Friday 26 August 2011

kisah sejarah nabi muhammad - part 10

assalamualaikum..



salam jumaat hari baik bulan baik dah pun masuk ramadhan yang ke 26..ramai manusia2 yang dah memecut pulang ke kampung tak ketinggalan juga buat cinonex tonight..sg koyan ko tunguuuuuu cinonex balik..


sudah la mengarut benda yang tak ada kene mengena..

part 9



rom dan kaum muslimin


Kerajaan Rom - yang kerana kemenangannya kaum Muslimin telah turut gembira dan menganggapnya suatu kemenangan bagi agama-agama Kitab - penguasa-penguasanya tidak mahu bersusah payah mempelajari agama baru itu. Mereka memandang semua kemungkinan hanya dari segi politik semata dan yang difikirkan hanya nasib kerajaannya bila agama yang baru itu kelak mendapat kemenangan.


Oleh kerana itu mereka malah bersekongkol menentangnya, dengan mengirimkan pasukan besar-besaran - suatu sumber mengatakan seratus ribu, yang lain mengatakan dua ratus ribu - yang mengakibatkan timbulnya perang Tabuk. Pihak Rom ternyata mundur berhadapan dengan pasukan Muslimin - dengan Muhammad sebagai komandannya - yang hendak menangkis serangan musuh yang tidak diinginkan itu.


Sejak itulah kaum Muslimin dan kaum Nasrani berada dalam posisi permusuhan politik, yang selama berabad-abad berikutnya kemenangan berada di tangan kaum Muslimin. Selama itu lingkungan kekuasaan mereka membentang sampai ke Andalusia di sebelah barat, ke India dan Tiongkok di sebelah timur. Sebahagian besar daerah-daerah ini menerima agama baru itu dan bahasa Arab sebagai bahasa yang sudah ditentukan.


Setelah tiba masanya sejarah harus beredar, pihak Nasrani pun mengusir kaum Muslimin dari Andalusia, memerangi mereka dengan serangkaian Perang Salib. Mereka menyerang agama dan Nabi dengan cara yang sangat keji, disertai kebohongan dan fitnah semata-mata. Demikian kejinya mereka itu, sehingga lupa mereka tentang apa yang pernah disampaikan Muhammad 'alaihissalam dalam hadis-hadis dan dalam Qur'an melalui wahyu yang diturunkan kepadanya, bahawa Islam mengangkat martabat Isa 'alaihissalam setinggi yang diberikan Allah kepadanya.




bersambung next entry..salah silap sila perbetulkan..






p/s..pose yang yok..pagi2 aku pose la..

No comments: