Monday, 4 July 2011

kisah cinta sejati

assalamualaikum dan bismillah..



haiii..penat dah cinonex pergi betapa beberapa hari ni..cinta sejati pernah tak manusia memiliki cinta sejati seperti yang cinonex nak ceritakan..kalau di tanye kepada cinonex dah tentu2 la tak pernah..sebab cinonex ni kan playbuaya mane main cinta2 sejati ni..tukar awek macam tukar baju..ok semua tu cinonex tipu jea..saja nak menyedapkan cerita..


semua orang ada perasaan cinta..cinta dan sayang ibarat macam monitor dan tetikus saling memerlukan..cinta ada macam2,cinta pada manusia,cinta pada maha pencinta cinta pada haiwan dan sebagainye..kerana cinta juga buleh buat manusia buleh bertukar menjadi super saiya..ahh ape mengarut da..cinta boleh buat manusia ilang kewarasan seketika..




cinta sejati pada zaman rasulullah kita..


Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.


Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu.


Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi." Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah.


Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.





moral dan iktibar



Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak..


Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.



itulah perasaan tsauban pade baginda rasulullah kite..adakah anda berasa seperti yang tsauban rasakan??..ada ke perasan cinta dan rindu pada rasulullah dalam diri anda?? apa yang korang ingin lakukan jika rasulullah berada di depan mata anda??



bukan sahaja kite perlu taat pada allah swt tapi pada rasulullah kite juga..sapa lagi yang nak menegur atau mengingati selain dari orang yang berada di sekeliling kite..kadang2 kite lupa dan leka..ni tak asyik ingat rindu cinta pade buayapren dan gepren jea tau..







p/s..salah silap sila perbetulkan..tiba2 hati ku terdetik ingin menulis entry seperti ini..

10 comments:

Fathiah Hamim said...

fa share =)

anisyafrina said...

nice entry... ^__^ rase insaf sekejap..

TYNTHA LANA said...

tima kasih cino singgah..dapat baca entry ni..hurmm..kadang2 terpikir, betapa dalam nya cinta para sahabat terhadap Rasulullah dizamannya..makin jauh dari zaman tu, makin kurang pula rasa cinta umat baginda kepadanya.

cinonex coreyan said...

@Fathiah Hamim share la..buat untuk bacaan sendri sbenarnye..tapi kalau ada orag nak share tu silakan di alu2 kan..

cinonex coreyan said...

@anisyafrina aik kejap jea ke insap nye..hehe

cinonex coreyan said...

@TYNTHA LANA yea..kadng2 kite perlu tanye pade diri sendri..ada ke sifat2 tu dalm diri kite?di mana kite nanti bila di akhirat??huhu takuttt wooo

Nurulee said...

betul betul. masing masing kena muhasabah diri. adakah perasaan cinta kepada Rasulullah mcm tu wujud dlm diri kita? :)

ChaCha said...

mekasih cino ingatkan... :)

cinonex coreyan said...

@Nurulee tu la..kadng2 tertanye2 dalam diri sendri..huhu,terasa sunguh jahil diri ni..

cinonex coreyan said...

@ChaCha siapa lagi yang nak ingatkan kalau bukan sesama manusia :)