Saturday, 21 May 2011

mekah adalah pusat bumi



assalamu'alaikum dan bismillah


helooo..penyakit lama sudah kembali..tetapi harus di kawal supaya ia tidak merebak kepada benda2 yang tiada isi..cinonex nak share sesuatu,dah lame dah tahu benda ni..mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu lagi..

tak kire la korang dah tahu sekali pun..cinonex nak share jugak tak banyak sikit pun jadi la..dapat jugak ilmu kan..



Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

kenapa begitu? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.


Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.


"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.


Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.


"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya


Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

sumber : email dari sahabat2 cinonex..




cuma yang tak pasti mengenai neil amrstrong pergi bulan..betul ke yang die pernah sampai ke bulan??atau sekadar rekaan semata2 dari pihak usa, nanti la cinonex godek2 semula ape yang berlaku mengenai nye..tapi bab kaabah tu dah pasti la cinonex meyakini keistimewaanye di bumi ini..






p/s..agak2 ada rasa insaf sikit tak betapa agung nye kebesaran allah swt..

23 comments:

Elle Elyssa said...

elle pernah baca dulu satu artikel tapi tak ingat kat mana. kan ada satu cerita dulu Rasulullah SAW pernah belah bulan, dan masa Neil Amstrong pergi ke bulan tu, dia boleh nampak ada rekahan kesan bulan terbelah. Wallahualam.

wildorchid said...

betul la tu...cuba lihat Kaabah guna google map...kawasan lain semua gelap..tetapi bumi Mekah...terang-menderang cahayanya...sesungguhnya Allah itu Maha Meliputi segala sesuatu..

**::CIKNUURUL::** said...

ni bkn insaf sket,..dh bnyk insaf ni cinonex sbb ilmu ni ilmu bru bg CN,.sblm ni mmg dh tau ttg kaabah adlh pusat bumi,tp yg strusnye ttg grvti pe suem tu bru je tau,.thanks share info,.ya Allah,betapa hebatnye ciptaan Allah,.ni kne cite kt bdk2 ni,.hurmm,.

ArulchelseA said...

dengar2 pasal neil pegi bulan tu tipu..semua dilakonan dekat bumi je..

cik kacak said...

thank you share info ni - teringin betol nak pergi Mekah ;)

miss lyzeer said...

Subhanallah...dulu2 penah kecoh segi tiga bermuda tu pusat bumi..
tapi kita tahu kebenarannya

HALIM said...

Kuasa Allah. Sangat kagum!

mad khaz said...

subhanallah :)

neil armstong xpernah sampai bulan kot,tu smer gmbr probs dalam studio XD

Syuxer said...

ni info tak pernah lagi aku baca..tq bro...tapi pasal neil pi bulan,aku x caya langsung..bab mekah tuh aku caya...:)

harrazdani said...

pasal neil tu....mungkin ada benarnya beliau tak sampai pun ke bulan....watak neil tu sebagai satu cara amerika nak buktikan mereka juga maju dalam bab ilmu aeroangkasa ni berbanding negara rusia. kaabah memang pusat bumi...allah maha besar.

cinonex coreyan said...

@Elle Elyssa yupp.pernah gak dengr cite tu..tapi wallahualam la..tak ade bukti yg mengatakn die nmpk..hanye allah swt saje yg mengatahui :)

cinonex coreyan said...

@wildorchid yup..betul2..tak perlu bersuluh dah mmg terang..hehe

cinonex coreyan said...

@**::CIKNUURUL::** yup..kdng2 bila bace artikel mcm ni..meramang bulu roma..subhanallah..besar kan :)

cinonex coreyan said...

@ArulchelseA bnyk jgak yg cinonex bace kate si neil tu tak sampai pun

cinonex coreyan said...

@cik kacak insyallah,allah swt akn permudahkn jalan jika kite ada niat nak ke tanah haram tu..cinonex pun teringin sangt..huhu

cinonex coreyan said...

@harrazdani yup..betul2..sebab tu si neil tu hanye mampu mendiamkn diri saje..

Far8 budak baik said...

ibu farid penahhh cite gakk..
kadang 2 burung2 pun ikut tawaf sekali mengelilingi kaabah...
mmg nk sgt pi sana nnti..

Far8 budak baik said...

ibu farid penahhh cite gakk..
kadang 2 burung2 pun ikut tawaf sekali mengelilingi kaabah...
mmg nk sgt pi sana nnti..

shezwan said...

subhanAllah.. thanx for the sharing yawwW!^_^

Siti Aziz said...

Semua ciptaan Dia, tiada tandingannya..

geram said...

Allah maha besar..nice entry..

NuNu BeBeH said...

ALLAH~~~
Rindu kaabah...:)

Varief blog said...

betul lah itu..