Friday 13 January 2012

rahsia lima jari?

assalamualaikum dan bismillah..


helooo..dah seminggu tak terusik blog cinonex ni ha..kalau macam ni memang boleh pergi jauh blog ni, jauh ke laut..dan mood nak menaip entry pun ke laut juga..malas nak menaip beriya sampai berbuih mulut orang nak bace nanti..tu pun kalau ada orang sudi bace entry ni la..


rahsia lima jari..manusia je yang sebelah tangan ada 5 jari kalau ada terlebih terkurang tu faham2 sendiri la..spesis kat muka bumi yang lain cikgu cinonex tak sempat nak ajar mati tergeliat tangan masa nak taip rahsia ni la..ahhh sudah2 mengarut..



rahsia lima jari anda.


1 - cuba tengok jari anda..genggam kuat2 jangan ramas pulak dan angkat tangan ke atas sambil laung ''allahu akbar''..itu lah rukun islam yang mesti di angkat dan di junjung..


2 - luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam2..itu lah kewajipan solat lima waktu jangan di abaikan..


3 - letakan jari anda di atas meja, kerusi atas lantai ke ikut suka la..mula dengan jari kelinking yang kecil dan kerdil di ibaratkan manusia dan apa benda pun akan bermula dengan kecil dan membesar terus membesar..itulah fitrah dan alam seluruhnya semua bermula dari kecil..kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi kesan pada kehidupan masa hadapan..


4 - lihat jari kedua iaitu jari manis..macam itulah juga dengan usia remaja semuanya swet dan manis belaka semanis jari manis..di usia remajalah kita sering di duga dengan pelbagai dugaan dan cabaran..hanta iman dan takwa sahaja yang akan menunjukkan jalan kebenaran..


5 - jari ke tiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita..ramai orang minat dengan jari hantu ni lebih2 tengah mencarut..di usia 30an kita dah punya status dan ekonomi serta kerjaya yang teguh tapi kena hati2 sebab banyak langau2 pengacau yang datang mengoda macam lalat hurung taik..hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jeles dan segala macam hantu..jika gagal kawal emosi khuatir masuk perangkap nafsu dan syaitan..so haruslah melipat kali gandakan ibadah..


6 - jari telunjuk..jari inilah yang mengungkap satu dan esanya allah swt ketika solat..genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah..jadi contoh dan tauladan pada jari2 yang lain..macam tu la juga kita perlu jadi role model untuk generasi yang akan datang..


7 - akhir sekali renung la ibu jari..dah la besar gemok pulak tu..berbanding dengan jari2 yang lain..ibu jari lah yang paling hebat dan membanggakan..kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tak ada ibu jari??..nak genggam nak pegang sesuatu cukup susah..untuk generasi muda nak buat apa2 jadikanlah orang yang lebih berusia dan berpengalaman..kalau kita ikut pada petunjuk mereka boleh la gebang ''good'' takpun ''yes'' sambil thumbs up..



sumber : sumber2 yang boleh dipercayai..tq kepada mereka yang menge mail kan benda alah ni..cinonex gubah sikit2 supaya santai untuk di baca..peace












p/s..malas nak menaip pakai jari tangan, cinonex pakai jari kaki ni..sila percaya!!





4 comments:

Karya Hati said...

ade pun entry ko...aku ade je bace...muahahhaha

Unknown said...

nice entry..bole jdkn panduan ni..

Nilam suhana said...

hur... thanks untuk maklumat nih...:)

naiemah_ramli said...

trima kasih ats prkongsian :)
nice entri.. :)