Tuesday, 19 January 2016

stokin sandy


stokin sandy dari mesir adalah jenama popular yang sering dipakai oleh kaum muslimat kita di malaysia. stokin sandy menjadi pilihan mungkin atas faktor material kain yang lembut, sejuk dan sangat selesa dipakai, seratus peratus diperbuat dari nylon dan saiz yang panjang hingga ke bawah lutut..yang pasti mengapa stokin sandy menjadi pilihan ramai adalah kerana tidak jarang dan aurat terpelihara.



Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)



tetapi masih lagi ramai wanita di luar sana yang belum menutup aurat dengan sempurna terutamanya aurat kaki..



bagi muslimat yang mencari stokin sandy yang berkualiti dan harga yang berpatutan boleh jenguk di fb stokin muslimah. Terdapat perlagai warna pilihan kesukaan anda.



stokin sandy sandy stokin sandy murah stokin sandy hitam stokin sandy biege 1 stokin sandy opaque stokin sandy silvy stokin wanita stokin muslimah stokin selesa stokin perempuan stokin sandy murah




Wednesday, 27 March 2013

nilai seorang lelaki berkopiah?

assalamu'alaikum,bismillahirramanirrahim..


Jauh perjalanan luas pandangan ramai pengetahuan..semakin jauh berjalan tanpa arah dan tujuan ibarat seperti berjalan di dalam kasut sendiri..tekanan semakin hebat arus di bawah semakin panas..

mungkin kerana sudah berasa kebas dek kerana terperangkap dalam setiap langkah yang membawa kesilapan akhirnya letih lesu dalam keadaan sedar..

nilai seorang lelaki yang berkopiah bukan terletak pada harga kopiah mahupun tempat kopiah di beli..tetapi nilai pandangan seorang wanita yang bergelar makcik, kakak, adik, isteri orang, perempuan yang umor nya hampir terbabas ataupun seorang perempuan yang sedang mencari pasangan hidup atau dalam bahasa yang mudah mereka yang ber'binti'kan ayahandanya..


jauh cc menyusur memerhatikan keadaan manusia yang semakin sawan babi..karat jahilliyah masih menapak di dalam hati pemikiran masih cetek di tahap buku lali..terlalu mudah untuk menilai seseorang hanya dari luaran..betul! adakalanya kita tidak punya banyak waktu untuk mengenali seseorang itu secara dalamannya..bak kata pepatah jangan menilai kulit bukunya sahaja tapi nilailah isi dalamannya..

cuba bayangkan seseorang lelaki yang berpakaian biasa, tidak berkopiah dan di takdir kan berwajah ibarat seperti manusia pecah rumah jiran hadir ataupun menegur seorang muslimah dengan niat yang baik di alam realiti mahupun maya..sudah pasti di abaikan tanpa rasa segan silu dan konfidennya..mungkin terlintas di hatinya..

'orang ni mesti nak mengorat aku, muka macam pecah rumah mesti orang jahat ni, malas layan makan supering lagi sedap'..tetapi pernah kah terfikir mungkin dia ingin menengur sesuatu perkara bagi tidak mengaibkan diri muslimah tersebut?? bersangka baik sahabat..

tetapi bagi mana pula dengan seorang yang berpenampilan baik berkopiah berserban atau sebagainya..hadir dalam hidup seorang muslimah dalam keadaan terketar2 kepala lutut menegur dengan penuh sopan dan santun seperti perempuan 'geisha' di luar mahupun dunia maya seperti facebook dengan bahasa yang baik dan islamic..'assalamu'alikum ukhti, khaifa haluki'..apakah yang akan terlintas dalam fikiran muslimah tersebut?? adakah dia akan menolak dengan sekerasnya2 ataupun akan 'wahh baiknya budak ni dah la pakai kopiah bercakap pun guna bahasa islamic nak kenal2 la dengan budak ni mana tau rezki ambe'..lalu bermula la novel cinta islamic..

ujian kaum lelaki:

daripada usamah bin zaid r.a nabi s.a.w bersabda yang bermaksud
 ''aku tidak meninggalkan suatu ujian yang lebih dahsyat daripada terpedayanya kaum lelaki terhadap kaum wanita''
(riwayat al bhukari dan muslim)


adakah kita layak untuk menilai seseorang itu dari luaran dan keimananya??..ada seorang hamba allah swt yang selalu minum arak dan esok dia dikenakan hukuman dan beliau masih melakukan perkara yang sama dan dikenakan hukuman sehinggakan ada suara berbisik meminta rasulullah saw membunuhnya! tetapi rasulullah berpaling pada suara itu dan mengatakan bahawa hanya allah swt yang mengetahui di dalamnya ada iman..(tak ingat sangat cerita ni salah silap perbetulkan hamba yang jahil ini)

bangkitlah wahai sahabat muslimah janganlah kamu mahalkan harga diri pada mereka yang berpakaian tidak islamic dan meletakan tanda murah pada mereka yang berpenampilan islamic berkopiah dan sebagainya..iktilat seharusnya di jaga tidak kira pada mereka yang berkopiah mahupun tidak..kopiah itu bukan lah tanda keimanan dan ketaqwaan seseorang lelaki..

bagi cc biar orang salah menduga biar orang salah menganggap biar orang salah menduga..biar mereka melihat dan tahu yang buruk2 mengenai kita sebelum mengharapkan yang baik2..apa gunanya menghabiskan masa untuk menunjukan kebaikan pada zahirnya sedangkan batinnya jauh menyimpang ke laut..menilailah mengunakan akal dan fikiran jangan tunduk mengikut kehendak nafsu..



pesanan orang jahil :

kepada mereka yang bergelar lelaki/jantan/ayah/pak mentua/pondan dan seangkatan dengan nya, yang keluar berjimba di luar mahupun berjimba di alam siber dengan berpenampilan baik berkopiah bagai..tolong la jaga adab, jaga lidah jaga tutur bicara jangan mencarut dan mengeluarkan perkataan2 yang boleh mengaibkan diri sendiri..sila tanggalkan kopiah anda lalu di masukan ke dalam kocek mahupun ke dalam tekak sendiri..daya pemikiran orang yang melihat mahupun mendengar pasti akan ''tak padan dengan berkopiah mulut @#^&%!.'' lalu menyalahkan kopiah..sedangkan kopiah itu tidak bersalah dalam cerita itu..sekian


note :
dah lama peram entry ni sebab lukis gambar tak siap2 sibuk dengan urusan dunia..lagho2..





Wednesday, 2 January 2013

habis! semua baju tetanggal..

assalamu'alaikum dan bismillahirrahmanirrahim..


tahun baru semangat baru perjuangan baru..entry pertama di tahun baru cuma identiti saja yang tak baru2..ucapkan selamat tinggal pada tahun 2012 dah selamat tinggal dunia jahilliyah dah selamat tinggal karat2 lagha di hati..


ini baju tetapi ini bukan entry jualan baju


baju? sejenis pakaian untuk menutup aurat dah boleh juga di buat lap lantai..pelbagai jenis gaya dan jenis baju..tetapi ramai juga mereka yang tak mampu nak beli baju yang sempurna..tiba2 rasa seperti jari diikat nak menaip panjang lalu terus kepada point utama..


para wanita para perempuan yang berbintikan kepada bapa sila jaga adap dan tingkah laku anda bila berada di khalayak ramai bila bercakaran..baju anda memelihara aurat anda dari ajnabi yang bukan muhrim untuk anda..tak perlu nak bergusti tak perlu berboxing di khalayak ramai sehingga membuka aib anda sendiri..tak perlu cc hujah kan bab aurat dan adab di sini..


aii tak memasal tengok benda yang tak patut tengok, nasib baik iman kuat masa tu..haha







*note - memang boleh pergi jauh blog cc ni..jauh ke laut lame tak berupdate..

