Friday 18 February 2011

penerbangan terakhir ke akhirat

as salam saidul aiyam


helooo...pekerja yang sangat bagus dan berdidikasi sampai dekat pukul 12 baru nak masuk opis orang lain dah nak balik pegi solat jumaat dah..bukan curi tulang tinggal daging ok..jangan fikir yang tidak2..memandang kan hari ni jumaat tak banyak sedikit pun kene ada entry islamiyah juga..



maklumat tentang perjalanan
tempat berlepas : kehidupan dunia
tempoh perjalanan : cume seketika dan beberapa meter dalam perut bumi
destinasi : akhirat
masa berlepas : ketika di datangi malaikat
masa hadir : ketika dan selepas nyawa di cabut
bentuk tempahan : tetap, pasti, dan tidak akan berubah



syarat2 perjalanan
di tujukan kepada semua penumpang..di minta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meniggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat..sila perhatikan ketua anda, semua pilot yang di khaskan iaitu malaikat maut..

bagi penumpang yang belum jelas dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam alquran dan hadis2 rasulullah serta menurutinya dengan berhati2..sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan..



barang muatan yang di benarkan
- 5 meter kain kafan
- kapas putih yang secukupnya
- muatan lain yang di pertimbangkan :-
  • amal soleh
  • sedekah jariah
  • anak soleh mendoakan ibu bapanya
  • ilmu yang bermanfaat


perhatian
lain2 muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang..barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda..


saat dan waktu berlepas
semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua2nya hendaklah bersiap sedia untuk berlepas setiap saat tidak mahu sebarang kesusahan..


di ulang
tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi..tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka di tulis untuk anda semua..hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini..



semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman allah s.w.t surah al-kahfi..

ertinya : ''barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mensyirikan allah s.w.t dengan sesuatu''


sekian..







4 comments:

Cik Yana said...

Nice entry. Sama-sama ingat-mengingatkan :)

penglipur said...

@Cik Yana: yea betol2 =)

~~su manje~~~ said...

salam ziarah nice info..
su bace bace sambil belek2 blog kat sini
harap tuan umah tak marah..
su dtg tanpa di undang...

maaf...su manje

penglipur said...

@~~su manje~~~: uihh marah ape nye..lagi suke ada la..ada jugak orang nak bace kan =)