Friday 22 July 2011

kisah sejarah nabi muhammad part -7




assalamualaikum dan bismillah..


salam penghulu segala hari..hari yang baik di bulan syaaban ni..nak share la sikit2 tak banyak yang penting ade..sambung part yang lepas2..

part 1 part 2 part 3 part 4 part 5 part 6



Perbezaan Tauhid dan Triniti


Akan kita lihat dalam Qur'an yang telah menyebutkan Isa dan Mariam dengan penghormatan serta penghargaan yang demikian rupa dari Tuhan sehingga kitapun kerananya turut bersimpati pula, terbawa oleh rasa persaudaraan.


Tetapi apa yang menyebabkan kita lalu bertanya?:
Kalau begitu, kenapa kaum Muslimin dan Kristian selama berabad-abad terus bermusuhan dan berperang? Jawapan atas pertanyaan ini ialah, bahawa antara ajaran-ajaran Islam dan Kristian itu terdapat perbezaan asasi yang menjadi suatu sebab perdebatan hebat semasa Nabi, sekalipun perdebatan demikian itu tidak sampai melampaui batas permusuhan dan kebencian.



Kaum Kristian tidak mengakui kenabian Muhammad seperti Islam yang mengakui kenabian Isa; Kristian berlandaskan Triniti, sedang Islam sama sekali menolak, selain Tauhid.

Kaum Kristian menuhankan Isa, dan berpegang pada argumen ketuhanannya itu bahawa dia sudah bercakap sejak di dalam buaian serta memperlihatkan mujizat-mujizat yang tidak dapat dilakukan oleh yang lain; suatu hal yang sebenarnya hanya dapat dilakukan oleh Tuhan.




bersambung next entry..




p/s..salah silap sila perbetulkan hamba yang jahil ini..

3 comments:

:: cikNuurul :: said...

haik,.xsmpai mksud lg,.bru nak faham ape itu triniti,.huhu,.

penglipur said...

@**::CIKNUURUL::** Perkataan ‘Triniti’ membawa maksud satu Tuhan tetapi yang mengandungi tiga peribadi yang berbeza, bukan dalam sifat atau ‘bahan ilahi’ tetapi dalam jawatan dan perhubungan..

cinonex pun masih blaja dan cube memahami..kepada mereka2 yg berilmu sila2 la tampil..share2 ilmu tu..:)

Unknown said...

great!