Sunday, 1 January 2012

jangan hidup bahagia atas air mata orang lain!

assalamualaikum dan bismillah..



haluuuu..pehhh rasa tangan dah berkarat kerana terlalu lama tak menaip entry..sekembalinya cinonex dari pertapaan kini kembali dengan semangat baru..coiiii betul la setiap kali nak mula menaip mengarut tak habis2..bawa2 la bertaubat cinonex kerana mulut santan binasa..betul ke pepatah tu...ahh lantak la labu bukan ada orang kesah pun..


jangan hidup bahagia atas air mata orang lain??..memandangkan musim cuti sekolah sudah pun ke penghujung nye..dah tentu lah minggu2 terakhir hari tu ramai rodong2 yang bertunang berkahwin dan tak ketinggalan juga mereka yang bercerai berai..cinonex tak sampai seru lagi so ini cerita tiada kena mengena dengan diri cinonex..


siapa yang tak mahukan kebahagiaan dalam hidup?? kalau ada yang rasa sedemikian lebih baik jadi basikal daripada jadi manusia..kebahagiaan sering di cari bagi mereka yang bertuhankan nafsu lebih dari akal..adakalanya sangup meningalkan kebahagian yang telah lama di bina demi memuaskan kehendak dan keinginan diri sendiri..dah tentu2 frust menonggeng kepada pasangan yang telah diberikan harapan..


ada juga yang sudah merancang bertahun2 lamanya untuk hidup bersama akhir nye tergolek di pertengahan jalan..tiada lagi doa2 dia jodoh ku mahupun jodohkan la aku dengan nya..tiada la usikan darah manis dari rakan2 yang terdekat..ya sudah tertulis di lohmahfuz sehebat mana setia seseorang itu..setinggi mana pun dia merancang dalam perhubungan itu..sejauh mana sekalipun menunggu mahupun sekeras mana sekalipun bersabar..sejujur mana sekalipun ia menerima seseorang itu..jika allah swt tidak menulis untuk tidak bersama ia tetap tidak akan bersama..


sama juga la seperti mutiara kata yang biasa kita dengar..jika seribu tangan yang menghalang jika sudah tertulis dia jodoh kita, kita tetap bersatu..tapi jika susah tetulis dia bukan jodohnya seribu tangan yang membantu sekalipun ia tetap tidak akan bersatu..



bagaimana pula dengan janji2 manis untuk bersama telah di kianati?? ibarat mulut manis punggungnya busuk..sangup mencabul janji2 sendiri..cukup perit dan pedih untuk menerima sebuah kenyataan..masih ingat dengan satu peristiwa di mana :


dari abdullah bin abul-khansa katanya..saya pernah mengikat janji dengan rasulullah s.a.w..sebelum baginda di angkat menjadi nabi..ada barang yang saya janjikan akan saya bawa ke tempat yang telah di persetujui..tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan keesokanya..maka saya mendatangi nya pada hari ke tiga dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya..bila saya sampai maka baginda berkata ''wahai orang muda engkau menyakitiku dengan janji mu kerana saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu''.


begitu la sakitnya seseorang itu apabila janjinya dikhianati / tidak menunaikan janji..usah berjanji jika kamu tidak pasti kelak di kemudian hari akan tergolong dalam golongan orang yang munafik..


telalu banyak perkara yang boleh disembangkan mengenai perhubungan sesama manusia..bagaimana pula dengan cinta tak berbalas??..kejam kah die kerana melakukan perkara atas kehendak nafsu?? sedih sudah pasti jiwa tentu meronta2 minta diberikan tonik..fitrah seorang manusia sangat pelik berhak menyukai sesiapa saja..tak kira secara mengejut mahupun perlahan2..kita tidak boleh menghalang dari menyukai sesiapa tetapi kita boleh mencegah maruah kita dari tercalar dek kerana cinta tak berbalas..


jangan sesekali menzalimi diri sendiri dan jangan sesekali mengharap cintanya..karang tak pasal2 susah hati sedih kecewa sedangkan dia tengah berjimba..jadi jika anda jatuh hati perlulah kawal diri dan emosi serta perilaku..jika masih tiada apa2 perubahan jangan rasa malu2 segan dan konfidenya tekan minyak masuk gear jalan jangan toleh ke belakang lagi..kasi buybye sama die sebelum maruah anda akan lebih tercalar..kenapa perlu kite mengharap pada orang yang tidak sudi..??



so bagi cinonex jangan lah hidup bahagia atas airmata orang lain kerana perbuatan kita yang menguris hati..tidak mustahil jika kite bahagia hari ini..hari ini juga kite boleh derita..tanamkan la sedikit rasa berperikemanusian sesama manusia dan sesama agama..sangupkah anda melihat orang lain sedang derita sedangkan kita sedang bergumbira??..










p/s..lama cinonex tak menulis..rasa macam ntah ape2 yang di bebelkan..haha

5 comments:

ChaCha said...

hurmmm, yang sudah tu sudah lah...mungkin senang ungkap kata tu..dalam hati masih kriuk2 sakitna. adalah yang terbaik untuk kita allah dah tetapkan...insyaallah.

P/S: ko ni, haishhh...mcm tau2 je... :P

Detective Fiqa said...

wow. nice :)
but. Allah itu maha ADil :)

SaKiNaH (*_*) said...

takutlah saya nk bercinta mcm nie.. huhuhu

khairul said...

asam garam kehidupan

Anonymous said...

ini jugak terjadi padaku…aku nak share sama-sama kisah ini agar semua dapat menilai mana intan dan kaca..
“DIA BAHAGIA ATAS AIRMATA WANITA LAIN” (shortcut)
Bukan aku xmampu menerima takdir Allah… Semua ini telah tertulis sejak azali… Namun aku manusia biasa.. Aku juga perlu penjelasan kenapa?? Mengapa?? Dengan kejamnya kau yg bernama SITI FATIMAH MOHD KADRI meragut kebahagiaan wanita lain?? Bukankah kau sudah tahu dia sudah bertunang?? Saat ini.. Jika engkau tidak muncul mengganggu hidup kami pastinya aku dan dia sdg sibuk menyediakan persiapan hari bahagia kami… Keluarga sanak saudara turut sama membantu.. Indah kan??

Namun kini impian hanya tinggal kenangan…dan aku syukuri apa yg telah terjadi.. Hal ini menyedarkan aku.. Jika skrg dia boleh tinggalkan aku tanpa kata bergantung tidak bertali.. Xmustahil dia juga boleh tinggalkan aku dgn anak2.. Pastinya lebih perit dan menyakitkan…dan tak mustahil juga ini akan terjadi pada kau…. Sesungguhnya kita merancang tetapi perancangan Allah lebih sempurna…..bernafas pun kita meminta2 ehsan dari Allah.. Siapalah kita utk menidakkan takdir Allah??

Komen ini hanya utk menerangkan keadaan sbnr.. Nilai la dgn mata hati.. Bkn simpati yg aku minta.. Cuma sebuah pengertian dan kepercayaan…Bila ini terjadi semua menunding jari menyalahkanku atas semua kesalahan yg dilakukan oleh org lain….kerana aku tidak mempunyai watak seorang wanita muslimah… Biarlah aku jadi diriku yang sbnr dari hidup penuh kepuraan…