Friday 30 September 2011

kisah sejarah nabi muhammad - part 11



assalamualaikum dan bismillah..


heloo salam penghulu segala hari..sedar tak sedar dah pun penghujung bulan syawal..terlalu deras mase berlalu..sambungan kisah sejarah part 10..





Penulis-Penulis Kristian dan Muhammad



Ketika menghuraikan, pandangan penulis-penulis Kristian sampai pada pertengahan abad kesembilan belas, sehubungan dengan adanya mereka yang berprasangka jahat terhadap Muhammad Dictionnaire Larousse menyebutkan demikian: "Dalam pada itu Muhammad masih tetap sebagai ahli sihir yang hanyut dalam kerosakan akhlak, perampok unta, seorang kardinal yang tidak berhasil menduduki kursi Paus, lalu menciptakan agama baru untuk membalas dendam kepada kawan-kawannya.


Cerita-cerita khayal dan cabul banyak terjadi dalam sejarah hidupnya. Sejarah hidup Bahaume (Muhammad) hampir terdiri dari hasil lektur semacam itu. 'Cerita Muhaimmad' yang disiarkan oleh Reinaud dan Francisque Michel tahun 1831 melukiskan kepada kita pandangan orang-orang yang hidup dalam Abad Pertengahan itu tentang dia.


Dalam abad ketujuh belas Bell memberikan suatu tanggapan tentang sejarah yang sifatnya merendahkan arti Qur'an dengan suatu tinjauan berdasarkan sejarah. Sungguhpun begitu ia masih diliputi oleh ketentuan-ketentuan yang salah mengenai dirinya. Akan tetapi dia mengakui, bahawa ketentuan moral dan sosial yang dibuatnya tidak berbeza dengan ketentuan Kristian, kecuali soal hukum qisas (Lex Talionis?) dan polygyny."


Dari sekian ramai Orientalis yang telah membuat analisa tentang sejarah hidup Muhammad, ada seorang di antaranya yang agak jujur, iaitu penulis Perancis Emile Dermenghem. Ia memperingatkan kolega-kolega yang menulis tentang agama ini dengan mengatakan: "Sesudah meletus perang Islam-Kristian, dengan sendirinya jurang pertentangan dan salah-pengertian bertambah lebar, tambah tajam.


Orang harus mengakui, bahawa orang-orang Baratlah yang memulai timbulnya pertentangan itu sampai begitu memuncak. Sejak zaman penulis-penulis Bizantium, tanpa mahu bersusah payah mengadakan studi -kecuali Jean Damasceme- telah melempari Islam dengan pelbagai macam penghinaan. Para penulis dan penyair menyerang kaum Muslimin Andalusia dengan cara yang sangat rendah.


Mereka menuduh, bahawa Muhammad adalah perampok unta, orang yang hanyut dalam foya-foya, mereka menuduhnya ahli sihir, ketua bandit dan perampok, bahkan menuduhnya sebagai seorang pendeta Rom yang marah dan dendam kerana tidak dipilih menduduki kursi Paus ... Dan yang sebahagian menyangkanya ia adalah tuhan palsu, yang oleh pengikut-pengikutnya dibawakan sajian berupa kurban-kurban manusia.


Bahkan Guibert de Nogent sendiri, orang yang begitu serius masih menyebutkan, bahawa Muhammad mati kerana krisis mabuk yang jelas sekali, dan bahawa tubuhnya kedapatan terdampar di atas timbunan kotoran binatang dan sudah dimakan babi. Oleh kerana itu, lalu ditafsirkan, bahawa itulah sebabnya minuman keras dan daging binatang itu diharamkan.


Di samping itu ada beberapa nyanyian yang melukiskan Muhammad sebagai berhala dari emas, dan mesjid-mesjid sebagai kuil-kuil kuno yang penuh dengan patung-patung dan gambar-gambar. Pencipta "Nyanyian Antakia" (Chanson d'Antioche) membawa cerita tentang adanya orang yang pernah melihat berhala "Mahom" terbuat dari emas dan perak murni dan dia duduk di atas seekor gajah di tempat yang terbuat dari lukisan mosaik.


