggah. Bila diperlukan, ia tidak mahu datang. Itulah lumrahnya perkataan yang bernama cinta.

Tetapi pada suatu hari, terjadi satu peristiwa yang telah mengubah kehidupanku. Aku bertemu Nurul Salwa Al-Fateh. Pada ketika itu, dia berada di perpustakaan kampus dan pada waktu yang sama, aku sedang mencari bahan rujukan untuk menyiapkan kerja khusus yang diberikan oleh pensyarah. Tiba-tiba, Nurul Salwa Al-Fateh memberi salam dan meminta aku mengambil buku yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku begitu terkejut dan terpegun dengan keindahan Nurul Salwa Al-Fateh. Memang benar kata para pelajar di sini, dia pelajar yang luar biasa.

"Errr... Encik? Boleh ambilkan saya buku yang tidak jauh dari tempat encik berdiri?"
Aku pun mengambil buku tersebut setelah lamunan aku terhenti. Aku memberanikan diri untuk bertanya padanya adakah betul dia Nurul Salwa Al-Fateh. Dia tersenyum. Aku sungguh terpukau dengan senyuman manis bersama lesung pipitnya itu. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berlalu seraya meninggalkan aku salam. Hatiku berdebar-debar. Aura Nurul Salwa Al-Fateh masih bersama denganku. Sejak dari itu, aku mula kerap ke perpustakaan agar sentiasa bertemu wanita hebat itu.

Ke mana saja dia pergi, aku pun mengikutinya. Segala aktiviti Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa aku ketahui. Sifat peribadinya tiada beza seperti Saidatina Fatimah Az-Zahra. Mungkin aku boleh samakan dia dengan Ummu Abiha itu. Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan mengikuti aktiviti kebajikan. Sedikit demi sedikit, aku telah berubah. Dahulu gaya hidupku terlalu kebaratan. Di dalam rumahku ini aku sedar tiada sedikit pun sinar Islam. Botol arak tersimpan kemas di dalam almari. Maksiat bermaharajalela di rumah ini. Aku sangat berasa jahil dan sememangnya aku jahil dalam bab agama. Aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Aku tidak mahu tersesat di jalan yang lagi menyesatkan ini. Namun pada siapa harus aku bertemu?

Sedang asyik aku duduk di tasik buatan kampus, hadirnya wanita idaman semua lelaki. Nurul Salwa Al-Fateh bersama beberapa temannya menyapaku. Mungkin dia terlihat aku di dalam masalah. Entah bagaimana dia boleh tahu tentang masalah yang dihadapiku ini. Nurul Salwa Al-Fateh menyerahkan sekeping kertas yang tercatat padanya nama dan nombor telefon seseorang. Dia meminta aku untuk berjumpa dengan orang tersebut. Kemudian dia pun pergi bersama-sama rakannya dengan meninggalkan aku salam. Tanpa melengah-lengahkan masa, aku mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor tersebut. Perbualan antara aku dan Ustaz Muhammad tidaklah panjang. Aku hanya meminta untuk berjumpa.

Pada malam itu, aku berjumpa Ustaz Muhammad di sebuah masjid tidak jauh daripada kediamanku. Aku menceritakan segala kisah hidupku dan meminta Ustaz Muhammad membimbingku. Dengan hati yang besar, Ustaz Muhammad menerimaku sebagai anak didiknya. Kini aku mampu tersenyum. Aku mula belajar untuk mengambil wuduk kemudian solat. Setelah itu aku mula membaca surah-surah lazim. Bermula dengan surah Al-Fatihah dan 3 surah Qul. Dalam masa beberapa hari aku sudah menguasainya. Aku umpama bayi. Bayi yang mula-mula hanya tahu merangkak. Cuba berdiri dan berjalan tetapi pada suatu saat, aku tersungkur. Walaupun sering aku rasa kesakitan, tapi aku tidak mengalah. Aku berdiri lagi dan berjalan perlahan-lahan. Alhamdulilah, sekarang aku mampu melaksanakan perintah Allah yang menjadi perkara yang pertama dihisab di alam barzakh, solat.
Usai saja solat Zohor di masjid kampus, aku terserempak dengan Nurul Salwa Al-Fateh.

Aku menyapanya dengan memberi salam. Nurul Salwa Al-Fateh yang ketika itu bersama temannya memalingkan wajah ke belakang dan menjawab salam yang aku berikan. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menemukan aku kepada Ustaz Muhammad. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berkata dia hanya membantu mempertemukan saja aku dan Ustaz Muhammad. Tidak lebih daripada itu. Ya Allah, wanita di hadapanku ini sungguh merendah diri. Sebelum meminta diri, aku sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya. Aku pun pergi meninggalkan Nurul Salwa Al-Fateh dengan sebuah senyuman yang telah aku khaskan buatnya.

Beberapa hari kemudian, aku mendapat khabar Nurul Salwa Al-Fateh dilamar oleh seorang ustaz. Ustaz Salahuddin Al-Ayyubi. Bekas pelajar Universiti Al Azhar. Tetapi ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Ramai lelaki yang telah cuba melamar Nurul Salwa Al-Fateh tetapi kesemuanya pulang dengan hampa kerana lamaran masing-masing telah ditolak olehnya. Lelaki-lelaki yang melamar Nurul Salwa Al-Fateh bukan calang-calang orang. Kesemuanya kuat agama dan merupakan anak orang berada. Di hatiku timbul satu soalan: Siapakah yang boleh mendapatkan Nurul Salwa Al-Fateh itu?

Seperti biasa, aku akan berada di masjid bersama-sama Ustaz Muhammad pada setiap malam Jumaat. Mengaji Al-Quran bersama dengannya. Memperbetulkan tajwid jika aku tersalah. Malam itu, aku merasakan bacaanku semuanya tidak betul sehingga Ustaz Muhammad menjadi hairan. Apakah yang bermain di fikiranku sebenarnya? Mengapa setiap bacaanku menjadi salah?

Ustaz Muhammad meminta aku berhenti membaca. Takut jika aku terus membaca, banyak lagi kesalahan yang aku lakukan. Aku rasa gundah gulana. Wajah Nurul Salwa Al-Fateh bermain di minda. Patut saja aku tidak boleh membaca al-Quran dengan baik. Ustaz Muhammad bertanya kepadaku andai aku mempunyai masalah. Aku telah menganggap Ustaz Muhammad seperti ayahku sendiri dan begitu senang untuk aku bercerita kepadanya. Aku menceritakan kepadanya mengenai Nurul Salwa Al-Fateh itu. Ketika aku bercerita, aku tidak mahu menyebut nama Nurul Salwa Al-Fateh.

"Kenapa tidak cuba untuk melamar wanita itu?" soal Ustaz Muhammad. Aku yang bersandar pada dinding masjid tersenyum.

"Saya dan wanita itu umpama langit dan bumi. Bagaimana untuk saya melamar wanita solehah itu padahal sebelum saya, ramai lelaki yang telah pulang dengan hampa kerana lamaran sudah ditolak. Jika saya yang pergi melamarnya, sudah pasti ditolak oleh wanita itu," jawabku. Tiba-tiba Ustaz Muhammad ketawa.

