Friday 21 January 2011

akan datang suatu zaman sedekah yang tak di terima

salam sumaat..


ha sumaat..ape ke pelik bunyi nye macam pelat jea..jumaat la cinonex..macam biasa la bila hari jumaat ni nak islamic2 tak banyak sikit pun jadi lah..hari tu cinonex pernah buat satu entry mengenai fadhilat bersedekah ni sebabkan pasal entry ni..kalau ada orang yang bace entry sekarang ni dan nak bace entry apa itu fadhilat bersedekah tenyeh sini..


cinonex akan cuba share mane yang cinonex tau..tak pandai mane pun..kalau salah silap tu tegur2 la..cinonex pun buah cempedak di luar pagar..

cinonex ambil dari google

hadis abu musa r.a : daripada nabi s.a.w bahawa baginda s.a.w telah bersabda :

umat manusia akan di datangi suatu zaman di mana lelaki berjalan ke sana sini membawa sedekah emas tetapi tidak ada seorang pun yang ingin menerima nya..

jangan jadikan diri anda sebagai salah seorang yang menghadapi nasib sedemikian kerana sukar untuk mencari penerima sedekah..bersedekah lah sekarang kerana fadhilat bersedekah amat besar sekali..



keutamaan
sedekah memiliki keutamaan dan pahala yang besar di dunia dan akhirat..hanya orang yang diinginkan allah s.w.t dan di berinya taufiqlah yang akan mendapatkan itu semua..keutamaan bersedekah ialah..


1) sedekah memenuhi perintah allah swt dan rasul nya..

2) sedekah sebagai pembersih dan pensuci diri dan sedekah akan menyuburkan rezeki..


3) orang mukmin mendapatkan perlindungan dengan bersedekah pada hari kiamat..


4) sedekah melindungi dari bahaya yang musibah serta menolak su'ul khatimah ( kematian/pengakhiran yang buruk )


5) sedekah merupakan bukti di atas kebenaran iman..


6) sedekah menyelamatkan seorang muslim dari belenggu hati..


7) allah s.w.t akan menggantikan harta orang yang bersedekah seperti keterangan dalam satu hadis :


nabi s.a.w menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi..yang satu menyeru..''ya tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana allah s.w.t''


8) pahala sedekah sentiasa mengalir kepada orang yang bersedekah walaupun selepas dia meninggal dunia..
sedekah menghapuskan kesalahan (dosa) dan menjauhkan kita dari api neraka seperti keterangan dalam hadis nabi s.a.w :

''sedekah itu menghapuskan dosa sebagaimana air memadam api''





so tepuk dada tanye selera..dah banyak cinonex sebut dalam2 entry cinonex mengenai sedekah ni..walaupun dengan seringgit besar fadhilat tu..seiklas hati kite..

apa yang di nyatakan adalah benar..bila berada di pengakhiran zaman..emas akan terdapat di mana2 sahaja..merata2 tempat..masa tu emas dah tak ada nilai sebab terlalu banyak..tak macam sekarang emas sangat berharga..renung2 kan lah..












p/s..see entry tiada mengarut..cinonex serius nih..