Thursday, 3 March 2011

perempuan dipaksa berkahwin di benarkan dalam islam

as salam..


cinonex tak tahu tiba2 jea nak share benda alah ni ha..mungkin ada yang dah tahu..kalau tak tahu kite boleh share2..


Ada yang beranggapan wali boleh menikahkan gadis yang berada di bawah jagaannnya tanpa meminta izin daripada gadis tersebut.

Adakah anggapan itu benar?

Adakah Islam tidak memperakui hak seorang gadis dalam memilih pasangan sehingga ia boleh dinikahkan oleh wali tanpa izinnya?

Isu ini telah dibahaskan oleh fuqaha’ sejak dahulu lagi. Perbahasan mereka dapat diikuti dalam kitab-kitab fiqh pelbagai mazhab.

Perbahasan yang dilakukan meliputi segenap aspek yang berkaitan dengan perwalian (wilayah) dalam urusan perkahwinan seperti siapa yang layak menjadi wali, hak dan tanggungjawab wali, susunan wali, jenis-jenis wali dan lain-lain.

Untuk menjawab persoalan yang menjadi tajuk kepada penulisan ini, kita akan sentuh jenis-jenis wali serta hak dan tanggungjawabnya sahaja.

Jenis-jenis wali:

1. Wali ijbari
2. Wali istihbab
3. Wali syarikah

Wali ijbari ialah wali yang mempunyai hak untuk menikahkan perempuan yang berada di bawah jagaannya. Dalam hal ini perempuan yang dinikahkan itu tiada hak untuk menolak atau membantah.

Contoh wali ijbari atau wali mujbir ialah bapa boleh menikahkan anaknya yang masih kecil (belum baligh) mengikut mazhab Hanafi dan lain-lain serta bapa boleh menikahkan anak perempuan yang masih dara dengan syarat-syaratnya menurut mazhab Syafii.

Seorang gadis yang telah baligh, berakal dan masih dara, boleh dinikahkan oleh wali tanpa meminta izinnya terlebih dahulu menurut mazhab Syafii. Dalil yang dipegang ialah sabda Nabi sallallahualaihi wasallam yang bermaksud:

“Wanita yang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya. Dara pula dinikahkan oleh ayahnya”.

(Riwayat ad-Daru Qutniy)

Walau bagaimanapun, keharusan ini dengan bersyarat, iaitu:

1. Wali yang menikahkan itu ayah kandung kepada gadis tersebut atau datuknya. Wali yang lain daripada kedua-duanya tidak boleh menikahkannya tanpa izin daripadanya.

2. Tidak ada permusuhan yang nyata dan ketara antara kedua-duanya (ayah dengan anak yang dinikahkan itu).

3. Lelaki yang dipilih oleh wali sekufu atau sepadan dengan anaknya.

4. Mahar yang ditetapkan tidak lebih rendah daripada wanita lain yang sama taraf serta kedudukan dengan gadis tersebut. Sekiranya mahar dalam bentuk wang, ia mestilah dengan mata wang tempatan.

5. Lelaki yang dinikahkan dengan anaknya mestilah mampu membayar maharnya.

6. Lelaki yang dinikahkan itu bukan terdiri daripada orang yang menyusahkan gadis tersebut seperti orang buta, kurang upaya atau terlalu tua.

7. Ketika pernikahan dilakukan, gadis tersebut tidak termasuk dalam golongan mereka yang telah diwajibkan haji ke atasnya (sihat, mempunyai perbelanjaan yang cukup, aman perjalanan dan ditemani mahram).

Syarat-syarat di atas, sebahagiannya adalah syarat sah nikah dan sebahagiannya syarat mengharuskan pernikahan dilakukan.

Syarat 1, 2 dan 5 adalah syarat sah. Sekiranya wali menikahkan anaknya tanpa syarat tersebut maka pernikahan itu tidak sah.

Manakala syarat 3, 4, 6 dan 7 adalah syarat bagi mengharuskan ayah menikahkan anaknya tanpa izinnya. Sekiranya dilakukan tanpa memenuhi syarat itu maka perbuatan itu tidak diharuskan.

Meskipun begitu, mereka berpendapat adalah sunat dan lebih elok wali bertanyakan pandangan anak gadisnya sama ada secara langsung atau menerusi wanita yang rapat dengannya, terutama ibunya sendiri.

Dan sekiranya anak gadisnya telah mempunyai pilihan sendiri yang sekufu dengannya, maka wali mestilah menikahkannya dengan lelaki pilihannya. Jika wali enggan, gadis itu boleh mengangkat masalah itu kepada kadi. Jika nyata lelaki itu sekufu dengannya, kadi hendaklah menuntut wali menikahkannya. Andai wali masih enggan, maka kadi hendaklah menikahkannya.

Sekiranya wali mempunyai calon lain yang sekufu juga, maka dalam hal ini terdapat dua pendapat. Pendapat yang lebih sahih adalah mengikut pilihan wali memandangkan sebagai orang dewasa, ayah yang menyayangi anaknya, maka tentu pandangannya lebih matang dan lebih sempurna. Pendapat yang kedua adalah mengikut pilihannya (anak gadisnya) demi memelihara kesucian diri dan maruahnya.





kredit pada infoharmoni.

4 comments:

dina darwina said...

dina baru tauw..huhu..thanks share info ne..

cinonex coreyan said...

@dina darwina: same2..ada info kite share sama2..=)

zaty luvlianncezzz said...

ahahaha..blaja nie tyme form 5..:)

cinonex coreyan said...

@zaty luvlianncezzz: yeahh betul2 =)