Tuesday, 4 January 2011

artis ketagih dadah jenis syabu

dengar title saje macam hot..sume itu auta saja..hoho..tak ade kene mengena dalam ini cerita..tak ade kaitan dengan artis, pelakon,tukang kebun,penebar roti canai termasuk yang tengah ngintip ni dan sebagai nye..

cinonex beli syabu ni dari google

syabu tu ropenye macam mane??cinonex tak ngisap so cinonex tak penah la tengok weyy..jauhkan benda2 itu dari cinonex..hoho

syabu atau di kenali sebagai methamphetamin adalah sejenis dadah yang merangsang tenaga, tumpuan dan kekuatan deria..syabu juga di kenali dengan nama femes nye ice, diamond atau pun stone, kristal, kaca dan banyak lagi name samaran en syabu nih..bukan mad sabu ahli politik tu ok..

tu saja sedikit info mengenai syabu..cerita lebih2 kang kata cinonex ni macam teror jea benda2 macam ni..bukan teror ape..teror gebang orang..haha..nak lebih2 cari sendiri..banyak keburukan pada mereka yang ketagih syabu ni..


ni ape yang terjadi..kantoi nak seludup syabu ke luar negara..


KUALA LUMPUR: Kegagalan menembusi benteng kawalan pihak berkuasa di Indonesia menyebabkan sindiket dadah yang berpangkalan di Malaysia mula berubah angin dengan menjadikan Filipina sebagai pasaran terbaru memasarkan syabu.

Ini terbukti apabila beberapa rakyat Malaysia yang dijadikan keldai dadah oleh sindiket dadah tempatan diberkas pihak berkuasa Filipina sejak beberapa bulan lalu bersama hampir 40 kilogram (kg) syabu yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit.


Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, dalam kes terbaru, seorang rakyat kita diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Aquino Ninoy, Manila, Filipina, kelmarin ketika cuba menyeludup syabu yang dianggarkan seberat enam kilogram.

Difahamkan, dadah jenis methamphetamine hydrochloride yang boleh mencecah nilai lebih RM2 juta itu disembunyikan suspek di dalam beg bagasi.


“Berdasarkan maklumat awal, suspek yang dikenali sebagai Kean Hock, 47, tiba ke lapangan terbang itu kira-kira jam 6 petang selepas mengambil penerbangan dari Bangkok, Thailand.


“Bagaimanapun, kastam mengesyaki sesuatu tidak kena pada beg bagasi dibawa suspek sebelum pemeriksaan X-ray dilakukan. Hasil siasatan, pihak berkuasa menemui ruang sulit pada beg bagasi berkenaan yang diubah suai untuk menyembunyikan dadah terbabit,” katanya.

Menurutnya, suspek mengaku diupah membawa masuk dadah itu sebelum menyerahkannya kepada individu tertentu yang menunggu di sebuah hotel tempatan.


“Besar kemungkinan, suspek sengaja menggunakan tarikh sambutan tahun baru 2011 bagi menyeludup dadah terbabit dengan menyangka kawalan keselamatan di lapangan terbang longgar.

“Suspek diserahkan kepada pihak penguat kuasa dadah Filipina untuk tindakan lanjut,” katanya.


Kejayaan itu kes terbaru selepas seorang rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang sama selepas menemui 14kg syabu disorok dalam beg pakaiannya.

Dalam kejadian itu, suspek dikenali sebagai Teoh Chee Keong ditahan sejurus tiba dari Bangkok apabila pegawai kastam menemui sebahagian dadah itu dalam bagasinya.

Bagaimanapun, rakan suspek yang dikenali sebagai Richard Oh sempat melarikan diri sejurus mendapati Chee Keong diberkas.


Berdasarkan siasatan, kedua-dua suspek berkemungkinan bekerjasama dengan pegawai lapangan terbang itu yang dirasuah bagi membolehkan dadah terbabit dibawa masuk ke negara berkenaan.


Dua bulan sebelum itu, seorang lelaki warga Malaysia, How Eng Pheong, 20-an, diberkas pihak berkuasa lapangan terbang sama selepas dikesan cuba menyeludup syabu seberat 10kg yang disembunyikan di dalam beg bagasinya.


info dari metro.






p/s..jangan sesekali mencuba, menerai, mengetest dan sebagai nye najis dadah..ingatlah orang tersayang..hoho

2 comments:

azie idrus said...

xde ke care2 nak elakkan ketagihan syabu ni? sbb, dh try cari2 xjumpe laa.. hmm.. nk tlg membe, tapi mcm xde yg bg care2.. lebeh kepade ape itu syabu je, adoii...

cinonex coreyan said...

@azie idrus: cinonex rasa kalau nak elakan ketagihan tu memang tak boleh la kan..bila dah ketagih memang susah la nak buang..

pape pun kembali la pada yg satu..pasti ada jalan..insyallah =)