Tuesday 10 May 2011

cantik ke mewarnakan rambut?

assalamu'alaikum dan bismillah


helooo..selamat malam la cinonex ucapkan kepada mereka2 yang tengah membutakan mate korang..jangan fikir tidak2 bukan mata buta macam ala kasim tu..tapi membuat taik mata la ayat yang lebih sedap..cukup2 sekapur sireh..kejap lagi berbuih nak bace entry cinonex yang rasa panjang meleret2 ni ha..ape hukum warnakan rambut??




sabda nabi SAW yang bermaksud : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan


Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.


Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-


1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.



HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.


Dalil mereka :


a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.


2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.


3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.


Dalil mereka :


a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)

b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)


Sukar disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing..


kesimpulan hukum

Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.


Rujukan – Jabatan Agama Islam Selangor



cantik ke warna kan rambut ni??..dah elok2 rambut tu warna hitam..takkkk nak jugak rambut warna macam kene kencing tak pun macam kene racun rundap..eh betul ke eja macam tu..ah lantak la labu malas nak cek ejaan die..abis berkarat sane sini..



kaum2 wanita cinonex rasa ramai jea yang warna kan rambut..tapi tak nak sebut pasal wanita ni..nak sebut pasal lelaki..lelaki tak kurang hebatnye jugak..kau nak tranfom ke bila malam menjelma..kau nak jual stor kunyit ke ape nak warna2 rambut..


cinonex bukan ape..cube bayangkan kalau kite warnakan rambut..tup2 is dead secara tiba2..tak ke menyusahkan orang yang nak menguruskan jenazah kite tu??..fikir2 kan la kalau anda seorang muslim..cinonex tak kata cinonex baik cume terfikir..


pernah tak korang dengar satu cerita arwah datang dalam mimpi mak ayah die minta warna kan rambut die yang berkarat tu kepada warna rambut die yang asal??





p/s..salah silap sila perbetulkan..cinonex ni buah cempedak lagi..blum bertukar jadi nangka..haha

20 comments:

einz said...

nauzubillah lau mati tak smpt nak pulihkan rambut pd wane asal~ngeeeee,,,,ngerikan????

nano said...

insaf,,,nano penah inaikan rmbut,,tp dah lama dah,,, ~.T

penglipur said...

@einz miszmessy yea..x ke nyusahkan plak org yg nak uruskn jenazah tu nanti..fikir2 la =)

penglipur said...

@nano tak pela..dulu mungkn x tau kan..so dah tau jgn la ulang perbuatn lalu =)

MakNana said...

kalau Tuah nak colorkan rambut xpe kan...kan...hehehe...

Rambut...
Hitam itu menawan...
Kalau dah putih tu bwk2 la ingt kematian...Huhuu~~~

penglipur said...

@NuNu BeBeH bukan ke hitam itu perilly's..hehe..kalau rambut da putih tu die tak ingt2 lagi makne nye die tergolong dalam orang2 yang ego =)

aiex sepet said...

x prnh dgr plak citer psl arwah dtg mintak warnakan rambutnye ke warna asal..cinonex,habaq mai sket~

penglipur said...

@aiex sepet uihhh..kalau nak habq p..berbuih mulut nak cerita ha..=)

sud@is said...

tak elok mewarnai rambut... elok lagi original.....

penglipur said...

@S..U..D..@..I..S iyoo la..cantik ape warna hitam..lain la kalau org tu dah memang lahir2 jea kaler lain..hehe

Unknown said...

aku bangga dengan rambut ku.. gunakan jari pun boleh.. haha..
katakan tidak kepada pewarna rambut.. h0h0..^_^

Buuwa said...

syukur apa adanya...
yg pasti ori...;p

intan izani said...

rambut asli dah cantik dah... tak payah nak color2.

penglipur said...

@Buuwa iyooo betul la tu..

penglipur said...

@intan izani yea..ntah dah elok2 warna asal..nak jugak warna kaler lain

penglipur said...

@shezwan macam iklan syampo plak..haha

ziana said...

good info.. semoga menjadi panduan dan iktibar kpd yg dah kalerkan..Akak mmmggggg x kuasa benda gini..Buat hapa..ishhh teremotional pulak

risa said...

nice one!

iza said...

Tiba2 teringat kata2 seorang lecturer Cina di USM...
Dia kata "kenapa orang sekarang suka tiru beruk? Mungkin bulu beruk itu cantik kalau letak atas kepala"

Anonymous said...

natural kaler dah hitam . dah lawa la tu . yg nak kasik karat knp ?