Monday 24 January 2011

13 tips orang nak kahwin

salam isnin..


harluu moga permulaan hari bekerja ni hapy2 dan senyum2 selalu ok..tapi jangan senyum lebih2 pulak..nanti orang kata gila ape kejap2 senyum..cinonex berjalan mencari ilmu yang masih kurang ni ha..terjumpa la satu artikel..mungkin ada yang dah tahu dan ada yang tak..cinonex rasa berguna sangat tips ni..tersenyum sampai ke telinga bila membaca..

tips ditujukan kepada mereka2 yang masih bujang..yang tak bujang pun boleh..yang nak masuk no 2 pun lagi la tersangat2 boleh..tapi jangan kata cinonex menyokong poligami ok..monopoli boleh..haha


1 - ketika mencari calon
janganlah mencari isteri..tapi carilah seorang ibu bagi anak kita..jangan lah mencari suami tapi carilah ayah bagi anak2 kita..

2 - ketika melamar
anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali gadis..tetapi meminta kepada allah swt melalui orang tua/wali gadis..

3 - ketika akad nikah
anda berdua bukan bernikah di hadapan penghulu tetapi menikah di hadapan allah swt..

4 - ketika resepsi pernikahan
catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda..kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai kerana menyia2kan doa mereka..

5 - ketika malam pertama
bersyukur dan bersabarlah..anda sepasang manusia dan bukan sepasang malaikat..

6 - selama menempuh hidup berkeluarga
sedarilah bahawa jalan yang akan di lalui tidak melalui jalan bertabur bunga..tapi semak belukar yang penuh onak dan duri..

7 - ketika biduk rumah tangga bergoyang
jangan saling berlepas tangan tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan..

8 - ketika belum memiliki anak
cintailah isteri atau suami anda 100%..

9 - ketika telah memiliki anak
citailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak2 anda masing2 100%

10 - ketika ekonomi keluarga merudum
yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri..

11 - ketika ekonomi berkembang
jangan lupa akan jasa pasangan hidup dan setia mendampingi ketika kita semasa menderita..

12 - ketika anda adalah suami
boleh bermanja2 kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan..

13 - ketika anda adalah isteri
tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut..tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan..


info dari iluvislam


jika difikir2 kan balik ada betolnya juga..tips untuk diri cinonex juga..haha














p/s..kalau ada jodoh tak kemana..


3 comments:

kindergartenlibrary said...

i like this !
=)

iena said...

betul betul...kalau jodoh takkan ke mana..hehe

Cik Ika Toppo said...

like (^__^)