Ya lama menghilang setelah hampir 8 tahun tak update blog..haha ok itu cuma auta selepas lama tak mengarut disini baru 1 tahun lebih..tunggu la aku rajin semula aku update di sini ok..hal peribadi? rahsia cukup cuma luahan hati..suasana blogging tidak seindah lalu..masih ada ke yang setia membaca?
heloo..slamat berhujung minggu cinonex ucapkan..rasanya terlalu lama cinonex tak mengebang dekat blog ni..tengok la setakat mane mood berblogging ni boleh tahan, silap tengah2 taip entry ni pun boleh delete semula dan keluar menonton tv sambil makan cekedis..ngarut!
dihujung2 minggu ni ramai la muda mudi belia remaja keluar berjimba tempat yang dituju sudah pasti di karaoke2 melalak hingga mic ingin di telannya..pusat2 game dan snuker hiburan yang mungkin boleh menghasilkan keuntungan bukan pergi saja2 tetapi ingat jangan menimbulkan kerugian pihak berwajib dek kerana menanggung kos karper meja snuker yang korang rodok sampai koyak..dan ke tempat2 yang gelap gulita seperti panggung wayang..jangan buat yang tidak2 dalam panggung tu..karang tak pasal2 bersilat canggung orang dalam tu..
cukup2 mukadimah yang cinonex gebangkan..perempuan touch 'n go ataupun dah sentuh2 raba2 lepas tu belah..bagus! tak ke meraung empunya diri..itulah realiti hari semakin hari apa yang boleh kite lihat di luar sana..terlalu murahnya harga sebuah maruah sehinggakan tidak perlu membayar mahar untuk mendapatkannya..
anak muda sekarang terlalu mudah untuk di usung ke sana kemari tanpa halangan dan batasan..mana pergi mata2 atau mulut2 penjaga mereka??..bebas berpimpin tangan dan tanpa rasa segan silu dan konfidenya berpelukan mengalahkan laki bini..lelaki??sapa yang bersalah dalam ini cerita..lelaki watak pemimpin yang hampir2 tersungkur atau pun dak tersungkur siap tergolek dek bisikan syaitan 'rosakan, rosakan perempuan itu'..
para wanita jangan terlalu mudah menjual maruah di khalayak ramai..dan lebih2 lagi menjadi wanita mudah di sentuh oleh kaum adam dan pergi meninggalkan apabila keserasian sudah tiada..bukan ramai lelaki yang ada rasa tanggungjawab dalam diri..seperti pepatah habis manis sepah di buang..
p/s : salam maulid nabi muhammad saw cinonex ucapkan pada umat islam hari ni.
helooo..waahh rasanye terlalu lama cinonex tak mengupdate kan blog cinonex yang cokia ni ha..biasa la saje2 menyibukan diri,projek juta2 la katekan mana ade masa nak main2 blog ni ha..ingat main blog ni macam main guli ke?..semakin hilang sengat cinonex rasakan, ke longkang agaknye mood cinonex nak menaip semula..
kerja kerajaan vs swasta mana satu menantu pilihan?..yes setiap orang ade keinginan nafsu masing2 untuk mendapatkan kerja di sektor yang lebih baik untuk menjamin masa depan..mungkin entry ini di tujukan kepada kaum pemimpin..kalau sapa2 terasa tu doakan jela cinonex ni insaf tak pun jadi kaya..kaya budi bahasa dan ilmu..
apa yang cinonex nak laungkan disini mengenai segelintir, tak banyak sedikit pasti ada ibu2 bapak2 semua yang menginginkan kehidupan anak perempuan tersayang mereka hidup dalam keadaan serba ada bak orang kata ekonomi yang kukuh tak perlu merempat dan bersusah payah mencari segigit biskut..bagi cinonex setiap manusia ada selera dan citarasa masing2..bagi mereka yang calon menantunye bekerja kerajaan lebih di utamakan dari mereka yang bekerja swasta..
cinonex teringat akan satu kisah sebuah keluarga yang mencari calon menantu untuk anak dara nye..eh konfem ke dara??ahh lantak la labu cinonex tak ada dalam ini cerita..