"Bagaimana kamu tahu kamu ditolak oleh wanita itu padahal kamu belum mencubanya? Belum cuba, kamu sendiri tidak akan tahu keputusannya bagaimana. Mungkin wanita itu akan menerima kamu sebagai suaminya," kata Ustaz Muhammad. Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Ustaz Muhammad.
Kemudian Ustaz Muhammad menceritakan kisah Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidatina Fatimah Az-Zahra. Aku mendengar penuh khsuyuk cerita yang diceritakan oleh Ustaz Muhammad. Cinta diam itu hanya dipendamkan kerana takut melebihi cinta kepada Allah. Namun cinta mereka itu disatukan juga. Aku begitu kagum kepada Saidina Ali bin Abi Talib yang begitu sabar bagi menunggu cintanya.

"Namun saya bukan Saidina Ali, ustaz. Saya hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan. Saya mungkin tidak layak untuk wanita itu. Wanita itu terlalu baik dan solehah. Dia mungkin layak untuk orang lain. Bukan saya, ustaz," kataku kepada Ustaz Muhammad.
"Jika kamu bukan Saidina Ali, wanita itu juga bukan Saidatina Fatimah. Terlalu awal untuk berputus asa. Cubalah dahulu. Aku yakin kamu pasti akan memiliki wanita solehah itu." Kata-kata Ustaz Muhammad memberi aku semangat. Aku perlu mencuba dahulu agar mengetahui jawapannya. Aku melakukan solat hajat dan solat istikarah. Jika lamaranku ditolak, aku redha. Aku tahu aku tidak layak buat Nurul Salwa Al-Fateh.

Berbekalkan doa, aku memberanikan diri berjumpa orang tua Nurul Salwa Al-Fateh. Semasa aku bertemu orang tua Nurul Salwa Al-Fateh, aku begitu terkejut besar sehingga menyebabkan aku tidak dapat berkata-kata. Lelaki yang menjadi ayah kepada Nurul Salwa Al-Fateh itu adalah Ustaz Muhammad. Kedatanganku disambut dengan penuh gembira oleh Ustaz Muhammad. Aku berasa seperti dalam mimpi!

"Apakah kedatanganmu ke rumahku ini anak muda?" soal Ustaz Muhammad. Aku menjadi sedikit gementar. Ragu-ragu untuk meluahkan apa yang sudah tersirat di hati. Aku menarik nafas.
"Maaf kalau saya mengganggu ustaz, tetapi kedatangan saya ke sini membawa hajat yang besar. Saya tahu saya bakal ditolak tetapi saya mahu mencubanya dahulu. Saya ingin melamar Nurul Salwa Al-Fateh menjadi isteri saya. Menjadi peneman hidup saya," kata aku menyatakan kedatanganku kepada Ustaz Muhammad.

"Persoalan yang bermain di minda dan di hatimmu itu bakal dijawab sendiri oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Andai dia menerima, aku juga akan menerima. Andai ditolak, redhakan saja," kata Ustaz Muhammad. Aku hanya menganggukkan kepala. Ustaz Muhammad pun memanggil Nurul Salwa Al-Fateh ke ruang tamu dan bertanya kepadanya sama ada dia menerima lamaranku atau menolaknya. Aku perlu bersedia.

"Abah, Salwa pernah mendengar ada lelaki yang mengatakan dia bukan sehebat Saidina Ali kerana kehebatan cinta Saidina Ali kepada puteri Rasulullah SAW. Sedangkan Salwa juga bukanlah Saidatina Fatimah Az-Zahra. Salwa juga ada kekurangannya. Setiap hari Salwa menunggu lelaki itu melamar, namun hampa. Sehinggalah hari ini, penantian Salwa telah tamat, abah. Lelaki itu hadir juga dan lelaki yang Salwa maksudkan adalah Muhammad Zoriffudin. Lelaki yang menjadi anak didik abah. Dengan itu, Salwa menerima lamaran lelaki yang ada di hadapan abah," jawab Nurul Salwa Al-Fateh. Aku rasa begitu gembira sehingga melakukan sujud syukur. Ya Allah, terima kasih!
Siapa menyangka penghujungnya indah? Aku yang dahulunya berfikiran akan ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh, tetapi diterima lamaranku. Aku bukanlah sehebat lelaki-lelaki lain yang bekerjaya tinggi dan luas ilmu agama. Aku masih lagi dalam keadaan kekurangan. Kekurangan kerana tiada yang mengembalikan tulang rusukku yang hilang. Aku yang perlu mencarinya kembali dan akhirnya aku menjumpainya. Bertemu kembali tulang rusukku yang hilang dan tulang rusukku itu adalah Nurul Salwa Al-Fateh binti Muhammad.




ps - entry pertama setelah dua bulan dalam pantang..tq sesiapa yang share story ni pada cinonex dan cinonex share dengan mereka yang dah terbaca entry ni..haha

new update - sumber iluvislam

Thursday, 14 June 2012

keterangan jibril tentang pintu neraka ke tujuh

assalamu'alaikum, bismillah..


jam menunjukkan 6.02pm ketika cinonex menaip perkataan ini..sekadar pembuka bicara pembuka kata..mungkin di saat ini pasti ada mereka yang masih berhutang dek kerana lalai melayan perkara2 lagha di muka paparan laptop mahupan desktop..


lalai..ya manusia sering lalai dan leka dalam ape jua perkara yang dilakukan tak mustahil makan nasi pun boleh terlupa untuk membaca doa makan aptah lagi perkara2 yang lebih extreme..


sekadar peringatan sesama umat islam..




Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"


Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."


Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."


Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibril:

"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."


Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.


(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")











ps : salah silap sila perbetulkan hamba yang jahil ini..

Friday, 2 March 2012

ayah kahwinkan kanak kanak perempuannya?

assalamualaikum, bismillah..



salam sahabat, bumi pahang disirami dengan hujan adakala panas membahang..hujan panas hujan panas..adakah akan berlanjutan hingga beberapa hari yang akan datang? adakah musim sudah silih berganti? adakah ia sebagai peringatan dan teguran kepada makhluk2 di bumi allah ni bahawasanya bumi sudah semakin uzur?..allahualam


wahh terasa terlalu lame cinonex tidak berbicara, bergebang mahupun merapu di blog cinonex yang semakin gersang seperti tuan nya..ha gersang?? cukup2 mukadimah dan karutan yang cinonex ingin sampaikan..



ayah mengahwinkan anak perempuan nye yang masih kecil??..adakah cukup syarat sah dan rukun nikah nya?? mungkin di zaman mekdonal ini sudah tidak kedengaran lagi seorang ayah mengahwinkan anak perempuanya yang masih kecil, anak yang masih berlari2 kesana kemari dengan hidung comot bekas dari lelehan hingus ataupun kanak2 yang sudah pandai memakai seluar sendiri tetapi poket seluar belakangnya masih berada di hadapan..masih adakah?