Friday, 7 December 2012

ye baik ustazah?

assalamu'alaikum dan bismillah..


alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi masih di beri peluang untuk menarik nafas hingga ke saat ayat ini ditulis..poyo!! tak pernah2 menaip sekapur sireh untuk membaca entry cc macam ni..


ustazah/ustaz sering kali di labelkan sebagai orang yang mempunyai ilmu agama, orangnye baik2 alim warak berpenampilan yang bagus dan sebagai nye..tetapi bagaimana mereka yang tidak di labelkan sedemikian? adakah mereka tidak baik dan di kategorikan orang yang tidak layak untuk berbicara soal agama?


mungkin ada lagi yang diluar sana berfikiran seperti berada di zaman batu mahupun di zaman hang tuah yang menikam saudaranya sendiri hanya boleh menerima teguran dan dakwah 'kecil' dari mereka yang memiliki title ustaz mahupun ustazah..


seperti yang kita boleh nampak dengan biji mata bukan lubang hidung kebiasaanya manusia tidak suka akan teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego..sedikit atau pun banyak egonya seseorang itu bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengawalnya..setinggi klcc sekalipun ego seseorang itu kita seharusnya menerima teguran dan dakwah 'kecil' yang membawa kebaikan kepada kita tidak kira pangkat darjat mahupun ilmu agama mereka..


mungkin ada kisah yang kita boleh kongsi bersama..

suatu hari seorang peminum arak menegur sesuatu kepada sayidina umar r.a..beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut..orang yang melihat keadaan tersebut berasa agak pelik lalu mereka bertanye..''wahai amirul mukminin kenapa kamu menerima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak?''..sayidina umar menjawab..''ya, dia berdosa kerana meminum arak tetapi teguranya kepadaku adalah benar''..


jika ada segelintir mereka yang menegur atau memberi dakwah 'kecil' kearah kebaikan di masa ini pasti akan di sambut dengan makian ataupun kata2 yang tidak elok dan ada juga kata2 sinis seperti 'baik ustaz' mahupun 'baik ustazah'..lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya tetapi orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya..


lupakah dengan kata2 imam hassan al banna..??sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri..seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah..maka akan jadi sedikit orang yang memberi peringatan..


para ulama juga pernah berkata..''dengarlah nasihat daripada sesiapapun meskipun daripada pelacur''..


natijahnya kepada mereka yang ditegur atau dalam bahasa mudahnya diberikan ceramah free harus la menerima teguran walaupun boleh membawa penyakit tidak boleh tidur 3 hari 3 malam dan jangan sesekali nak meracau memaki hamun sila selak dulu dalam kain sendiri tengok besar mana kurap korang tu..


dan kepada mereka yang menegur teruskan usaha anda dalam menegakan kalimah allah swt dan jangan malu untuk memperbaiki diri..persetankan apa yang orang kata bajet alim ke ustaz atau ustazah ke..sekurang2 nya kita sedar diri kita penuh dosa dari makin lalai..peringatan kepada mereka yang menegur usah sampai menghina..mendidik usah sampai memaki..memberi usah sampai mengungkit dan berkata usah sampai takbur..










*nota - salah silap sila tegur dan perbetulkan hamba yang jahil ini..lama x update..

Thursday, 13 September 2012

jalan raya itu litar perlumbaan

assalamu'alaikum dan bismillah..