tersebutlah al kisah tersebar lah berita yang family ni ingin mencari seorang calon suami untuk anak dara nye..tanpa rasa segan dan muka tak malunye cinonex pun terus masuk meminang gadis tersebut lalu dengan angkuh nye kedua orang tua gadis tersebut memaki hamun cinonex dengan kata2 yang hina lagi kesat setelah mengetahui bahawa cinonex bekerja dalam sektor swasta..dengan nada sinis oleh bapanye berkata ''apahal kau sibuk masuk dalam ini cerita kata tak ada kene mengena''!!..haha
ok2 back to the cerita..datang la sebiji family lelaki yang berkenan pada anak mereka bertujuan merisik2 dan meminang la orang kata..tapi dek kerana citarasa mereka ni tinggi tanpa rasa segan silu dan muka bangganye terus menolak pinangan lelaki tu dek kerana lelaki tu hanya bekerja di sektor swasta dan senang cakap keje kilang jea..dengan perasaan hampa family tadi pun berlalu la pergi dengan muka toye dan muncung macam muncung itik serta dengan backup song laguhampanyanyian to'ki..
selang beberapa hari..datang la lagi sebuah family masuk meminang anaknye..belom pun sempat lagi turun dari kereta mereka terus menerima pinangan tersebut sebab nye bakal menantu kerja sektor kerajaan..riuh sekampung wehhh dapat bakal menantu kerja kerajaan padahal kerani je pun..ok bab yang tak sempat turun kereta tu cinonex tipu jea saje nak bagi sedap cerita..haha
soo berlangsunglah perkahwinan anaknye dengan seorang kerani..meriah wehhh menantu kerja kerajaan tu,kau ada??..belom abis lagi cerita nih..
di sebalik cerita pinangan yang pertama di tolak kerana lelaki tersebut bekerja di sektor swasta a.k.a kerja kilang tidak abis macam tu saje..allah swt tu maha adil, dan mungkin juga itu kerana bukan jodoh mereka..dengan muka bangga siap kembang2 lagi lubang hidung kau bila dengar kerja kilang jea terus kau reject..tapi kau ada ke tanye kerja kat kilang tu kerja bahagian ape?? lelaki tersebut sebenarnye engineer dekat kilang tu,haha..satu melayu sudah tumbang beb tu la kebendaan sangat..
moral of the cerita..semua rezeki tu datang daripada allah swt..kite sebagai hamba ni perlu berusaha, doa dan bertawakal..tak kesah la kerja kerajaan ataupun swasta bagi cinonex..memang sekarang kerajaan ada kelebihan, tapi swasta pun ada kelebihan..perlu la di ingat semua tu sekadar pinjaman..tak ada yang kekal di dunia ni selain akhirat..jangan kite kaya di dunia tapi miskin di akhirat..
soo para cewek2, adik manis ibu2 bapak2 sekalian yang membaca entry ni mana menantu pilihan anda??
p/s..lama tak menaip adakah entry ini berkualiti??
salam kepada sahabat yang sedang bekerja, belajar mengajar dan salam juga kepada mereka yang makan gaji buta duk main blog jea..cinonex tak makan yea cinonex jamah sikit jea..cukup la mukadimah sekapur sireh rak perlu permulaan yang meleret2 bukan ada orang nak bace pun..
perlu ke jinakkan fikiran wanita dengan kemewahan?..itu la yang menjadi tanda tanye dalam kepala tengkorak cinonex sekarang..perlu ke perlu ke??
cinonex rasa kepada mereka yang hidup nye mewah bermandikan wang ringgit, masuk rumah nak kene kuis2 duit dengan kaki baru nampak jalan mungkin ini perkara biasa..tapi bagaimana mereka yang tidak berkemampuan tapi sanggup bergolok bergadai kepada seseorang insan yang bergelar wanita yang belum sah menjadi miliknye??..
rasa terpanggil untuk mengebang rasa yang berselerak dalam mulut ni,mujur tak berbuih jea..perkara yang berlaku di depan mata, berlaku kepada sahabat sendiri..perlu ke kau rosakan fikiranye dengan kemewahan cinonex takut die akan binasa dengan ape yang di taburkan walaupun kerana sayang..kemewaham bukan salah satu cara terbaik untuk menunjukan rasa sayang kau..banyak lagi benda2 yang boleh lakukan..
bagi cinonex jawapanye tak perlu la kot manjakan perempuan dengan kemewahan selagi belum sah menjadi milik kau..kepada mereka yang bergelar perempuan jangan marah yea ini entry bukan nak cakap perempuan kaki kikis mata duitan atau sebagainye,mungkin segelintir sahaja..tapi entry ni di tujukan kepada kaum adam..
pada mereka yang bergelar kaum adam..jangan hiburkan hatinya dengan kekayaan..jangan jinakkan fikirannya dengan kemewahan..jangan manjakan dirinya dengan kecantikan..kerana wanita akan lupa hakikat kejadianye maka mereka tidak akan terhibur dan menghiburkan..
p/s..sayanglah berpada2 jangan lebih sayang kau lebih dari kau sayang allah swt..
helooo..entry kedua untuk hari ni..saje ingin melepaskan emosi..bak kate orang rumah terbakar nampak asap tapi hati yang terbakar korang nampak ke??ke korang ade deria ke 14 boleh tau ape yang ada dalam hati orang..
PERHATIAN!!
kepada mereka2 yang nak promosi barang2 yang korang jual nak paparkan iklan ape ke jadah semua silakan cinonex alukan dan cinonex tak memilih bulu sapa pun yang nak iklankan dalam blog cinonex ni..tapi ingat jangan buat taik..
contoh yang cinonex tak berapa berkenan..kemain kencang lagi ko iklankan barang2 ko dalam blog cinonex eak..tapi bila cinonex datang singah blog ko tu sesedap rasa tanpa segan silu dan konfiden nye ko ban ip address cinonex..ok cinonex kan baik orang nye..meh la datang lagi ajak geng2 ko sekali,tapi jangan harap la cinonex nak datang nyingah..nak beli??fikir 48 kali dulu..
nak ni??
dah lama cinonex perhatikan benda ni..cinonex malas nak layankan sangat nak bising2 ke ape..ari tu cinonex pernah sound sorang blogger ni die selalu letak link iklan churp2 die dekat shoutbox..tapi sekarang cinonex dah lame tak nampak..kemane menghilang??dah gantung lappy ke..??
so blogging la secara sihat ok..jangan gadoh2 jangan nak bercakor..cinonex tak marah cuma rasa tak adil pada blogger2 yang lain..sekurang2 nye kasi la 2 3 trafic kan..tak luak pun kalau bagi trafic..kalau korang bagi trafic pade blogger lain korang kene sawan sampai berbuih mulut ke?..hapy blogging..
siapa makan cili die la terasa cili..tak kan rasa kiwi plak..peace
heloo..entah kenapa dari hari kesehari cinonex semakin tidak berminat untuk menulis sesuatu..tapi cinonex susurkan langkah juga mungkin tiada apa2 isi..mungkin dek kerana gangguan masalah kesihatan dan masalah hati orang kate..mungkin orang melihat cinonex seperti orang lain tapi pada hakikat hanye cinonex dan die saja yang mengetahui..emm
mungkin juga kerana kesibukan kerja..jangan fikir yang tidak2 bukan sibuk buat kerja tapi sibuk buat taik mata..bagus kan cinonex,pekerja contoh la kata kan sila ikut cara cinonex..konfem kau tak pergi sekolah kalau termakan hasutan cinonex tu,haha..gelak tak iklas sebenarnye..sekadar menghiburkan hati..
ok cukup2 jangan nak nasi tambah cinonex duk cerita benda2 yang tak berfaedah..tak perlu menyusahkan orang lain jika tidak berkemampuan!!..pehh memang pendek sungguh title entry nye ha..yea jangan menyusahkan orang lain kalau dah tak mampu..lebih baik batalkan sahaja hajat korang tu sampai benda yang tak patut korang buat pun korang terpaksa buat juga bagi memenuhi kehendak orang lain..