cuba bayangkan ada seorang ayah yang sering memikirkan dan termenung jauh di jendela kerana risaukan anak perempuannya yang masih kecil mungkin di usia 5 ataupun 6 tahun..melihat pergaulan bebas dalam masyarakat sekarang seperti barah peringkat terakhir..terdetik di hatinya untuk mengahwinkan sahaja anak perempuanya itu..lalu si bapa mengkaji tentang rukun2 nikah syarat2 sah kahwin di dalam kitab2 fiqah, sumber2 yang soheh dan sebagainya..



lalu pada suatu hari ketika anak nya pulang dari bermain di taman dengan kanan tangan kiri memegang gula2 dan tangan kanan memegang aiskrim beserta comotkan di mulut dek kerana usia yang masih tidak mengenal erti berdikari..manakala ayahnya menunggu di muka pintu dengan seorang lelaki..apabila anak itu sampai, si ayah memperkenalkan lelaki tersebut adalah suaminya.mungkin istilah 'suami' pun anak kecil itu tidak fahami..



ibu kepada anak tersebut tentunya tidak bersetuju dengan tindakan suaminya..namun si ayah berkeras dan menjelaskan bahawa pernikahan itu sah kerana hukum membolehkan ayah (wali mujbir) mengahwinkan anak gadisnya tanpa izin ibu atau persetujuan anak itu sendiri dan batas umur si anak ia tidak diperlukan..jika situasi ini berlaku, manusia serata dunia akan mengutuk perbuatan si ayah tidak kira agama bangsa dan negara semuanya sebulat suara membela anak kecil itu..



ini adalah satu contoh yang melakukan sesuatu perkara yang sah dari hukum dan syarak, tetapi perlaksanaanya tidak langsung mengambil kira atau meraikan maslahat (kebaikan, perkara yang mengundang manfaat serta menolak mudarat) dan keadaan situasi zaman sekarang yang sudah berubah..



itu jika kanak kanak perempuan yang berada dalam situasi ini..tetapi bagaimana pula dengan seorang wanita yang sudah boleh dikategorikan wajib kahwin!! berada di situasi itu..setiba pulang dari kerja lalu diperkenalkan dengan bakal suami oleh ayahnya tanpa perbincangan atau sebagainya..?? apakah perasaan wanita itu?? apakah boleh memberi maslahat kepada wanita itu dan keluarga nya??



tepuk dada tanye la selera kepada ayah, abi, walid, apok, bapak dan seangkatan dengan nya..jangan ikutkan nafsu!!










p/s 1..salah silap sila perbetulkan cinonex yang jahil ini..


p/s 2..dah lama cinonex peram entry ni..baru ari ni la cinonex edit dan post..hapy blogging to cinonex..16 march hampir tiba tarikh yang cinonex tak akan lupakan..:)

Friday, 13 January 2012

rahsia lima jari?

assalamualaikum dan bismillah..


helooo..dah seminggu tak terusik blog cinonex ni ha..kalau macam ni memang boleh pergi jauh blog ni, jauh ke laut..dan mood nak menaip entry pun ke laut juga..malas nak menaip beriya sampai berbuih mulut orang nak bace nanti..tu pun kalau ada orang sudi bace entry ni la..


rahsia lima jari..manusia je yang sebelah tangan ada 5 jari kalau ada terlebih terkurang tu faham2 sendiri la..spesis kat muka bumi yang lain cikgu cinonex tak sempat nak ajar mati tergeliat tangan masa nak taip rahsia ni la..ahhh sudah2 mengarut..



rahsia lima jari anda.


1 - cuba tengok jari anda..genggam kuat2 jangan ramas pulak dan angkat tangan ke atas sambil laung ''allahu akbar''..itu lah rukun islam yang mesti di angkat dan di junjung..


2 - luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam2..itu lah kewajipan solat lima waktu jangan di abaikan..


3 - letakan jari anda di atas meja, kerusi atas lantai ke ikut suka la..mula dengan jari kelinking yang kecil dan kerdil di ibaratkan manusia dan apa benda pun akan bermula dengan kecil dan membesar terus membesar..itulah fitrah dan alam seluruhnya semua bermula dari kecil..kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi kesan pada kehidupan masa hadapan..


4 - lihat jari kedua iaitu jari manis..macam itulah juga dengan usia remaja semuanya swet dan manis belaka semanis jari manis..di usia remajalah kita sering di duga dengan pelbagai dugaan dan cabaran..hanta iman dan takwa sahaja yang akan menunjukkan jalan kebenaran..


5 - jari ke tiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita..ramai orang minat dengan jari hantu ni lebih2 tengah mencarut..di usia 30an kita dah punya status dan ekonomi serta kerjaya yang teguh tapi kena hati2 sebab banyak langau2 pengacau yang datang mengoda macam lalat hurung taik..hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jeles dan segala macam hantu..jika gagal kawal emosi khuatir masuk perangkap nafsu dan syaitan..so haruslah melipat kali gandakan ibadah..


6 - jari telunjuk..jari inilah yang mengungkap satu dan esanya allah swt ketika solat..genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah..jadi contoh dan tauladan pada jari2 yang lain..macam tu la juga kita perlu jadi role model untuk generasi yang akan datang..


7 - akhir sekali renung la ibu jari..dah la besar gemok pulak tu..berbanding dengan jari2 yang lain..ibu jari lah yang paling hebat dan membanggakan..kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tak ada ibu jari??..nak genggam nak pegang sesuatu cukup susah..untuk generasi muda nak buat apa2 jadikanlah orang yang lebih berusia dan berpengalaman..kalau kita ikut pada petunjuk mereka boleh la gebang ''good'' takpun ''yes'' sambil thumbs up..



sumber : sumber2 yang boleh dipercayai..tq kepada mereka yang menge mail kan benda alah ni..cinonex gubah sikit2 supaya santai untuk di baca..peace












p/s..malas nak menaip pakai jari tangan, cinonex pakai jari kaki ni..sila percaya!!