Sedang "Nyanyian Roland" (Chanson de Roland) melukiskan pahlawan-pahlawan Charlemagne menghancurkan berhala-berhala Islam, dan menyangka bahawa kaum Muslimin di Andalusia itu menyembah triniti terdiri dari Tervagant, Mahom dan Apollo. Dan "Cerita Muhammad" (Le Roman de Mahomet) itu menganggap, bahawa Islam membenarkan wanita melakukan polyandri.


"Cara berfikir yang penuh dengan kedengkian dan penuh legenda itu tetap menguasai kehidupan mereka. Sejak zaman Rudolph de Ludheim, sampai saat kita sekarang ini, masih ada saja orang-orang semacam Nicolas de Cuse, Vives, Maracci, Hottinger, Bibliander, Prideaux dan yang lain. Mereka itu menggambarkan Muhammad sebagai penipu, dan Islam merupakan sekumpulan kaum bidat. Semua itu adalah perbuatan syaitan.


Kaum Muslimin adalah orang-orang buas sedang Qur'an adalah suatu gubahan yang tidak berarti. Mereka tidak membincangkannya secara sungguh-sungguh, kerana sudah dianggap tidak ada artinya. Tetapi, dalam pada itu Pierre le Venerable, pengarang pertama yang telah menulis risalah anti Islam di Barat dalam abad kedua belas telah menterjemahkan Qur'an ke dalam bahasa Latin. Dalam abad keempat belas Peirre Pascal termasuk orang yang mahu mendalami studi-studi tentang Islam. Innocent III pernah melukiskan Muhammad, bahawa dia adalah musuh Kristus (Antichrist).


Sedang abad Pertengahan menganggap Muhammad seorang heretik (melanggar ajaran agama Kristian). Orang-orang semacam Raymond Lulle dalam abad keempat belas, Guellaume Postel dalam abad keenam belas, Roland dan Gagnier dalam abad kelapan belas, Pendeta de Broglie dan Renan dalam abad kesembilan belas, mempunyai tanggapan yang beraneka ragam. Sebaliknya orang-orang semacam Comte Boulainvilliers, Scholl, Caussin de Perceval, Dozy, Sprenger, Barthelemy Saint-Hilaire, de Casteries, Carlyle dan yang lain, pada umumnya mereka memperlihatkan sikap jujur terhadap Islam dan Nabi, dan kadang memperlihatkan sikap hormat.


Sungguhpun begitu, dalam tahun 1876 Droughty bincang tentang Muhammad dengan mengatakan: "Itu Arab munafik yang kotor." Sebelum itu, dalam tahun 1822 juga Foster telah mencacinya. Sampai sekarang sebenarnya masih ada musuh-musuh Islam itu yang bersemangat."


Kita sudah melihat, bukan, penulis-penulis Barat itu, begitu rendah menyerangnya? Juga sudah kita lihat kegigihan mereka selama berabad-abad yang mahu menanamkan rasa permusuhan dan kebencian di kalangan umat manusia. Padahal di kalangan mereka itu ada orang-orang yang sudah mengalami zaman yang biasa disebut zaman ilmu pengetahuan, zaman riset dan zaman kebebasan berfikir serta adanya deklarasi persaudaraan antara sesama manusia.


Dengan adanya orang-orang yang jujur dalam batas-batas tertentu telah mengurangi juga adanya pengaruh yang menyesatkan seperti yang diisyaratkan oleh Dermenghem itu. Di antara mereka ada yang mengakui kebenaran iman Muhammad membawakan risalah itu yang dipercayakan Allah kepadanya melalui wahyu yang harus disampaikan. Ada pula yang sangat menghargai kebesaran Muhammad dalam arti rohani, ketinggian akhlaknya, harga dirinya serta jasanya yang tidak sedikit.


Ada yang melukiskan semua itu dengan gaya yang kuat dan indah sekali. Meskipun demikian, pihak Barat masih juga berprasangka buruk terhadap Islam dan terhadap Nabi, kemudian demikian beraninya mereka itu sampai-sampai di daerah-daerah Islam sendiri kalangan misionaris melancarkan penghinaan yang begitu rendah, dan berusaha membelokkan kaum Muslimin dari ajaran agamanya kepada agama Kristian.









p/s..salah silap sila perbetulkan..bersambung ceritera next entry ok..

2 comments:

aliza said...

info berguna untuk dibaca.. tq

Anonymous said...

waah !next !