''sungguh aku sayang dia tapi kenapa dia pergi dalam keadaan macam tu''..sedikit drama tanpa judul dan pelakon sekadar mukadimah pembuka bicara..mungkin itu kata2 yang mungkin kita pernah dengar dari mulut2 yang tak reti nak redha tentang ketentuan yang sudah tertulis di loh mahfuz..


jalan raya itu ibarat litar perlumbaan?? ya ramai orang kata dia memang laju itulah kata2 yang pernah popular di tahun 90an..setiap hari ada sahaja kemalangan jalan raya yang membabitkan motor, motorcar, lori, beca kapal layar dan lain2..siapa yang  harus dipersalahkan dalam ini cerita di sebabkan oleh sikap dan kecuaian manusia..



mungkin kita boleh berikan satu sebab kenapa berlaku terjadinya perkara ini..memandu secara memBABI buta..bukan babi yang buta tapi manusia yang buta akan keadaan sekeliling tanpa mengira keselamatan orang lain..fikir secara positif ?? mungkin keadaan sakit perut yang memulas2 sedikit lagi nak terkeluar mungkin faktor ini penyebabnya..


setiap kali cinonex keluar kebandar mesti ada yang terbarai..ni la contohnya..don't try this at home..







ps - entry ini sengaja di karutkan untuk mendapatkan feel menaip..haha

aku bukan saidina ali



Nurul Salwa Al-Fateh. Pertemuan pertama kali dengan wanita hebat seperti Nurul Salwa Al-Fateh pasti tidak mampu dilupakan. Pelajar perundangan syariah yang sangat hebat tentang hukum agama. Penegak keadilan. Pembanteras kezaliman. Begitu tabik aku kepada Nurul Salwa Al-Fateh. Namun apa yang pasti, wanita ini sebenarnya amat sukar untuk didekati. Terlalu sukar. Wanita yang begitu sibuk beribadah dan berhubung dengan kekasihNya menyebabkan dia sentiasa menyendiri daripada kelompok manusia yang sibuk dengan kehidupan sosial masing-masing.



Jika dibandingkan aku dan Nurul Salwa Al-Fateh, terlalu jauh perbezaan kami berdua. Hidup Nurul Salwa Al-Fateh begitu mengikut syariat padahal aku pula banyak melanggarnya. Jauh di sudut hatiku, aku mahu memiliki Nurul Salwa Al-Fateh itu. Aku seperti telah jatuh hati pada wanita yang hujung namanya Al-Fateh itu. Tapi, bolehkah aku memilikinya? Sedangkan kehidupan kami berdua saja sudah boleh membezakan aku yang jahat dan dia yang baik. Hati ini sukar untuk dijangka. Bila aku tidak memerlukan cinta, ia datang menyinggah. Bila diperlukan, ia tidak mahu datang. Itulah lumrahnya perkataan yang bernama cinta.

Tetapi pada suatu hari, terjadi satu peristiwa yang telah mengubah kehidupanku. Aku bertemu Nurul Salwa Al-Fateh. Pada ketika itu, dia berada di perpustakaan kampus dan pada waktu yang sama, aku sedang mencari bahan rujukan untuk menyiapkan kerja khusus yang diberikan oleh pensyarah. Tiba-tiba, Nurul Salwa Al-Fateh memberi salam dan meminta aku mengambil buku yang berada tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku begitu terkejut dan terpegun dengan keindahan Nurul Salwa Al-Fateh. Memang benar kata para pelajar di sini, dia pelajar yang luar biasa.

"Errr... Encik? Boleh ambilkan saya buku yang tidak jauh dari tempat encik berdiri?"
Aku pun mengambil buku tersebut setelah lamunan aku terhenti. Aku memberanikan diri untuk bertanya padanya adakah betul dia Nurul Salwa Al-Fateh. Dia tersenyum. Aku sungguh terpukau dengan senyuman manis bersama lesung pipitnya itu. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berlalu seraya meninggalkan aku salam. Hatiku berdebar-debar. Aura Nurul Salwa Al-Fateh masih bersama denganku. Sejak dari itu, aku mula kerap ke perpustakaan agar sentiasa bertemu wanita hebat itu.

