Friday 8 April 2011

kisah sejarah nabi muhammad - part 1

assalam jumaat


helooo..bagi merealisasikan ape yang pernah di canang2 kan dahulu memandangkan hari ni hari baik..cinonex nak buat entry berangkai mengenai baginda rasulullah nabi muhammad s.a.w kite..tak tahu la sampai berapa part nanti..


ibarat cinonex ada satu korang ada satu..bila dah tambah tak ke jadi dua..kalau satu tambah satu jadi tiga konfem memang korang tak pegi sekolah..share is sharing orang kate..




nabi muhammad s.a.w


Dengan nama yang begitu mulia, jutaan bibir setiap hari mengucapkannya, jutaan jantung setiap saat berdenyut, berulang kali. Bibir dan jantung yang bergerak dan berdenyut sejak seribu tiga ratus lima puluh tahun. Dengan nama yang begitu mulia, berjuta bibir akan terus mengucapkan, berjuta jantung akan terus berdenyut, sampai akhir zaman.


Pada setiap hari di kala fajar menyingsing, lingkaran-lingkaran putih di ufuk sana mulai nampak hendak menghalau kegelapan malam, ketika itu seorang muazzin bangkit, berseru kepada setiap makhluk insani, bahawa bangun bersembahyang lebih baik daripada terus tidur. Ia mengajak mereka bersujud kepada Allah, membaca selawat untuk Rasulullah.


Seruan ini disambut oleh ribuan, oleh jutaan umat manusia dari segenap penjuru bumi, menyemarakkannya dengan salat menyambut pahala dan rahmat Allah bersamaan dengan terbitnya hari baru. Dan bila hari siang, mataharipun berangkat pulang, kini muazzin bangkit menyerukan orang bersembahyang zohor, lalu salat asar, magrib, isya.


Pada setiap kali dalam sembahyang ini mereka menyebut Muhammad, hamba Allah, Nabi dan RasulNya itu, dengan penuh permohonan, penuh kerendahan hati dan syahdu.


Dan selama mereka dalam rangkaian sembahyang lima waktu itu, bergetar jantung mereka menyebut asma Allah dan menyebut nama Rasulullah. Begitulah mereka, dan akan begitu mereka, setelah Allah memperlihatkan agama yang sebenarnya ini dan melimpahkan nikmatNya kepada seluruh umat manusia.




salah silap sila perbetulkan..bersambung next entry..







p/s..kenapa cinonex tergerak nak buat entry macam ni??adalah,rahsia..haha

4 comments:

dwatyKNY said...

nice... jom baca saya punya entri plak.. kalau ada tersilap sila betulkan gak...

http://dwaty85.blogspot.com/2011/04/hikmah-pertama-budaya-malu-semakin.html

Unknown said...

thanks 4 sharing..

penglipur said...

@dwaty insyallah nanti akn ku jejakan kaki ke sane..hehe

:: cikNuurul :: said...

baru trjah sni,.sori ye cinonex,.hehe,.

kalo kite dengar org sbut nabi muhammad s.a.w.,kite wajib sambut selawat tu,..slalu pesan kt ank2 cmni,.hehe,.

sharing is caring,.