Thursday, 17 November 2011

menjadi buta setibanye di masjid

assalamualaikum dan bismillah..


sekarang menunjukan jam 11.46pm ketika cinonex menaip ayat ini..terasa sebu tapi cinonex gagahkan kepala lutut menaip entry ni..teror tak cinonex taip entry pakai lutut??..kalau ada yang percaya tu memang die fikir pakai kepala lutut la..haha


cukup2 mukadimah yang mencarut lagi karut..menjadi buta setibanya di masjid?? ha apakah dosanye tiba2 menjadi gelap gulita adakah allah swt mahu tunjukan kekuasan kepada makhluk yang bernama manusia ini..tidak2,apa yang cinonex mahu sembangkan ialah segelintir, tapi rasanye bukan segelintir ramai jea muda belia muka macam hensem buat kerja macam ni..


menjadi buta setibanye di masjid?..cinonex ada berbau pelik berunsur hairan dengan keghairahan muda remaja sekarang dengan niat keluar dari rumah hendak ke masjid, peh ni ciri2 calon zaujun kepada isteri2 solehah..sesudah sampai di masjid cukup sekadar berada di pagar dan tidak melakukan solat jemaah bersama2..duduk menyembang bersama rakan sepermainan, gelak ketawa macam orang nak sawan mujur tak putus urat kentut jea..


itu la realiti yang boleh cinonex katakan sekarang..bukan membuka aib sesiapa tetapi teguran untuk diri sendiri..apa salah nye jika sudah berniat yang baik dilangsungkan dengan cara yang lebih baik lagi,pahala ganjaranye kalau diserta kan dengan niat dan perbutaan..kalau setakat rasa nak menyembang dengan rakan2 di luar masjid sedangkan orang lain melakukan solat berjemaah lebih baik membesarkan perot di rumah..tidak la timbul fitnah dah pandangan negatif mata2 yang melihat..


mungkin juga setibanya di depan masjid, tak nampak pintu masjid agaknye mata terus gelap gulita,buta macam kasem selamat..itu pasal la die tersangkut kat pagar jea..peringatan dan teguran untuk diri cinonex supaya tidak terjebak dengan virus2 seperti ini..










p/s..tak caya tengok la solat jumaat sok hari..bila tanye beri alasan tak muat ruang masjid dah sebab jemaah dah penuh..padahal selagi dengar imam takbir boleh jea solat walaupun tepi jalan..


p/s..waa direct entry ni tak ade kias2..maafkan cinonex yang jahil ini..salah silap sila perbetulkan..


Sunday, 30 October 2011

antara lembu dan manusia mana lebih berharga?

assalamualaikum dan bismillah..



helooo..salam berhujung cinonex jeritkan pada sahabat2 yang kenal ke tak kenal ikut suke la kan..hujan mencurah2 di bumi pahang jika tidak dah tentu syaitanirrojim berbisik keluar la keluar la untuk mencuci mata..terasa rindu melihat buaya2pren menjolok karpet snuker dan tak lupa juga mereka yang golek bola bowling masuk lorong sebelah..


alahaiii cik kak kalau masuk longkang tu perkara biasa ni siap masuk lorong sebelah itu dah jadi luar biasa..cukup2 mukadimah karang meleret2 pulak entry ni..


antara lembu dan manusia boleh ke di samakan atau di beza2kan??..lembu tu dah tentu la spesis haiwan jinak..

ni ha rupanye lembu dan manusia


ehh tersilap upload gambar plak..aahh lantak la malas nak delete semula..patut la lain macam jea rupa lembu tu..yang awek tu pun muka macam bangga jea..kembang kuncup lOObang hidung tu ha..

ini lembu..ha baru betull..


tidak sesekali cinonex ingin membezakan malah membanding2 antara lembu dan manusia..jauh sekali tidak..cinonex terdetik dengan cebisan kata2 ''harga diri seorang wanita'' yang selalu kedengaran di telinga2..berapa harganya?? adakah seseorang wanita itu mempunyai nilai untuk di jual beli??..


bagi cinonex harga seorang wanita itu tidak ternilai harganye..tetapi!! jangan lah kamu2 merosakan mahar yang perlu suami kamu keluarkan untuk memilikimu..semakin hari semakin menular pelbagai kegiatan tak bermoral..ini la di katakan generasi yang semakin lumpuh dan sakit dengan ilmu agama..


harga seekor lembu betina paling tidak berjumlah rm2000.00 seekor..berapa pula harga seorang wanita?? jika berpeleseran dengan lelaki yang bukan muhrim..berpegangan tangan, berpelukan, bercium di khalayak ramai tanpa rasa segan silu dan konfiden nye..adakah berasa sudah seperti berada di syurga?? perlu di ingat tak mustahil kite tersungkur di pintu masuk syurga..murah kan nilai nye??


semakin maju dunia semakin menghampiri penghujungnye..bak kate pak pandir jangan la kamu menjadi ''seorang yang memiliki otak yang pandai, mempunyai akal yang boleh di gunakan, tetapi mengadai kebijaksanaan''..masing2 boleh menilai antara baik dan buruk..jadi la seorang hakim yang adil membuat keputusan diri sendiri jangan menjadi seperti tunggul rela jadi patung tunggu masa untuk di lelong ibarat suruh angguk-anguk suruh geleng-geleng..



bila bercakap bab agama terlalu banyak kelebihan menjadi seorang wanita muslimah..antaranya


1 - doa wanita lebih maqbul dai lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daipada lelaki..ketika di tanya kepada rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda : ''ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia2..

2 - wanita soleha (bail) itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh..

3 - seorang wanita solehah adalah lebiha baik daripada 70 orang wali..


cinonex bagi 3 jela..karang banyak2 berbuih pulak nak bace..banyak lagi kelebihan menjadi seorang muslimah..nak baca klik sini..



kata2 yang sering di kompangkan menjadi wanita itu indah, menjadi muslimah itu sangat indah, menjadi mukminah jauh lebih indah dan menjadi solehah itu adalah pilihan..mungkin entry ni berat sebelah..tidak menyalahkan kaum hawa sepenuhnye..kalau tepuk tangan sebelah masakan boleh berbunyi..dah tentu2 lah kaum adam pun lebih kurang jugak..


kaum adam sepatutnye yang menjadi pemimpin jalan yang sepatutnye..janganlah dirosakan lagi iman seorang wanita jika diri sendiri tidak beriman..harus tegur menegur antara kaum adam dan hawa..baru lah ada keseimbangan disitu..



antara lembu dan manusia yang mana lebih berharga??..si lembu yang tidak mempunyai akal fikiran pun bernilai..apatah lagi manusia yang mempunyai akal,nafsu dan kelebihan yang lain..fikir fikirkan















p/s..emm..harus keluar dari jalan yang bengkok, lurus kan kembali jalan yang telah engkau tingalkan..peringatan untuk diri sendiri..



Monday, 17 October 2011

sejauh mana tajamnye lidah anda?



assalamualaikum dan bismillah..


salam bermonday blues..rasa ketaq segala kepala lutut dek kerana terlalu lama tak menaip entry di blog ni..melalui hari2 suram dan kelam seperti meniti hari2 penghujung hidup..ahh cukup2 jangan nak mengarut la cinonex..bawa2 la kepada isu yang nak di gebangkan..


sejauh mana tajamnye lidah anda?? adakah setajam mata pedang mahupun pisau lipat tak pun pisau potong sayur yang mak korang buat potong sayur di dapur..ehh memang la tak kan buat potong kayu api pulak..itu cuma sekadar perumpamaan yang boleh di kelaskan..bahasa melayu itu indah kan..



tutur bahasa dan kata2 itu menunjukan identiti seseorang..kadang2 kite tak sedar ape yang kite perkatakan itu boleh menguris hati seseorang walaupun dengan niat yang terbaik..menegur dan memberi nasihat itu ada cara dan etika nye..masih teringat dengan kata2 sinis seseorang ''macam ni ke nak masuk syurga''..apakah reaksi anda?bagaimana raut wajah anda? bila diperkatakan seperti itu semasa anda melakukan sesuatu untuk keredhaan allah swt..dengan hati yang iklas dan terbaik walaupun tak seberapa ape yang telah dikerjakan untuk jalan allah swt..




beringatlah sahabat kisah lalu yang boleh membukakan mata dan fikiran kita..kasih sayang allah swt..

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.

Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"

"Neraka," jawab Allah.

"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.

"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.




kadang2 kerana mulut itu badan boleh binasa dan jangan sesekali menjatuhkan hukum kepada seseorang masuk syurga ataupun tidak kerana kite tidak berhak keatasnye..apa yang boleh cinonex katakan seseorang yang menjatuhkan hukum tanpa budi bicara adalah orang yang cetek ilmu..jangan kerana mulut kite berbuat orang berputus asa terhadap kasih allah swt..apa salah kite sokong dan beri kata2 dorongan..


terlalu banyak perkara yang cinonex dah sampaikan mengenai tutur bicara..sekadar menegur dan peringatan untuk diri sendiri..tak salah kan kalau kita mengunakan bahasa dan tutur bicara yang lebih baik..









p/s..rasa macam tak cukup lagi ilmu di dada ni..dan rasa macam lama sangat dah tak menaip..kualiti entry pun macam kurang..hehe

Tuesday, 20 September 2011

maksud / apa itu malaxophobia

assalamualaikum dan bismillah..



heloo..salam selasa baru hari ni terasa nak menaip sesuatu selepas bertapa beberapa hari untuk muhasabah dan menambahkan ilmu yang sememangnya kurang..cukup2 tak perlu nak mengebang dengan cerita yang tak berfaedah..kenapa tetiba nak menaip entry sebegini..entah cinonex pun tak tahu..haha


apa itu malaxophobia?..mungkin ada yang tertanye2 ape kejadahnye benda nia..adakah ia sejenis makanan??..malaxophobia berkait rapat dengan philemaphobia dan sarmassophobia atau senang cerita adik beradik la..kalau dalam bahasa popular nye phobia..tapi phobia boleh di pecahkan banyak perkara tertentu dalam hal2 yang terjadi..apa yang cinonex nak ceritakan mengenai malaxophobia yang lain tak mau..





maksud / istilah malaxphobia

malaxophibia ialah ketakutan dalam drama pencintaan..malaxophobia ni boleh wujud disebabkan oleh pengalaman lampau atau trauma yang pernah terjadi dalam diri seseorang itu..salah satu contoh yang boleh kite ambil seperti penderaan seksual..ini boleh menyebabkan perasaan rendah diri dan ketakutan dalam satu perhubungan..


kita tidak boleh salahkan sesiapa kadang2 seseorang itu membesar dalam keadaan yang negatif..bila keadaan ini menjadi latar belakang dalam diri sedikit sebanyak phobia ni menganggu dan boleh mewujudkan masaalah untuk seseorang itu dalam perhubungan..





sebab malaxophobia

secara umumnya malaxophobia timbul dalam satu kombinasi atau peristiwa luar mahupun peristiwa dahsyat yang pernah terjadi pada seseorang itu..banyak ketakutan yang tertentu boleh disusur kembali kerana malaxophobia adalah salah satu trauma di peringkat awal..

malaxophobia juga boleh wujud disebabkan keturunan, genetik, dan kimia otak..pengalaman hidup juga menjadi salah satu peranan wujudnya malaxophobia dalam diri..





gejala / kesan malaxophobia

seperti mana2 phobia yang lain..gejala atau kesan malaxophobia yang wujud dalam diri berbeza2..gejala ini bergantung pada tahap phobia seseorang itu..apa yang terjadi lazimnya kegelisahan yang terlampau, perasaan takut, nafas yang tersekat2 mahupun nafas yang laju lebih senang cakap pernafasan yang tidak teratur..

adakala juga degupan jantung yang tidak sekata, peluh berlebihan dan rasa loya seperti hilang selera makan, mulut kering dan ketidakupayaan berbicara..





cara mengatasi malaxophobia

cara mengatasi malaxophobia ini boleh di kawal dengan ubat ubatan tetapi dengan ubat ubatan boleh menghasilkan kesan sampingan dan berkemungkinan lebih teruk lagi..adakala nye ubatan tidak boleh menyembuhkan phobia yang ada..

selain dari ubatan malaxphobia juga boleh di rawat dengan perundingan dengan pakar2 yang berkaitan, hipnoterapi, psikoterapi dan neo-linguistic dan banyak lagi cara2 mengatasi malaxophobia..salah satu nye adalah cara islam yang cinonex nak kongsikan..


3x - shalawat kepada nabi saw
1x - al fatihah
1x - ayatul kursi


selepas membacanya berdoa la pada allah swt segala yang menganggu..segala yang terlintas di hati, dan fikiran akan lapang dan tenang..insyallah, jika niat kita baik allah swt akan permudahkan..seeloknya di baca setiap waktu, kalau tak boleh pun di kala perasaan gelisah tu menjengah elok la dibaca..banyak lagi cara2 yang boleh di amalkan apa yang cinonex kongsikan sesuatu yang mudah dan simple..





sampai kat sini jela kot apa yang cinonex boleh kongsikan..cinonex bukannye doktor cinta mahupun sifu dalam hal percintaan ni..sekadar perkongsian..salah silap sila perbetulkan yea..ingat la apa yang berlaku tu semua izin allah swt, ingin menguji hamba nye..peace :)

Tuesday, 23 August 2011

riak memusnahkan pahala



assalamualaikum dan bismillah..


yehaaa..sedar tak sedar dah masuk hari ke 24 ramadhan..dah tentu ramai muda mudi, awek comey, adik manis, pak cik mokcik tak ketinggalan juga kanak2 riang duk berlumba lumba..tapi bukan berlumba motor haram kejadah tu yea..tapi berlumba lumba melakukan ibadah di sepuluh ramadhan terakhir..




harus di ingat!!..tak perlulah sibuk mencari tanda2 lailatur qadr tetapi cari lah keampunan dan rahmat dari allah swt dengan ibadah yang iklas dan tulus serta bersungguh sungguh nescaya, kelebihan lailatul qadr bakal menjadi milikmu..sama ada di sedari ataupun tidak..




teringat mengenai sesuatu..

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hadapan Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."


bagi cinonex tak perlu la canangkan pada semua orang ape ibadah yang telah dikau lakukan..cukup la sekadar orang lain menyampaikan nye..yea memang benar nak lalui fasa ikhlas tu perlu lalui riak, tapi jangan berlebihan supaya pahala amal ibadah tidak terbatal dan musnah akibat perasaan riak yang membukit..


siapa yang makan cili die la yang terasa cilinya..tak kan rasa limau plak..





p/s..salah silap sila perbetulkan..salam ramadhan

Monday, 4 July 2011

kisah cinta sejati

assalamualaikum dan bismillah..



haiii..penat dah cinonex pergi betapa beberapa hari ni..cinta sejati pernah tak manusia memiliki cinta sejati seperti yang cinonex nak ceritakan..kalau di tanye kepada cinonex dah tentu2 la tak pernah..sebab cinonex ni kan playbuaya mane main cinta2 sejati ni..tukar awek macam tukar baju..ok semua tu cinonex tipu jea..saja nak menyedapkan cerita..


semua orang ada perasaan cinta..cinta dan sayang ibarat macam monitor dan tetikus saling memerlukan..cinta ada macam2,cinta pada manusia,cinta pada maha pencinta cinta pada haiwan dan sebagainye..kerana cinta juga buleh buat manusia buleh bertukar menjadi super saiya..ahh ape mengarut da..cinta boleh buat manusia ilang kewarasan seketika..




cinta sejati pada zaman rasulullah kita..


Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.


Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu.


Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi." Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah.


Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.





moral dan iktibar



Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak..


Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.



itulah perasaan tsauban pade baginda rasulullah kite..adakah anda berasa seperti yang tsauban rasakan??..ada ke perasan cinta dan rindu pada rasulullah dalam diri anda?? apa yang korang ingin lakukan jika rasulullah berada di depan mata anda??



bukan sahaja kite perlu taat pada allah swt tapi pada rasulullah kite juga..sapa lagi yang nak menegur atau mengingati selain dari orang yang berada di sekeliling kite..kadang2 kite lupa dan leka..ni tak asyik ingat rindu cinta pade buayapren dan gepren jea tau..







p/s..salah silap sila perbetulkan..tiba2 hati ku terdetik ingin menulis entry seperti ini..

Wednesday, 22 June 2011

curi ayam sembelih ayam

assalamualaikum dan bismillah..



yahuuuuuu..akhir nye sempat jugak cinonex nak menaip sesuatu di hari wednesday ni..tak adenye cinonex nak wordless2..banyak lagi kerja cinonex yang nak kene siapkan..biasa la projek juta2 kan..cerita lebih2 karang kata gebang pulak..



ok la malas nak merepek benda yang bukan2..siapa suke makan ayam??..memang giler la orang tu kalau die cakap die suke makan ayam..kalau makan daging ayam yea la jugak kan..rasa nye semua orang kat bumi malaysia ni makan daging ayam kecuali orang dalam cerita ni..nak bace meh sini..siapa makan ayam bodoh..



kalau nak makan daging ayam kene la sembelih dulu kan..tak kan nak jadi kanibal pulak main makan2 ni..




hukum sembelihan

sembelihan ertinya menghilangkan nyawa haiwan yang halal di makan dengan benda yang tajam selain kuku, gigi dan tulang tujuan memakan daging nye..semua haiwan yang halal di makan hendaklah di sembelih terlebih dahulu sebelum di makan kecuali ikan dan belalang..hukum sembelihan adalah wajib..


sembelihan mempunyai beberapa jenis sembelihan sepert :


1 - sembelihan biasa

2 - sembelihan wajib dam

3 - sembelihan sunat korban

4 - sembelihan akikah

5 - sembelihan nazar




terdapat banyak dalil dan syarat sah sembelihan..korang buleh la merajinkan diri google, mencari dan meringankan mulut bertanye pada mereka yang lebih arif..patik yang jahil ini setakat itu jela cinonex beri..semua nak kene suap kurus la cinonex macam ni..ke nak cinonex suapkan motor lc dalam mulut korang..??


nama saya ayam..makan la saye..hoho


apa yang cinonex nak ceritakan adalah mengenai tingah laku muda remaja sekarang ni yang suke sangat duk mencuri ayam2 dalam reban orang..kalau kat bandar tu bandar tu mungkin la tak ada tapi kat kampung2 cinonex ni banyak jea..mungkin ade yang mencuri untuk dapatkan duit dan ada jugak untuk makan sendiri sebab kat rumah tak ada makanan agaknya..



jika berlaku situasi seperti ini apa yang korang boleh terjemahkan kepada mangkuk 2 orang ni..?


tersebutlah al kisah 2 manusia yang berfikiran seperti mangkuk mujur tak mangkuk tingkat jea..tu pun dah sipi2..memang tak ada faedah kerja duk mencuri ayam2 untuk pergi piknik katenye,buat bbq la senang cite..macam dah tak ada duit sangat nak beli ayam sampai kene mencuri..


sesampai nye di rumah kalian ber2..duk bertekak mujur tak bertumbuk jea masing2 bertegang urat sapa yang nak sembelih ayam tu??kalau makan ayam tak sembelih haram kate mereka..tau pulak hukumnya makan ayam tak sembelih haram..
tapi mencuri ayam tu tak haram ke??




itu la yang selalu terjadi pada pencopek2 ni..nak kate pergi sekolah pergi jea 3 tingkat lagi bangunan sekolah nye..tapi die punya bodoh lebih setingkat jadi 4..haiii manusia2 macam ni pun ada ke..


makan ayam itu halal kalau dah sembelih dan ayam tu bukan dari hasil curian..tapi kalau makan ayam yang tak di sembelih itu haram..dan makan ayam yang di curi walaupun di sembelih itu juga haram..dah tau mencuri itu haram kan nak halal bertekak ape lagi..pertimbangkan la sendiri sewajarnye..



salah silap sila perbetulkan entry ini yea..patik yang jahil ini minta maaf..








p/s..sakit kepala aku menaip entry ni..huhu

Tuesday, 14 June 2011

patut la kaya!! kedekut rupanya

assalamualaikum dan bismillah



helooo..selamat la kepada mereka yang bekerja..dan kepada mereka yang kuat mengulor keje tu bawa2 la buat kerja jangan duk blogwalking jea..karang tergeliat jari tu karang baru tau..cinonex tak bersalah dalam ini cerita..


patut la kaya rupanya kedekut..kedekut dan jimat adalah dua perkara yang berbeza..cinonex tak nak cerita pasal jimat tapi kedekut atau bahasa lain kupik..kupik tu bahasa orang belah mane pun cinonex tak kenal pasti..lantak la labu bukan ada orang kesah pun..


jika anda melihat seorang yang berpakaian kemas, berkereta bagak dan lagak seperti orang berwang..bukan beruang yea tu spesis makan orang punya..berduit la senang cakap tetapi sangat berat menghulurkan tangan untuk bersedekah..kau boleh jadi miskin ke kalau hulur walaupun seringgit seiklas hati kau..


kau perlu ingat sebahagian dari rezki kau bukan milik kau tapi milik orang yang tidak berkemampuan..kalau kau rasa tak nak beli barang tu sekalipun apa la salah jika kau hulurkan seringgit dua..tak perlu kau menolak atau buat muka macam nak telan budak tu..boleh fikir sendiri kan tak perlu nak tunjuk lagak kau..


cinonex dah banyak keluarkan pasal entry bersedekah ni..besar fadilat nye..nak bace meh tenyeh sini..


fadhilat bersedekah dan akan datang satu zaman sedekah yang tak diterima.












p/s..macam2 gelagat manusia yang kite boleh lihat..ini adalah situasi yang sering terjadi di depan mata kite..susah sangat nak menghulur..tapi kalau menerima lajuuuuu jea..