Ke mana saja dia pergi, aku pun mengikutinya. Segala aktiviti Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa aku ketahui. Sifat peribadinya tiada beza seperti Saidatina Fatimah Az-Zahra. Mungkin aku boleh samakan dia dengan Ummu Abiha itu. Nurul Salwa Al-Fateh sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu di masjid dan mengikuti aktiviti kebajikan. Sedikit demi sedikit, aku telah berubah. Dahulu gaya hidupku terlalu kebaratan. Di dalam rumahku ini aku sedar tiada sedikit pun sinar Islam. Botol arak tersimpan kemas di dalam almari. Maksiat bermaharajalela di rumah ini. Aku sangat berasa jahil dan sememangnya aku jahil dalam bab agama. Aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Aku tidak mahu tersesat di jalan yang lagi menyesatkan ini. Namun pada siapa harus aku bertemu?

Sedang asyik aku duduk di tasik buatan kampus, hadirnya wanita idaman semua lelaki. Nurul Salwa Al-Fateh bersama beberapa temannya menyapaku. Mungkin dia terlihat aku di dalam masalah. Entah bagaimana dia boleh tahu tentang masalah yang dihadapiku ini. Nurul Salwa Al-Fateh menyerahkan sekeping kertas yang tercatat padanya nama dan nombor telefon seseorang. Dia meminta aku untuk berjumpa dengan orang tersebut. Kemudian dia pun pergi bersama-sama rakannya dengan meninggalkan aku salam. Tanpa melengah-lengahkan masa, aku mengeluarkan telefon bimbit lalu mendail nombor tersebut. Perbualan antara aku dan Ustaz Muhammad tidaklah panjang. Aku hanya meminta untuk berjumpa.

Pada malam itu, aku berjumpa Ustaz Muhammad di sebuah masjid tidak jauh daripada kediamanku. Aku menceritakan segala kisah hidupku dan meminta Ustaz Muhammad membimbingku. Dengan hati yang besar, Ustaz Muhammad menerimaku sebagai anak didiknya. Kini aku mampu tersenyum. Aku mula belajar untuk mengambil wuduk kemudian solat. Setelah itu aku mula membaca surah-surah lazim. Bermula dengan surah Al-Fatihah dan 3 surah Qul. Dalam masa beberapa hari aku sudah menguasainya. Aku umpama bayi. Bayi yang mula-mula hanya tahu merangkak. Cuba berdiri dan berjalan tetapi pada suatu saat, aku tersungkur. Walaupun sering aku rasa kesakitan, tapi aku tidak mengalah. Aku berdiri lagi dan berjalan perlahan-lahan. Alhamdulilah, sekarang aku mampu melaksanakan perintah Allah yang menjadi perkara yang pertama dihisab di alam barzakh, solat.
Usai saja solat Zohor di masjid kampus, aku terserempak dengan Nurul Salwa Al-Fateh.

Aku menyapanya dengan memberi salam. Nurul Salwa Al-Fateh yang ketika itu bersama temannya memalingkan wajah ke belakang dan menjawab salam yang aku berikan. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menemukan aku kepada Ustaz Muhammad. Nurul Salwa Al-Fateh menganggukkan kepala dan berkata dia hanya membantu mempertemukan saja aku dan Ustaz Muhammad. Tidak lebih daripada itu. Ya Allah, wanita di hadapanku ini sungguh merendah diri. Sebelum meminta diri, aku sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya. Aku pun pergi meninggalkan Nurul Salwa Al-Fateh dengan sebuah senyuman yang telah aku khaskan buatnya.

Beberapa hari kemudian, aku mendapat khabar Nurul Salwa Al-Fateh dilamar oleh seorang ustaz. Ustaz Salahuddin Al-Ayyubi. Bekas pelajar Universiti Al Azhar. Tetapi ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Ramai lelaki yang telah cuba melamar Nurul Salwa Al-Fateh tetapi kesemuanya pulang dengan hampa kerana lamaran masing-masing telah ditolak olehnya. Lelaki-lelaki yang melamar Nurul Salwa Al-Fateh bukan calang-calang orang. Kesemuanya kuat agama dan merupakan anak orang berada. Di hatiku timbul satu soalan: Siapakah yang boleh mendapatkan Nurul Salwa Al-Fateh itu?