banyak lagi cara yang boleh korang lakukan untuk mendapatkan wang tak perlu sampai orang parking kereta depan rumah sendiri pun korang nak saman..dah tu nak parking kat mane?dalam bilik kau ke?..ada otak boleh berfikir dan boleh menilai sendiri..tak perlu bertegang urat atau ape sekali pun..
tak perlu berkata apa..diam dan senyum jea tanpa muka bersalah..!!
p/s..kenapa benda ni datang balik pada cinonex..semakin diusir semakin hampir..
helooo..selamat bekerja kepada rakan2 sekalian..cinonex baru hari ni nampak muka kat opis..minta ampun la kepada sahabat2 yang tercari2 cinonex semalam yea..
bercakap pakai hidung bukan pakai otak..itu la cinonex boleh katekan kepada seseorang ini..agak menarik perhatian apabila cinonex mendengar nye..sebenarnye dah lame nak menaip benda ni cume tak berkesempatan jea..entry ni mungkin di tujukan kepada kaum hawa..ape pandangan dan persepsi orang apabila melihat perempuan yang bertudung labuh atau sebagainye tengah merempit..
tapi bukan merempit macam yang kite biasa tengok la main angkat tayar motor jadi satu tu..tapi menunggang secara berhemah dah ayu2 gitu..dah nama pun kaum hawa kan..jangan fikir yang tidak2..
kite di bumi malaysia bukan di bumi mesir sampai nak haram2 orang perempuan nak bawa motor..kat bumi mesir tu memang la tak ada nak berlari2 kecil pun tak boleh kan..itu ape yang rakan2 cinonex khabarkan la..kalau diorang tipu cinonex..cinonex pun tipu korang jugak la..haha
salah ke orang orang perempuan tu nak menunggang motorsikal..dah memang mungkin itu saja kenderaan yang die ade..mungkin juga di terdesak nak pergi ke sesuatu tempat tu..selagi die mengikuti etika sebagai seorang muslim salah ke??ade ke bila bawa motor sampai terkeluar, terjojol sane sini..mazhab mane ko kate orang perempuan haram bawa motor..tak perlu la nak jatuhkan hukuman sampai haram..
nak bercakap tu guna la otak yang di anugerahkan..jangan pakai lubang hidung ko main sedap jea sembur..ape pandangan dan persepsi mereka2 yang mendengar nye..serbu tak pakai helmet silap2 boleh pecah kepala..tak gune kau berketayap tapi ape yang kau cakapkan tak berfikiran sebagai seorang yang berilmu..
fikir2 dan renungkan2..ni nak letak kategori lelaki jenis ape ni??
helooo..mata membutakan mata..biasa la mentekedarah tengah hari tadi kan..mula la setan berbisik tido la tido la..coii betul la kau yea setan tak ade kerja lain agak nye..ehh silap teknik pulak..dah memang tu pekerjaan beliau menghasut2 manusia kejalan yang tak baik ni..
cukup2 sekapur sireh..tak perlu pembuka bicara terlalu panjang..shout box tersorok tipu kalau blogger tak tahu ape itu shoutbox tersorok..kalau tak tahu lebih baik letak jawatan sebagai blogger.kalau tak tahu jugak lebih baik tak payah jadi orang lebih baik jadi beskal..
shoutbox yang duk lepak macam ni..kat belah kanan or kiri pic rembat dari nunalifnunalif..cinonex minta halal yea..
kelemahan shoutbox tersorok..yes setiap sesuatu tu pasti ada kelemahan nye..tak bermaksud shoutbox tersorok tiada kelebihan..kalau tak ada kelebihan tak ada la orang mereka benda alah ni kan..ape yang nak di gebangkan mengenai kelemahan..
bagi cinonex kelemahan yang paling ketara adalah pengunjung2 tak nampak atau tak bace entry2 yang dihasilkan..bukan semua blogger ni suke membelek entry atau menrollerkan blog kite ke bawah..sebab nye mereka2 yang blogwalking ni benda pertama sekali mata meliar mencari shoutbox dan adik beradik yang seangkatan dengan nye..lebih2 lagi mereka2 yang letak header blog besar gedabak..konfem tak tengok dah ape yang ada kat bawah tu..
antara yang lain tak semua bloger ni internet diorang laju macam cheetah..ade jugak yang lembab nye mengalahkan siput babi..siput babi pun kalah lagi kadang2 tu..tenyeh shoutbox dua tiga kali tak keluar2 baik tenyeh butang pangkah kaler merah terus kan..
so gunakanlah kelebihan yang ada tu..letak la shoutbox kat mane2 yang korang rasa sesuai..biar la pengujung tu jeling2 sikit entry2 yang kite hasilkan..tak pun tepek gambar bogel 2 3 keping konfem terus brenti nak bace entry tu..ok tipu kejadah ape letak gambar macam tu..haha
ape yang di luahkan hanya pendapat diri cinonex sahaja..lain orang lain pandangan nye..jangan ada yang termakan hati pulak dengan cinonex..makan berlauk hati tak ape..peace
helooo..uihhh mata naik lebam bila lepas makan tengah hari ni ha..bukan lebam sebab mengantuk ok tapi hari ni cinonex banyak berjalan2 jela..
cinonex pun tak tahu la apa pandangan orang pada diri cinonex..
kalau tak nak nampak jangan malu2 nak tenyeh pic tu..guna tetikus dah banyak kali cakap jangan guna jari tenyeh dekat monitor..ada ke keyword macam tuu..macam siottt jea..cinonex ni lelaki sejati tahu tak..asli tak caye meh tengok..ok tipu giler nak tunjuk kat orang..haha
p/s..dunia2..pape pun ok gak boleh cinonex buat satu entry..haha
heloo..tadi saje jea jejalan kat trafic nak tengok trafic dari mana..tekojot borok mak eh..datang dari benda alah yang tak patut ni ha..ingat cinonex kaki blue ke ape..coi betol la ko kan..tak caye meh tengok ni ha..
kalau tak nampak tenyeh jea atas gambar tu..tenyeh guna tetikus bukan guna jari dekat monitor ok..memang siot la..
p/s..hari ni nak menaip banyak2..bagi penuh dekat dashboard rakan2..
yehhaaaa..rasa nak naip jea ape yang terlintas di fikiran sekarang ni..tapi jangan sampai tak ada isi atau info yang berguna sudah la..
serbu tak pakai helmet..bukan pergi serbu atau hentak kepala ke dinding tu dah tentu2 la pecah kepala karang..bukan kepala tu ada cop sirim macam cinonex pernah keluarkan entry dulu..nak bace entry cerita kepala cop sirim tenyeh sini guna tetikus yea..
serbu tak pakai helmet yang cinonex nak maksud kan ialah perbuatan seseorang tanpa usul periksa main belasah jea dah tak kira sesiapa..lepas tu ada jugak yang jenis suke main tuduh2 seseorang tu jika ada masalah dan sebagai nye tanpa siasat dulu apa yang berlaku..
bukan apa kite perlu menilai seseorang tu dahalu..tak perlu la nak menuduh2 tanpa usul periksa dan sebagainye..jangan serbu tak pakai helmet ok nanti silap2 pecah kepala nanti..peace
heloooo..pagi2 lagi dah nak meluahkan perasaan..bukan perasaan ape perasaan nak menaip blog ni ha..mungkin ada mereka2 yang bekerja pagi2 lagi dah kene bambu..ada yang baru jea masuk opis tak dan duduk pun lagi dah kene buat keje yang baru pulak kerja lama pun belambak lagi tak siap..tapi apa2 la labu dah nama pun kerja..
celcom broadband semakin perlahan sejak akhir2 ni..tapi tak tahu la bb orang lain..buat la macam mane sekali pun die tetap macam tu jugak..dah banyak dengar orang duk mengamuk benda ni..sipi2 dah ni lebih baik ko upgrade yea..tak lama dah tak lama dah..
yehoo..atau lebih sedapnye malam keliwon..malam pemerintahan kaum ibu..jaga2 jangan keluar lewat malam ni..karang jumpe hantu cinonex tak tahu..time tu cinonex duk sedap2 buat taik mata bermimpi kan jadi orang kaya..
saja jea nak buat title entry macam tu..berlapik la sikit kan..tak kan nak cakap guru besar dapat durian runtuh kan..nanti mesti ada suara2 yang sumbang tak berapa nak best dengar..
PUTRAJAYA: Seramai 924 guru besar dari seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai'ah), demikian diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
nak tahu lebih lanjut korang google jea pasal ni..sonang la hidup korang..dah sonang lebih sonang la lepas ni..bukan ape cinonex cume rasa macam ada yang tak best jea..anggap jela ni rezeki diorang daripada allah swt..nak kata golongan ni susah tak pun rasa nye..jiran depan rumah cinonex ni ha guru besar jugak..malas nak bebel lebih2 la karang kate gebang pulak..
pakai kereta mahal2 tiga empat biji..benda2 lain usah nak cakap la..dengan kelas tusyen hari2 lagi uihhh kaya2..kalau sorang tak ape la jugak ni laki bini tu..bukan dengki atau pape..tak ada rasa pun nak dengki atau jeles rezeki yang allah swt tu beri..rezeki masing2..rm 7500 banyak tu..cuba darab 7500 dengan 924..uih gila babi la..tu baru senarai pendek..
cume terfikir la kenapa memberi pada mereka2 yang dah memang nye mampu..cube kalau duit yang ada tu di berikan pada2 yang kurang bernasib baik..tolong orang2 miskin tu ha..bantu mana2 yang perlu..em dunia2..hukum dunia yang kaya akan lebih kaya la..ingat tu semua pinjaman..
p/s..ini cume pendapat dan luahan hati seorang yang bersederhana..
helooo..rasa nak terkincit hari ini rasa malas nye nak buat kerja kat luar..tapi ape kan daya cinonex kan pekerja yang bagus so tanpa segan silu terus melakukan kerja tanpa bebelan di mulut walaupun mulut muncung dah boleh ikat pun..
perlu ke letak gambar pakwe atau makwe di dalam blog ni..untuk ape semua itu??..untuk menopupkan dosa2 yang dah sedia ada ke..atau pun menunjukan yang diri tu ada market yang tinggi..itu lah ape yang boleh kite lihat sekarang ni..
kalau bab nak letak gambar tu konfem gambar2 muka yang ala2 model gitu..gambar muka yang senget sebelah tak nak pulak letak..ada kah ada perasaan riak bangga ego bila sudah di miliki??..mesti la ada rasa macam tu kan..yela pakwe hensem2 awek comel2..kalau tak hensem dan tak comel ade ke nak letak..silap2 mengaku pakwe atau awek pun tak agaknya..
bagi cinonex lantak la labu..hak korang nak letak ke tak..bukan menganggu hidup cinonex dan keluarga cinonex pun..hak individu tak akan di cabul..blogs korang suke hati korang la..wekkks
p/s..siapa makan cili dia la terasa cili tak kan rasa strawberi pulak..
yehaaa..cinonex bukan seorang smoker tapi masuk jea opis pagi2 dah ade bau rokok..spoil betol la nak jea stalat atas dahi laju2..sekeh kepala sampai melecet sapa yang bersarapan pagi dengan rokok ni ha..kategori perokok tegar la ni..orang lain pagi2 makan roti ke makan nasi lemak..ni tak makan la rokok tu sampai bebuih mulut..
kasihanilah perokok mereka ni tak sedar atau sedar tapi terpaksa merokok beyond their control atau mereka2 ni simply bodoh..pehh kasar bunyi kan lantak la labu..sapa yang makan cili die la yang terasa cili tak kan rasa oren pulak..
beberapa point
1 - bau nafas dan bau badan busuk..kasihan kaum kerabat sahabat2 semua mereka..kalau bini nak sayang2 pun ilang selera agaknya..
2 - mereka kategori makhluk yang hampir pupus kerana merokok penyebab utama cancer dan penyakit kronik yang lain..
3 - merokok termasuk dalam kategori membazir dan membahayakan kesihatan..dari segi agama hukumnya makruh dan ada ulama mengatakan haram..
4 - asap rokok membahayakan dan mencemar udara bukan sahaja diri mereka tapi orang lain..memang jahatkan..nak rosak diri tu sorang2 dah la..jangan joinkan orang lain pulak..
rembat dari google
5 - hampir seratus peratus penagih dadah adalah perokok..jauhi dadah jauhilah rokok..
