Thursday 13 January 2011

sifat orang hipokrit dari sudut islam macam....

salam..yehaaa..


cinonex bukan seorang yang hipokrit..kalau tak percaye tanye jiran rumah cinonex..nak cerita pasal hipokrit ni..sambungan dari cerita mulut manis punggung busuk..


"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yangmempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang."

Riwayat oleh al'Syaikhan dari Ibn. 'Amr.



sifat munafik ialah sifat2 hipokrit macam sejenis binatang sesumpah tu atau talam dua tiga muka tak pun musang berbulu ayam yang berpura2 jujur..coiiiii laa...seorang munafik ialah seorang yang pura2 baik dan jujur..

orang jenis ni telunjuk lurus kelinking berkait atau pepet di luar runcing di dalam..kalau bercakap mulut manisssss jea tapi gebang jea suma tu..auta lebih..pandai berbahasa sampai orang duk percaya cakap die..pandai berjanji tapi kencing lebih..sangat bijak buat janji tapi duk cabul janji sendiri..


bila berbalah asyik nak menang jea walau pun menegak benang basah..bab bodek atau mengampu memang teror..orang munafik ni die ada otak tapi tak ada pendirian..mudah sangat gadai pegangan hidup bila ada sesuatu kepentingan untuk dia..



oleh sebab tu islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum di landasan kesedaran..keimanan bahawa allah swt maha melihat dan maha mengatahui apa yang duk berendam dalam lubuk hati orang munafik ni..islam menganggap sifat hipokrit ni sebagai merbahaya yang boleh hancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang tu..


hadis ada menyebut empat ragam sifat orang munafik..

1) mencabul janji2 yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama..

2) ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya..

3) bercakap bohong, membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan2 dusta samada dengan lisan atau tulisan..memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar..

mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk bersesuaian dengan seleranya, membuat kempen2 atau promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata2 dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar..

4) khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah2 yang wajib di pelihara dan meremahkan amanah yang di berikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik2 nya yang di serahkan padanya..

kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah dan di berikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya..



sifat2 munafik ni boleh timbulkan kesan yang amat buruk pada ketenteram masyarakat manusia, malah boleh timbulkan huru hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain merupakan batu asas kerukunan masyarakat yang kukuh..


selagi ada manusia serupa ini kat atas muka bumi ni tak akan tenteram lah jawab nye..









p/s..benda ni sedang berlaku di depan mata cinonex..kalau cinonex sumpah tak percaya dah kat orang tu..ni karang percaya lagi tu..ibarat kau hulur kepala bagi orang sekeh..

2 comments:

Ina said...

tak suker org cam gini

penglipur said...

yea betul.