Saturday, 21 May 2011

mekah adalah pusat bumi



assalamu'alaikum dan bismillah


helooo..penyakit lama sudah kembali..tetapi harus di kawal supaya ia tidak merebak kepada benda2 yang tiada isi..cinonex nak share sesuatu,dah lame dah tahu benda ni..mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu lagi..

tak kire la korang dah tahu sekali pun..cinonex nak share jugak tak banyak sikit pun jadi la..dapat jugak ilmu kan..



Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

kenapa begitu? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.


Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.


"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.


Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.


"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya


Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

sumber : email dari sahabat2 cinonex..




cuma yang tak pasti mengenai neil amrstrong pergi bulan..betul ke yang die pernah sampai ke bulan??atau sekadar rekaan semata2 dari pihak usa, nanti la cinonex godek2 semula ape yang berlaku mengenai nye..tapi bab kaabah tu dah pasti la cinonex meyakini keistimewaanye di bumi ini..






p/s..agak2 ada rasa insaf sikit tak betapa agung nye kebesaran allah swt..

Tuesday, 10 May 2011

cantik ke mewarnakan rambut?

assalamu'alaikum dan bismillah


helooo..selamat malam la cinonex ucapkan kepada mereka2 yang tengah membutakan mate korang..jangan fikir tidak2 bukan mata buta macam ala kasim tu..tapi membuat taik mata la ayat yang lebih sedap..cukup2 sekapur sireh..kejap lagi berbuih nak bace entry cinonex yang rasa panjang meleret2 ni ha..ape hukum warnakan rambut??




sabda nabi SAW yang bermaksud : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan


Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.


Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-


1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.



HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.


Dalil mereka :


a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.


2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.


3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.


Dalil mereka :


a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)

b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)


Sukar disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing..


kesimpulan hukum

Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.


Rujukan – Jabatan Agama Islam Selangor



cantik ke warna kan rambut ni??..dah elok2 rambut tu warna hitam..takkkk nak jugak rambut warna macam kene kencing tak pun macam kene racun rundap..eh betul ke eja macam tu..ah lantak la labu malas nak cek ejaan die..abis berkarat sane sini..



kaum2 wanita cinonex rasa ramai jea yang warna kan rambut..tapi tak nak sebut pasal wanita ni..nak sebut pasal lelaki..lelaki tak kurang hebatnye jugak..kau nak tranfom ke bila malam menjelma..kau nak jual stor kunyit ke ape nak warna2 rambut..


cinonex bukan ape..cube bayangkan kalau kite warnakan rambut..tup2 is dead secara tiba2..tak ke menyusahkan orang yang nak menguruskan jenazah kite tu??..fikir2 kan la kalau anda seorang muslim..cinonex tak kata cinonex baik cume terfikir..


pernah tak korang dengar satu cerita arwah datang dalam mimpi mak ayah die minta warna kan rambut die yang berkarat tu kepada warna rambut die yang asal??





p/s..salah silap sila perbetulkan..cinonex ni buah cempedak lagi..blum bertukar jadi nangka..haha

Wednesday, 4 May 2011

kek dan lilin ulang tahun kelahiran

assalamu'alaikum dan bismillah


heloooo..selamat petang kepada rakan2..mata dah naik lebam biasa la menahan ngantuk selepas mencekik tengah hari..sila lakukan pekerjaan anda dengan jujur dan seiklas hati yea jangan curi tulang tinggal daging..


kek ulang tahun kelahiran..yes bila time ade jea tahun kelahiran kek pasti tidak telepas..tapi boleh ke nyanyi2 sambil tipu lilin ni ha..ok la malas nak gebang lebih2 buat tambah dosa jea..




Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin


Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.


Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.


Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.


cinonex beli kek ni dekat sini


Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.


Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?


Sumber: Al-Azhar Ad Din



ok sebenarnye bukan ape..cinonex nak ucapkan selamat ulang tahun kepada teman cinonex..semoga peningkatan usia mu sejajar dengan amalan mu..semoga panjang umor di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan..tak lupa jugak harap dipermudahkan segala urusan harian mu..

dan tak lupa2 jugak cepat2 bertemu dengan pasangan hati mu agar lengkap dalam melakukan ibadah allah swt tuan kepada tulang rusuk..cinonex tak sabar nak makan nasi minyak orang kawen ni ha bukan nasi minyak beli kat gerai tu ok..tapi cinonex tak nak la makan nasi minyak yang biasa2 ni..kurang2 nasi minyak dan lauk pengantin..haha

jangan fikir yang tidak2..




p/s..kunfius sungguh la..ada ke orang buat kek hari jadi macam kek dalam pic tu..dah macam kek orang kawen dah..haha

Monday, 11 April 2011

tak salah mencuri bukannya bertuan?

assalam dan bismillah



heloo..baru bekesempatan nak menaip sesuatu..biasa la projek juta2 kan mesti la sibuk..mata usah nak cerita setan bergayut2 nak suruh orang tido..main jauh2 boleh tak..


cinonex rasa terpanggil nak mengebang mengenai benda2 yang bukan hak kite tapi kite ambil..di suatu pagi yang damai..angin bertiup sepoi2 bahasa menguis rambut2 cinonex menunjukan muka yang tak berapa nak hensem..lalu ku pulas jua pencikit minyak motor honda cbr1000 ku untuk ke kedai membeli nasi lemak..ahhh sudah2 jangan nak mencarut cinonex..


bukan ape..cume pagi tadi terpandang sesuatu yang menarik hati cinonex..seorang perempuan memboyot perut mengandung parking kereta beliau di bawah pokok mempelam yang rimbun dengan buah berhampiran dengan rumah cinonex..ku sangkakan keretanye rosak atau sebagai nye..tapi tanpa rasa segan dan silu beliau terus turun dari kereta lalu menjolok buah mempelam itu..


yang lagi tanpa rasa segan tu die siap bawa geng tu dengan penjolok sekali..itu la yang paling tak tahan..bila cinonex memandang beliau hanya tersenyum macam kerang busuk..mungkin kepingin menikmati buah mempelam kot..biasa la mak buyung kan..selera lain macam la..





Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Q.S. Almaidah (5) : 38)



apabila ia mencuri untuk pertama kalinya..maka di potong tangannye yang kanan pada bahagian pergelangan telapak tangan..bila mencuri untuk kali kedua nya..di potong kaki kirinya dari aras tuas tumit..mencuri untuk ketiga kalinya di potong tanganya yang kiri..dan yang keempat dipotong kaki kananya..kalau masih juga mencuri..dipenjarakan sampai ia bertaubat..



syarat hukum mencuri

1 - pencuri tersebut sudah baligh, berakal dan melakukan pencurian itu kehendaknya..
2 - barang yang di curi itu sedikitnya sampai 1/4 dinar..
3 - barang itu bukan kepunyaan si pencuri dan tidak ada jalan yang menyatakan bahawa ia berhak atas barang2 itu..






tak salah mencuri atau mengambil bukan nye bertuan??..mungkin itu la ape yang terlintas dalam fikiran..yela memang la pokok tu kat depan rumah orang..tapi tak tau sapa punya tuan..cinonex yang dah bertahun duduk kat situ pun tak tau sapa punya dan tak pernah ada orang pedulikan pokok tu walau berbuah..atau mungkin ape yang difikirkan daripada tak ada orang ambil baik aku yang ambil kan dari buruk saja..


tapi sekurang2 nye bertanye la dulu siapa yang punya..mungkin orang depan umah cinonex tu tuanye..tak ke berdosa da sebab mengambil tanpa izin..kalau orang dekat2 situ tak apa la jugak ni entah datang dari mana..taman umah cinonex ni selorong jea umah boleh kira dengan jari tangan tak cukup jari tangan jari kaki ada kan..nak kata sedara mara orang dekat rumah tak pernah tengok pun..


ape yang terfikirkan sekarang..dah la perempuan tu mengandung..apa akan jadi dari benda yang die makan tu.dah tentu jadi darah daging die,ada baby dalam perut lagi..tak ada duit sangat dah ke nak beli sendiri..kalau tak ada buleh cinonex hulur seringgit dua..



terpulang la pada hak individu..ini cume pandangan cinonex saja..salah silap sila perbetulkan yea..peace






p/s..macam2 ada =)





berita hot!!
petang tadi tanye akak pokok mempelam tu memang orang depan rumah cinonex punya..anak die yang tanam..dah riki line sekali,hanya mampu melihat..orang tu ambil nahh selagi ada buah kau sebat..ko ingat wakaf punya ke..jadi darah daging wey..makan haram la..fikir2 kan..!!

Thursday, 3 March 2011

perempuan dipaksa berkahwin di benarkan dalam islam

as salam..


cinonex tak tahu tiba2 jea nak share benda alah ni ha..mungkin ada yang dah tahu..kalau tak tahu kite boleh share2..


Ada yang beranggapan wali boleh menikahkan gadis yang berada di bawah jagaannnya tanpa meminta izin daripada gadis tersebut.

Adakah anggapan itu benar?

Adakah Islam tidak memperakui hak seorang gadis dalam memilih pasangan sehingga ia boleh dinikahkan oleh wali tanpa izinnya?

Isu ini telah dibahaskan oleh fuqaha’ sejak dahulu lagi. Perbahasan mereka dapat diikuti dalam kitab-kitab fiqh pelbagai mazhab.

Perbahasan yang dilakukan meliputi segenap aspek yang berkaitan dengan perwalian (wilayah) dalam urusan perkahwinan seperti siapa yang layak menjadi wali, hak dan tanggungjawab wali, susunan wali, jenis-jenis wali dan lain-lain.

Untuk menjawab persoalan yang menjadi tajuk kepada penulisan ini, kita akan sentuh jenis-jenis wali serta hak dan tanggungjawabnya sahaja.

Jenis-jenis wali:

1. Wali ijbari
2. Wali istihbab
3. Wali syarikah

Wali ijbari ialah wali yang mempunyai hak untuk menikahkan perempuan yang berada di bawah jagaannya. Dalam hal ini perempuan yang dinikahkan itu tiada hak untuk menolak atau membantah.

Contoh wali ijbari atau wali mujbir ialah bapa boleh menikahkan anaknya yang masih kecil (belum baligh) mengikut mazhab Hanafi dan lain-lain serta bapa boleh menikahkan anak perempuan yang masih dara dengan syarat-syaratnya menurut mazhab Syafii.

Seorang gadis yang telah baligh, berakal dan masih dara, boleh dinikahkan oleh wali tanpa meminta izinnya terlebih dahulu menurut mazhab Syafii. Dalil yang dipegang ialah sabda Nabi sallallahualaihi wasallam yang bermaksud:

“Wanita yang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya. Dara pula dinikahkan oleh ayahnya”.

(Riwayat ad-Daru Qutniy)

Walau bagaimanapun, keharusan ini dengan bersyarat, iaitu:

1. Wali yang menikahkan itu ayah kandung kepada gadis tersebut atau datuknya. Wali yang lain daripada kedua-duanya tidak boleh menikahkannya tanpa izin daripadanya.

2. Tidak ada permusuhan yang nyata dan ketara antara kedua-duanya (ayah dengan anak yang dinikahkan itu).

3. Lelaki yang dipilih oleh wali sekufu atau sepadan dengan anaknya.

4. Mahar yang ditetapkan tidak lebih rendah daripada wanita lain yang sama taraf serta kedudukan dengan gadis tersebut. Sekiranya mahar dalam bentuk wang, ia mestilah dengan mata wang tempatan.

5. Lelaki yang dinikahkan dengan anaknya mestilah mampu membayar maharnya.

6. Lelaki yang dinikahkan itu bukan terdiri daripada orang yang menyusahkan gadis tersebut seperti orang buta, kurang upaya atau terlalu tua.

7. Ketika pernikahan dilakukan, gadis tersebut tidak termasuk dalam golongan mereka yang telah diwajibkan haji ke atasnya (sihat, mempunyai perbelanjaan yang cukup, aman perjalanan dan ditemani mahram).

Syarat-syarat di atas, sebahagiannya adalah syarat sah nikah dan sebahagiannya syarat mengharuskan pernikahan dilakukan.

Syarat 1, 2 dan 5 adalah syarat sah. Sekiranya wali menikahkan anaknya tanpa syarat tersebut maka pernikahan itu tidak sah.

Manakala syarat 3, 4, 6 dan 7 adalah syarat bagi mengharuskan ayah menikahkan anaknya tanpa izinnya. Sekiranya dilakukan tanpa memenuhi syarat itu maka perbuatan itu tidak diharuskan.

Meskipun begitu, mereka berpendapat adalah sunat dan lebih elok wali bertanyakan pandangan anak gadisnya sama ada secara langsung atau menerusi wanita yang rapat dengannya, terutama ibunya sendiri.

Dan sekiranya anak gadisnya telah mempunyai pilihan sendiri yang sekufu dengannya, maka wali mestilah menikahkannya dengan lelaki pilihannya. Jika wali enggan, gadis itu boleh mengangkat masalah itu kepada kadi. Jika nyata lelaki itu sekufu dengannya, kadi hendaklah menuntut wali menikahkannya. Andai wali masih enggan, maka kadi hendaklah menikahkannya.

Sekiranya wali mempunyai calon lain yang sekufu juga, maka dalam hal ini terdapat dua pendapat. Pendapat yang lebih sahih adalah mengikut pilihan wali memandangkan sebagai orang dewasa, ayah yang menyayangi anaknya, maka tentu pandangannya lebih matang dan lebih sempurna. Pendapat yang kedua adalah mengikut pilihannya (anak gadisnya) demi memelihara kesucian diri dan maruahnya.





kredit pada infoharmoni.