6 - perokok biasanya selekeh dan pengotor..tapi tak semua la ada jea yang ok..kalau yang tak merokok dah tentu2 la smart macam cinonex ni ha..sila percaya tanpa kerut di dahi..
7 - perokok sanggup bersusah payah dan bersesak2 dalam asap di tandas2 dan tangga opis hanya untuk merokok..tak rasa ke merendahkan martabatkan diri sendiri..
8 - semua tempat awam di haramkan merokok..ini lagi menyusahkan lagi perokok..
9 - tapi perokok masih lagi merokok selagi ayam jantan berkokok..haha
heloo..salam kepada follower dan blogger2 semua..harap hari ini lebih baik dari hari semalam..hari cinonex sentiasa baik..baik2 belake orang kate..kalau tak baik tak ada nye nak cakap baik2 macam ni ha..
follower ramai tapi unit visitor tak berapa nak ramai..itu la yang berlaku sekarang ni..banyak cinonex perhatikan usha2 line sana sini..apa yang mereka2 ini kejar kan..ramai follower atau nak dapatkan visitor yang tinggi??..adakah sudah rasa follower ramai itu sudah cukup bagus dan mula ada bau2 riak pada diri..
adakah golongan ini yang sudah di beri betis tapi masih lagi mahu mendapatkan dan mengejar peha??..entah cinonex pun tak faham..lain orang lain cara lain pendapat..bersedehana itu kan lebih baik..jika korang di beri pilihan mane yang korang pilih follower atau trafic visitor??..
bagi cinonex kedua2 nye sangat penting dan ada peranan nye..tapi bagi cinonex biar la seimbang di antara follower dan trafic..kalau ada follower 99 orang trafic pun biarla 99..biar la follower yang setia dengan entry2 yang kite hasilkan..jangan mengejar sesuatu yang tak mendatangkan kebaikan kite..
p/s..mod suram seperti pagi hari ini di bumi pahang..
yehaaa..baru kesempatan nak taip entry hari ni dek kerana ada manusia2 yang donkey tak buleh nak tengok orang beristirehat sambil makan pengat pisang dan limau raya cina..cinonex raya awal korang dah raye ke..haha
uihhh keadaan hujan masih tak berhenti2 lagi dan mula ada tempat2 dah naik air..si itik2 mula bersorak riang si tuan itik mula menunjukan wajah2 kerisauan pada itik2 nye..yela nak banjir ni kan susah lo nak kene pindah ke ape..hape yang ko merepak pasal itik ni ha..kurang2 kan merepek cinonex..
bukan ape rasa nak luah sesuatu mahal sangat ke signal kereta tu sampai nak masuk simpang jea pancung tak ada bagi signal2 dah..tak pun nak memintas tak ada dah rasa nak toleh2 ke belakang ni main masuk jea..tak ke bahaya ke pada pemandu2 lain dan juga bikerz2 seperti cinonex ni..karang orang lain makan nasi kitorang makan pasir atas jalan..
dulu cinonex pernah buat satu entri pasal pancung tang corner ni..nak bace tenyeh sini guna tetikus anda..bukan guna jari tenyeh monitor..karang tak pasal2 keras kat situ..malas nak bebel panjang2..cube hormat pada orang lain..macam jalan tu bapak ko punya jea..
pehhh..hilang selera hilang ghairah..jangan fikir ghairah tu pulak ok..memang rase nek menjerit meroyan..rasa macam nak angkat pc campak ke bawah..lepas tu terjun tiruk dari atas smack pc dua tiga kali..lepas tu ambil minyak gas curah atas pc cucuh dengan api..ok tipu jea gila nak buat benda2 macam tu..sabar itu kan separuh dari iman..
itu antara perasaan mereka2 yang terlibat..pernah tak sesiapa ada perasaan nak marah pada sesuatu benda yang korang tak buat atau benda tu korang tak tahu menahu tapi korang kene tanggung semua..dalam erti bahasa lain ko sapu tahi orang la..
orang lain buat hal tapi korang terpakse setelkan semua kerja tu..rasa2 nye ada kot bagi mereka2 yang makan gaji ni ha..nak tak nak kene buat jugak kan..
