Friday, 7 December 2012

ye baik ustazah?

assalamu'alaikum dan bismillah..


alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi masih di beri peluang untuk menarik nafas hingga ke saat ayat ini ditulis..poyo!! tak pernah2 menaip sekapur sireh untuk membaca entry cc macam ni..


ustazah/ustaz sering kali di labelkan sebagai orang yang mempunyai ilmu agama, orangnye baik2 alim warak berpenampilan yang bagus dan sebagai nye..tetapi bagaimana mereka yang tidak di labelkan sedemikian? adakah mereka tidak baik dan di kategorikan orang yang tidak layak untuk berbicara soal agama?


mungkin ada lagi yang diluar sana berfikiran seperti berada di zaman batu mahupun di zaman hang tuah yang menikam saudaranya sendiri hanya boleh menerima teguran dan dakwah 'kecil' dari mereka yang memiliki title ustaz mahupun ustazah..


seperti yang kita boleh nampak dengan biji mata bukan lubang hidung kebiasaanya manusia tidak suka akan teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego..sedikit atau pun banyak egonya seseorang itu bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengawalnya..setinggi klcc sekalipun ego seseorang itu kita seharusnya menerima teguran dan dakwah 'kecil' yang membawa kebaikan kepada kita tidak kira pangkat darjat mahupun ilmu agama mereka..


mungkin ada kisah yang kita boleh kongsi bersama..

suatu hari seorang peminum arak menegur sesuatu kepada sayidina umar r.a..beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut..orang yang melihat keadaan tersebut berasa agak pelik lalu mereka bertanye..''wahai amirul mukminin kenapa kamu menerima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak?''..sayidina umar menjawab..''ya, dia berdosa kerana meminum arak tetapi teguranya kepadaku adalah benar''..


jika ada segelintir mereka yang menegur atau memberi dakwah 'kecil' kearah kebaikan di masa ini pasti akan di sambut dengan makian ataupun kata2 yang tidak elok dan ada juga kata2 sinis seperti 'baik ustaz' mahupun 'baik ustazah'..lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya tetapi orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya..


lupakah dengan kata2 imam hassan al banna..??sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri..seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah..maka akan jadi sedikit orang yang memberi peringatan..


para ulama juga pernah berkata..''dengarlah nasihat daripada sesiapapun meskipun daripada pelacur''..


natijahnya kepada mereka yang ditegur atau dalam bahasa mudahnya diberikan ceramah free harus la menerima teguran walaupun boleh membawa penyakit tidak boleh tidur 3 hari 3 malam dan jangan sesekali nak meracau memaki hamun sila selak dulu dalam kain sendiri tengok besar mana kurap korang tu..


dan kepada mereka yang menegur teruskan usaha anda dalam menegakan kalimah allah swt dan jangan malu untuk memperbaiki diri..persetankan apa yang orang kata bajet alim ke ustaz atau ustazah ke..sekurang2 nya kita sedar diri kita penuh dosa dari makin lalai..peringatan kepada mereka yang menegur usah sampai menghina..mendidik usah sampai memaki..memberi usah sampai mengungkit dan berkata usah sampai takbur..










*nota - salah silap sila tegur dan perbetulkan hamba yang jahil ini..lama x update..

4 comments:

fatin aziz said...

nice info :)

SembangMalaysia said...

follow me back at... http://sembangmalaysia.blogspot.com/

Aida Omar said...

setuju dengan entry cinonex nie.. aida paling tak kenan dengan pepatah nie nak tegur orang lain cermin dulu diri sendiri.. bagi aida bila seseorang tu tegur kita dengan teguran yang betul itu mesti dia tak nak kita buat apa yang dia pernah buat dulu. Apa2 pun tegur biar lah dengan bahasa yang lemah lembut :)

hasyimahshe said...

kalau kita tegur tu bende betul tak kesah la datang dari siapa.