Monday 17 October 2011

sejauh mana tajamnye lidah anda?



assalamualaikum dan bismillah..


salam bermonday blues..rasa ketaq segala kepala lutut dek kerana terlalu lama tak menaip entry di blog ni..melalui hari2 suram dan kelam seperti meniti hari2 penghujung hidup..ahh cukup2 jangan nak mengarut la cinonex..bawa2 la kepada isu yang nak di gebangkan..


sejauh mana tajamnye lidah anda?? adakah setajam mata pedang mahupun pisau lipat tak pun pisau potong sayur yang mak korang buat potong sayur di dapur..ehh memang la tak kan buat potong kayu api pulak..itu cuma sekadar perumpamaan yang boleh di kelaskan..bahasa melayu itu indah kan..



tutur bahasa dan kata2 itu menunjukan identiti seseorang..kadang2 kite tak sedar ape yang kite perkatakan itu boleh menguris hati seseorang walaupun dengan niat yang terbaik..menegur dan memberi nasihat itu ada cara dan etika nye..masih teringat dengan kata2 sinis seseorang ''macam ni ke nak masuk syurga''..apakah reaksi anda?bagaimana raut wajah anda? bila diperkatakan seperti itu semasa anda melakukan sesuatu untuk keredhaan allah swt..dengan hati yang iklas dan terbaik walaupun tak seberapa ape yang telah dikerjakan untuk jalan allah swt..




beringatlah sahabat kisah lalu yang boleh membukakan mata dan fikiran kita..kasih sayang allah swt..

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.

Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"

"Neraka," jawab Allah.

"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.

"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.




kadang2 kerana mulut itu badan boleh binasa dan jangan sesekali menjatuhkan hukum kepada seseorang masuk syurga ataupun tidak kerana kite tidak berhak keatasnye..apa yang boleh cinonex katakan seseorang yang menjatuhkan hukum tanpa budi bicara adalah orang yang cetek ilmu..jangan kerana mulut kite berbuat orang berputus asa terhadap kasih allah swt..apa salah kite sokong dan beri kata2 dorongan..


terlalu banyak perkara yang cinonex dah sampaikan mengenai tutur bicara..sekadar menegur dan peringatan untuk diri sendiri..tak salah kan kalau kita mengunakan bahasa dan tutur bicara yang lebih baik..









p/s..rasa macam tak cukup lagi ilmu di dada ni..dan rasa macam lama sangat dah tak menaip..kualiti entry pun macam kurang..hehe

6 comments:

stellaizz said...

geli plak tgk lidah tu......

stellaizz said...

geli plak tgk lidah tu......

yusuflaili(Goku) said...

salam;
Nice entry..lidah berbisa dan bercabang.

Unknown said...

betul tu..kadang2 teguran yang melebih2 buat irg terase...kiter patut tengok diri kiter dulu kowt..meminte keredhaan Allah s.w.t dulu..nice info..=)

Seri said...

betol2~ kadang2, teguran yang tak beretika ni wat org tu lagi buat bende salah tu.cube tego elok2 kan? sejuk hati nak ikot =)

cik muda kecik said...

btul tu..kta mstilah tahu menjaga stiap tutur kata kita spya tiada y tersinggung...