Seperti biasa, aku akan berada di masjid bersama-sama Ustaz Muhammad pada setiap malam Jumaat. Mengaji Al-Quran bersama dengannya. Memperbetulkan tajwid jika aku tersalah. Malam itu, aku merasakan bacaanku semuanya tidak betul sehingga Ustaz Muhammad menjadi hairan. Apakah yang bermain di fikiranku sebenarnya? Mengapa setiap bacaanku menjadi salah?

Ustaz Muhammad meminta aku berhenti membaca. Takut jika aku terus membaca, banyak lagi kesalahan yang aku lakukan. Aku rasa gundah gulana. Wajah Nurul Salwa Al-Fateh bermain di minda. Patut saja aku tidak boleh membaca al-Quran dengan baik. Ustaz Muhammad bertanya kepadaku andai aku mempunyai masalah. Aku telah menganggap Ustaz Muhammad seperti ayahku sendiri dan begitu senang untuk aku bercerita kepadanya. Aku menceritakan kepadanya mengenai Nurul Salwa Al-Fateh itu. Ketika aku bercerita, aku tidak mahu menyebut nama Nurul Salwa Al-Fateh.

"Kenapa tidak cuba untuk melamar wanita itu?" soal Ustaz Muhammad. Aku yang bersandar pada dinding masjid tersenyum.

"Saya dan wanita itu umpama langit dan bumi. Bagaimana untuk saya melamar wanita solehah itu padahal sebelum saya, ramai lelaki yang telah pulang dengan hampa kerana lamaran sudah ditolak. Jika saya yang pergi melamarnya, sudah pasti ditolak oleh wanita itu," jawabku. Tiba-tiba Ustaz Muhammad ketawa.

"Bagaimana kamu tahu kamu ditolak oleh wanita itu padahal kamu belum mencubanya? Belum cuba, kamu sendiri tidak akan tahu keputusannya bagaimana. Mungkin wanita itu akan menerima kamu sebagai suaminya," kata Ustaz Muhammad. Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Ustaz Muhammad.
Kemudian Ustaz Muhammad menceritakan kisah Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidatina Fatimah Az-Zahra. Aku mendengar penuh khsuyuk cerita yang diceritakan oleh Ustaz Muhammad. Cinta diam itu hanya dipendamkan kerana takut melebihi cinta kepada Allah. Namun cinta mereka itu disatukan juga. Aku begitu kagum kepada Saidina Ali bin Abi Talib yang begitu sabar bagi menunggu cintanya.

"Namun saya bukan Saidina Ali, ustaz. Saya hanyalah hamba Allah yang serba kekurangan. Saya mungkin tidak layak untuk wanita itu. Wanita itu terlalu baik dan solehah. Dia mungkin layak untuk orang lain. Bukan saya, ustaz," kataku kepada Ustaz Muhammad.
"Jika kamu bukan Saidina Ali, wanita itu juga bukan Saidatina Fatimah. Terlalu awal untuk berputus asa. Cubalah dahulu. Aku yakin kamu pasti akan memiliki wanita solehah itu." Kata-kata Ustaz Muhammad memberi aku semangat. Aku perlu mencuba dahulu agar mengetahui jawapannya. Aku melakukan solat hajat dan solat istikarah. Jika lamaranku ditolak, aku redha. Aku tahu aku tidak layak buat Nurul Salwa Al-Fateh.

Berbekalkan doa, aku memberanikan diri berjumpa orang tua Nurul Salwa Al-Fateh. Semasa aku bertemu orang tua Nurul Salwa Al-Fateh, aku begitu terkejut besar sehingga menyebabkan aku tidak dapat berkata-kata. Lelaki yang menjadi ayah kepada Nurul Salwa Al-Fateh itu adalah Ustaz Muhammad. Kedatanganku disambut dengan penuh gembira oleh Ustaz Muhammad. Aku berasa seperti dalam mimpi!

"Apakah kedatanganmu ke rumahku ini anak muda?" soal Ustaz Muhammad. Aku menjadi sedikit gementar. Ragu-ragu untuk meluahkan apa yang sudah tersirat di hati. Aku menarik nafas.
"Maaf kalau saya mengganggu ustaz, tetapi kedatangan saya ke sini membawa hajat yang besar. Saya tahu saya bakal ditolak tetapi saya mahu mencubanya dahulu. Saya ingin melamar Nurul Salwa Al-Fateh menjadi isteri saya. Menjadi peneman hidup saya," kata aku menyatakan kedatanganku kepada Ustaz Muhammad.

"Persoalan yang bermain di minda dan di hatimmu itu bakal dijawab sendiri oleh Nurul Salwa Al-Fateh. Andai dia menerima, aku juga akan menerima. Andai ditolak, redhakan saja," kata Ustaz Muhammad. Aku hanya menganggukkan kepala. Ustaz Muhammad pun memanggil Nurul Salwa Al-Fateh ke ruang tamu dan bertanya kepadanya sama ada dia menerima lamaranku atau menolaknya. Aku perlu bersedia.

"Abah, Salwa pernah mendengar ada lelaki yang mengatakan dia bukan sehebat Saidina Ali kerana kehebatan cinta Saidina Ali kepada puteri Rasulullah SAW. Sedangkan Salwa juga bukanlah Saidatina Fatimah Az-Zahra. Salwa juga ada kekurangannya. Setiap hari Salwa menunggu lelaki itu melamar, namun hampa. Sehinggalah hari ini, penantian Salwa telah tamat, abah. Lelaki itu hadir juga dan lelaki yang Salwa maksudkan adalah Muhammad Zoriffudin. Lelaki yang menjadi anak didik abah. Dengan itu, Salwa menerima lamaran lelaki yang ada di hadapan abah," jawab Nurul Salwa Al-Fateh. Aku rasa begitu gembira sehingga melakukan sujud syukur. Ya Allah, terima kasih!
Siapa menyangka penghujungnya indah? Aku yang dahulunya berfikiran akan ditolak oleh Nurul Salwa Al-Fateh, tetapi diterima lamaranku. Aku bukanlah sehebat lelaki-lelaki lain yang bekerjaya tinggi dan luas ilmu agama. Aku masih lagi dalam keadaan kekurangan. Kekurangan kerana tiada yang mengembalikan tulang rusukku yang hilang. Aku yang perlu mencarinya kembali dan akhirnya aku menjumpainya. Bertemu kembali tulang rusukku yang hilang dan tulang rusukku itu adalah Nurul Salwa Al-Fateh binti Muhammad.




ps - entry pertama setelah dua bulan dalam pantang..tq sesiapa yang share story ni pada cinonex dan cinonex share dengan mereka yang dah terbaca entry ni..haha

new update - sumber iluvislam

Sunday, 17 June 2012

keburukan merahsia perkhawinan!

assalamu'alaikum, bismillah..


nyata bukanya khayalan apa yang aku alami..kau jelma setelah menghilang kini berdiri di lamanku..teramat getir keadaan ini nak kubiarkan tak sampai rasa di hati..ahhh zahir tak terucap mengenai keburukan merahsia perkhawinan..


mungkin ada sebab kenapa ada kalangan manusia yang sengaja merahsiakan perkhawinan mereka..adakah sebab tidak mendapat restu keluarga?..adakah perkhawinan itu melibatkan poligami atau pun sebagainya..terlalu banyak perkara yang boleh di tafsirkan..


seperti yang kita ketahui perkhawinan itu seharusnya di hebahkan kepada orang ramai melainkan pertunangan..tak kira la sehebat mana pun ilmu tajwid, usulludin, fikh dan sunnahnya sekali pun..tetapi jika tidak mengambil kira mengenai maslahat antara keluarga, saudara mara mahupun keadaan sekeliling tidak membawa ke mana2..


pernah berlaku di suatu ketika seorang wanita yang merahsiakan perkahwinannya daripada keluarga dan mengetepikan walinya sendiri kerana keinginan dan kehendak diri yang ingin dipenuhi..alangkah rasa bahagia nya apabila hajat yang di dambakan tercapai..setahun berlalu hidup berstatuskan isteri kedua di rasakan bahagia panas sampai kepetang rupanya hujan pagi tu jugak..


ibarat menyimpan bangkai di dalam karung lama kelamaan berbau juga..perkara negatif mula kedengaran..pelbagai desas desus yang boleh di jadikan fitnah seperti 'khawin dahulu baru nikah'..terkena ubat guna2 sebab berstatus isteri kedua dan banyak isu yang ditimbulkan..kehidupan ibarat terkena histeria apabila jiran2 telah mengatahui status dirinya dan sering di asak dengan pelbagai persoalan yang di ajukan..tetapi masih menafikan sekeras2nya perkara yang sebenar..


seperti terkena sumpahan mak tanggang kepada anak nya..allah swt itu maha besar, allah swt itu maha melihat dan maha petunjuk..dikhabarkan si suami meninggal dunia kerana penyakit yang tidak di ketahui, mungkin sudah tiba masa nya di menghadap maha pencipta..gundah gulana si wanita tersebut, cuba bayangkan jika si suami meninggal dunia tetapi isteri tiada di sisi jenazah si suami..??..


meraung tak berlagu, nak datang ziarah pasti akan ada yang tertanya2 'siapa perempuan itu' ?..apa kaitan perempuan itu dengan jenazah sedangkan perkhawinan mereka masih menjadi satu rahsia..mungkin juga akan menjadi rahsia selama lamanya..


sekadar perkongsian apa yang cinonex rasakan merahsiakan perkhawinan itu adalah suatu perbuatan yang banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan..rasulullah kita sendiri berpesan perkhawinan itu seharusnya di hebahkan..kepada sahabat2 yang rasa nak kawen rahsia2 tu fikir sampai penat..











ps - tak pasal2 cinonex buat entry macam nih..:)





Thursday, 14 June 2012

keterangan jibril tentang pintu neraka ke tujuh

assalamu'alaikum, bismillah..


jam menunjukkan 6.02pm ketika cinonex menaip perkataan ini..sekadar pembuka bicara pembuka kata..mungkin di saat ini pasti ada mereka yang masih berhutang dek kerana lalai melayan perkara2 lagha di muka paparan laptop mahupan desktop..


lalai..ya manusia sering lalai dan leka dalam ape jua perkara yang dilakukan tak mustahil makan nasi pun boleh terlupa untuk membaca doa makan aptah lagi perkara2 yang lebih extreme..


sekadar peringatan sesama umat islam..




Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"


Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."


Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."


Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibril:

"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."


Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.


(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")











ps : salah silap sila perbetulkan hamba yang jahil ini..

Tuesday, 12 June 2012

mati hidup semula selapas tiga bulan?

assalamu'alaikum, bismillah..


salam kepada empunya diri, fuhhh dah belumut cinonexcoreyan.com ni..terlalu lama cinonex mendiamkn diri dari dunia yang penuh lagha nih..blog yang dahulu katanya boleh pergi jauh kini ternyata memang boleh pegi jauh..jauh kelaut..

  gambar ni tak ada kene mengena dalam ini cerita..sekadar iklan di petang hari..

ibarat seperti mati hidup kembali..3 bulan blog cinonex ni tak berupdate biasa la sibuk bisnes juta2 katakan..3 bulan tan berupdate merepek tetap macam dulu gak..











notatangan - ilang segala skil nak menaip..ada mase cinonex update la macam dulu2..