terima kerja tu dengan hati yang tak iklas..nak kira macam mane tu??..berkat ke gaji yang dapat tu dengan hati yang tak iklas bekerja..??..tepok dada tanye selera..semua dah besar panjang pulak tu.boleh fikir secara positif kan..
p/s..mesti muncung jea mulut sapa2 yang kene tu kan..
salam jumaat..saidul aiyam di pagi2 jumaat hari baik dan penghulu segala hari2..macam biase la..bila time hari jumaat ni die kene islamic sikit..bukan jumaat sahaja tau..hari lain pun kene jugak..
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari... yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari jumaat yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu di rebut oleh umat islam..antara nya..
Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
banyak lagi benda2 yang boleh kita lakukan pada hari jumaat ni..termasuk juga cinonex yang tetiba tergerak hati untuk meremovekan entry fasha sandha yang tengah duk ngetop isu di bali sekarang ni ha..bagi cinonex setiap mereka2 yang membaca tu adalah satu dosa bagi cinonex sebab membuka aib saudara cinonex sendiri..
jika kite membuka aib seseorang itu..orang akan membuka aib kita pula..cinonex tak akan kejar trafic2 seperti itu..ia di jadikan untuk cinonex lebih berhati2 memainkan isu seperti ini..
rakan2 serta sahabat2 cinonex berharap korang pun seperti cinonex..bukan nak tunjuk baik atau sebagai nye..tapi cukup2 la dosa lame pun dah banyak..tak kan nak topup lagi dosa tu..nanti patah bahu nak tanggung..
p/s..cinonex buah cempedak..salah silap tolong tegur2 kan..
aishh lupa pulak ape yang cinonex nak taip tadi..ni semua ko punya pasal la nyamuk..yang ko pergi gigit cinonex tu kenapa..da cinonex gigit ko balik..abis segala idea nak taip tadi..
ha sekarang ni macam2 kite dengar..facebook nak tutup web die la..lepas tu macam2 mesej orang hantar yang berbunyi ni ha..
''Facebook baru.Kami akan menghantar mesej ini di sekitar untuk melihat apakah anggota aktif atau tidak. Jika anda aktif sila hantar ke minimal 15 pengguna lain menggunakan Copy + Paste untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif. * Mereka yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2 minggu akan dihapuskan tanpa ragu-ragu untuk mencipta lebih banyak ruang .*Hantar mesej ini ke semua teman-teman anda dan untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif dan anda tidak akan dihapuskan.Pengasas Facebook,Mark Zuckerbe''
pandai pulak mark zuckerbe cakap melayu eak..korang percaye ke benda2 macam ni ha..cinonex sikit pun tak percaye..tak tergerak hati pon nak copy paste benda ni pas tu hantar benda ni buat semak dekat box mesej orang..kalau die nak hapuskan pun hapus jela..bukan mati pun kalau tak ada facebook..
tu la dia orang melayu kita ni mudah sangat mempercayai benda2 macam ni ha..mesej2 berantai ni da banyak sangat2 dah..lebih2 kalau mesej dekat enset..cakap kalau tak forward ke beberapa orang akan menimpa musibah, di timpa tangga, di timpa basikal ke dan macam2 la di timpa lagi..benda2 yang tak baik ni la akan berlaku..
yang lagi best tu yang berkaitan dengan islamic ni ha..mana iman mana akidah korang ha percaya benda2 macam tu kalau tak forward mesej boleh di timpa musibah..siap cakap seumur akan di timpa musibah..kelako2 korang bukan tuhan nak tentukan sape yang di timpa ujian musibah ni ha..allah swt lebih mengatahui segala2 nya..
uish kenapa cinonex begitu emosi malam ni..darah tinggi ape lepas makan daging masak kicap tadi..jangan mudah mempercayai benda2 macam tu ok..ni rules cinonex..setiap orang ada pandangan dan pendirian masing2 kan..so jadi la seorang melayu islam yang sukar di tumbangkan pemikirannya..
p/s..betapa mudah nye mempengaruhi pemikiran orang melayu sekarang nih..korang sedar ke tak sedar ni..