Sunday 30 October 2011

antara lembu dan manusia mana lebih berharga?

assalamualaikum dan bismillah..



helooo..salam berhujung cinonex jeritkan pada sahabat2 yang kenal ke tak kenal ikut suke la kan..hujan mencurah2 di bumi pahang jika tidak dah tentu syaitanirrojim berbisik keluar la keluar la untuk mencuci mata..terasa rindu melihat buaya2pren menjolok karpet snuker dan tak lupa juga mereka yang golek bola bowling masuk lorong sebelah..


alahaiii cik kak kalau masuk longkang tu perkara biasa ni siap masuk lorong sebelah itu dah jadi luar biasa..cukup2 mukadimah karang meleret2 pulak entry ni..


antara lembu dan manusia boleh ke di samakan atau di beza2kan??..lembu tu dah tentu la spesis haiwan jinak..

ni ha rupanye lembu dan manusia


ehh tersilap upload gambar plak..aahh lantak la malas nak delete semula..patut la lain macam jea rupa lembu tu..yang awek tu pun muka macam bangga jea..kembang kuncup lOObang hidung tu ha..

ini lembu..ha baru betull..


tidak sesekali cinonex ingin membezakan malah membanding2 antara lembu dan manusia..jauh sekali tidak..cinonex terdetik dengan cebisan kata2 ''harga diri seorang wanita'' yang selalu kedengaran di telinga2..berapa harganya?? adakah seseorang wanita itu mempunyai nilai untuk di jual beli??..


bagi cinonex harga seorang wanita itu tidak ternilai harganye..tetapi!! jangan lah kamu2 merosakan mahar yang perlu suami kamu keluarkan untuk memilikimu..semakin hari semakin menular pelbagai kegiatan tak bermoral..ini la di katakan generasi yang semakin lumpuh dan sakit dengan ilmu agama..


harga seekor lembu betina paling tidak berjumlah rm2000.00 seekor..berapa pula harga seorang wanita?? jika berpeleseran dengan lelaki yang bukan muhrim..berpegangan tangan, berpelukan, bercium di khalayak ramai tanpa rasa segan silu dan konfiden nye..adakah berasa sudah seperti berada di syurga?? perlu di ingat tak mustahil kite tersungkur di pintu masuk syurga..murah kan nilai nye??


semakin maju dunia semakin menghampiri penghujungnye..bak kate pak pandir jangan la kamu menjadi ''seorang yang memiliki otak yang pandai, mempunyai akal yang boleh di gunakan, tetapi mengadai kebijaksanaan''..masing2 boleh menilai antara baik dan buruk..jadi la seorang hakim yang adil membuat keputusan diri sendiri jangan menjadi seperti tunggul rela jadi patung tunggu masa untuk di lelong ibarat suruh angguk-anguk suruh geleng-geleng..



bila bercakap bab agama terlalu banyak kelebihan menjadi seorang wanita muslimah..antaranya


1 - doa wanita lebih maqbul dai lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daipada lelaki..ketika di tanya kepada rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda : ''ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia2..

2 - wanita soleha (bail) itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh..

3 - seorang wanita solehah adalah lebiha baik daripada 70 orang wali..


cinonex bagi 3 jela..karang banyak2 berbuih pulak nak bace..banyak lagi kelebihan menjadi seorang muslimah..nak baca klik sini..



kata2 yang sering di kompangkan menjadi wanita itu indah, menjadi muslimah itu sangat indah, menjadi mukminah jauh lebih indah dan menjadi solehah itu adalah pilihan..mungkin entry ni berat sebelah..tidak menyalahkan kaum hawa sepenuhnye..kalau tepuk tangan sebelah masakan boleh berbunyi..dah tentu2 lah kaum adam pun lebih kurang jugak..


kaum adam sepatutnye yang menjadi pemimpin jalan yang sepatutnye..janganlah dirosakan lagi iman seorang wanita jika diri sendiri tidak beriman..harus tegur menegur antara kaum adam dan hawa..baru lah ada keseimbangan disitu..



antara lembu dan manusia yang mana lebih berharga??..si lembu yang tidak mempunyai akal fikiran pun bernilai..apatah lagi manusia yang mempunyai akal,nafsu dan kelebihan yang lain..fikir fikirkan















p/s..emm..harus keluar dari jalan yang bengkok, lurus kan kembali jalan yang telah engkau tingalkan..peringatan untuk diri sendiri..



No comments: