Friday 17 June 2011

kisah sejarah nabi muhammad - part 6

assalamualaikum dan bismillah


heloo..salam jumaat penghulu segala hari..hari baik bulan baik salam cinonex ucapkan semua pada rakan2 blogger..macam biasa setiap jumaat cinonex akan posting entry islamiyah, tak banyak sikit pun jadi la kan..

part 1 part 2 part 3 part 4 part5..




sambungan dari part 5

dasar2 yang sederhana dalam kedua agama


Kemudian kita melihat kedua agama ini mempunyai konsep tentang hidup dan akhlak yang dapat dikatakan sama. Keduanya memandang manusia dan awal mula penjadiannya sama: Allah menciptakan Adam dan Hawa dan keduanya ditempatkan dalam syurga, kemudian diwahyukan jangan mereka mendengarkan godaan syaitan.



Tetapi mereka makan juga (buah) dari pohon itu, maka merekapun keluar dari syurga. Syaitan yang tidak mahu tunduk kepada Adam, adalah musuh mereka - sebagaimana diwahyukan Allah kepada Muhammad - dan yang tidak mahu menyucikan kalimat Allah, menurut kitab-kitab SUCI kaum Nasrani. Syaitan memperdayakan Hawa dan memujuknya. Lalu Hawapun memujuk Adam dan keduanya sama-sama makan dari Pohon Abadi itu.



Kerana itu, maka tampaklah aurat mereka. Merekapun minta ampun kepada Tuhan dan Tuhan mengirimkan mereka ke bumi, yang akan jadi saling bermusuhan di antara sebahagian keturunan mereka, dan yang akan diperdayakan syaitan, sehingga akan ada golongan yang sesat dan ada pula yang akan melawan kehancuran itu.




Untuk memperkuat perjuangan manusia melawan godaan dosa itu, Tuhan telah mengutus Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain, dan kepada setiap rasul itu disertakan pula kitab (wahyu) menurut bahasa masyarakat lingkungan untuk memperkuat apa yang datang dari Tuhan dan memberi penerangan kepada mereka.



Sebagaimana juga di pihak syaitan ada barisan yang membela nafsu kejahatan, juga para malaikat memuja dan menguduskan kesucian Tuhan. Masing-masing mereka itu saling berselisih menghadapi hidup dan alam ini sampai Hari Kebangkitan, tatkala setiap jiwa kelak akan memperoleh hasil sesuai dengan apa yang dikerjakannya, dan takkan ada seorang teman akrab pun yang sudi menanyakan teman lainnya.








bersambung part 7..




p/s..salah silap sila perbetulkan..

2 comments:

Niena Muhammad said...

:) perkongsian yg bagus..
erm.. klo kt mesia mmg la pelik sbb xdibuat org ...hehe

penglipur said...

@niena shopping2u ni komen pasal entry pegang tangn tu eak..hehe