Sunday, 30 October 2011

antara lembu dan manusia mana lebih berharga?

assalamualaikum dan bismillah..



helooo..salam berhujung cinonex jeritkan pada sahabat2 yang kenal ke tak kenal ikut suke la kan..hujan mencurah2 di bumi pahang jika tidak dah tentu syaitanirrojim berbisik keluar la keluar la untuk mencuci mata..terasa rindu melihat buaya2pren menjolok karpet snuker dan tak lupa juga mereka yang golek bola bowling masuk lorong sebelah..


alahaiii cik kak kalau masuk longkang tu perkara biasa ni siap masuk lorong sebelah itu dah jadi luar biasa..cukup2 mukadimah karang meleret2 pulak entry ni..


antara lembu dan manusia boleh ke di samakan atau di beza2kan??..lembu tu dah tentu la spesis haiwan jinak..

ni ha rupanye lembu dan manusia


ehh tersilap upload gambar plak..aahh lantak la malas nak delete semula..patut la lain macam jea rupa lembu tu..yang awek tu pun muka macam bangga jea..kembang kuncup lOObang hidung tu ha..

ini lembu..ha baru betull..


tidak sesekali cinonex ingin membezakan malah membanding2 antara lembu dan manusia..jauh sekali tidak..cinonex terdetik dengan cebisan kata2 ''harga diri seorang wanita'' yang selalu kedengaran di telinga2..berapa harganya?? adakah seseorang wanita itu mempunyai nilai untuk di jual beli??..


bagi cinonex harga seorang wanita itu tidak ternilai harganye..tetapi!! jangan lah kamu2 merosakan mahar yang perlu suami kamu keluarkan untuk memilikimu..semakin hari semakin menular pelbagai kegiatan tak bermoral..ini la di katakan generasi yang semakin lumpuh dan sakit dengan ilmu agama..


harga seekor lembu betina paling tidak berjumlah rm2000.00 seekor..berapa pula harga seorang wanita?? jika berpeleseran dengan lelaki yang bukan muhrim..berpegangan tangan, berpelukan, bercium di khalayak ramai tanpa rasa segan silu dan konfiden nye..adakah berasa sudah seperti berada di syurga?? perlu di ingat tak mustahil kite tersungkur di pintu masuk syurga..murah kan nilai nye??


semakin maju dunia semakin menghampiri penghujungnye..bak kate pak pandir jangan la kamu menjadi ''seorang yang memiliki otak yang pandai, mempunyai akal yang boleh di gunakan, tetapi mengadai kebijaksanaan''..masing2 boleh menilai antara baik dan buruk..jadi la seorang hakim yang adil membuat keputusan diri sendiri jangan menjadi seperti tunggul rela jadi patung tunggu masa untuk di lelong ibarat suruh angguk-anguk suruh geleng-geleng..



bila bercakap bab agama terlalu banyak kelebihan menjadi seorang wanita muslimah..antaranya


1 - doa wanita lebih maqbul dai lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daipada lelaki..ketika di tanya kepada rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda : ''ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia2..

2 - wanita soleha (bail) itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh..

3 - seorang wanita solehah adalah lebiha baik daripada 70 orang wali..


cinonex bagi 3 jela..karang banyak2 berbuih pulak nak bace..banyak lagi kelebihan menjadi seorang muslimah..nak baca klik sini..



kata2 yang sering di kompangkan menjadi wanita itu indah, menjadi muslimah itu sangat indah, menjadi mukminah jauh lebih indah dan menjadi solehah itu adalah pilihan..mungkin entry ni berat sebelah..tidak menyalahkan kaum hawa sepenuhnye..kalau tepuk tangan sebelah masakan boleh berbunyi..dah tentu2 lah kaum adam pun lebih kurang jugak..


kaum adam sepatutnye yang menjadi pemimpin jalan yang sepatutnye..janganlah dirosakan lagi iman seorang wanita jika diri sendiri tidak beriman..harus tegur menegur antara kaum adam dan hawa..baru lah ada keseimbangan disitu..



antara lembu dan manusia yang mana lebih berharga??..si lembu yang tidak mempunyai akal fikiran pun bernilai..apatah lagi manusia yang mempunyai akal,nafsu dan kelebihan yang lain..fikir fikirkan















p/s..emm..harus keluar dari jalan yang bengkok, lurus kan kembali jalan yang telah engkau tingalkan..peringatan untuk diri sendiri..



Wednesday, 26 October 2011

Friday, 21 October 2011

kisah sejarah nabi muhammad - part 13 / kristian tidak sesuai dengan watak barat

assalamualaikum,bismillah..


salam jumaat..sambungan dari part 12





Kristian Tidak Sesuai dengan Watak Barat


Akan tetapi kita melihat ada sebab lain di luar kurangnya pengetahuan itu saja yang telah mendorong pihak Barat menjadi fanatik dan sampai membangkitkan peperangan yang begitu fatal, sebentar-sebentar dilancarkan terhadap Islam dan kaum Muslimin.


Juga tidak terlintas dalam fikiran kita tentang apa yang biasa kita rasakan adanya hubungan politik yang buruk dan ingin menguasai bangsa lain untuk dieksploitir. Menurut hemat kita itu adalah akibat -bukan sebab- dan adanya fanatisma yang sudah begitu merasuk sampai ke soal ilmu dan penyelidikan-penyelidikan ilmiah.


Sebabnya ialah, menurut hemat kita, oleh kerana ajaran Kristian yang mengajak orang menjauhkan kehidupan duniawi, sifat maaf dan pengampunan serta pengertian-pengertian hidup rohani yang luhur, tidak sesuai dengan perangai Barat, yang sejak ribuan tahun dalam lingkungan agama polytheisma, dan letak geografisnya menghendaki perjuangan sengit melawan iklim dingin, melawan kesulitan dan keadaan yang serba sukar.


Apabila peristiwa-peristiwa sejarah mengharuskan juga Barat menganut agama Kristian ini, maka tidak boleh lain ia harus juga dilibatkan ke dalam kancah perjuangan itu dan memaksa agama itu meninggalkan sifatnya yang lemah-lembut dan indah, meninggalkan keseimbangan


rohani yang seharusnya menjadi mata rantai kesatuan yang telah disempurnakan oleh Islam: yakni kesatuan yang membuat harmoni antara rohani dan jasmani, antara perasaan dan akal, emosi dan rasio, secara individu dan universal bersama-sama berada dalam hukum alam, yakni keduanya sejalan dalam ruang dan waktu yang tidak terbatas.


Menurut hemat kita, inilah sumber yang menyebabkan fanatisma Barat yang memusuhi Islam, suatu sikap yang menyebabkan kaum Kristian Abisinia menjadi jijik melihatnya - tatkala kaum Muslimin mencari perlindungan pada masa mula-mula Nabi mengajak orang kepada agama Allah.


Inilah, menurut pendapat saya, sebab timbulnya ekses dan cara yang berlebih-lebihan di kalangan orang-orang Barat, baik dalam beragama mahupun dalam atheisma, fanatisma yang berlebih-lebihan serta perjuangan yang tidak mengenal belas kasihan dan tidak mengenal ampun.


Apabila dari mereka sejarah sudah mengenal adanya orang-orang suci, yang dalam hidup mereka mengikuti jejak Isa Al-Masih dan pengikut-pengikutnya, juga sejarah sudah mengenal kehidupan bangsa-bangsa di Barat yang selalu hidup dalam pertentangan, dalam perjuangan, peperangan-peperangan yang dahsyat, atas nama politik atau atas nama agama, dan


dikenalnya pula, bahawa paus-paus atau pembesar-penmbesar gereja dan mereka yang memegang kekuasaan temporal, selalu dalam persaingan mahu saling mengalahkan. Suatu saat golongan ini yang menang, nantinya yang lain lagi yang menang.


Oleh kerana kemenangan terakhir dalam abad kesembilan belas itu berada di tangan kekuasaan temporal, maka kekuasaan ini berusaha hendak membasmi kehidupan rohani atas nama ilmu pengetahuan. Ia menyangka, bahawa dalam kehidupan umat manusia ilmu itu akan dapat menggantikan iman seperti dalam kehidupan rohani.


Sesudah melalui perjuangan yang cukup lama, sekarang mereka mengetahui bahawa pendapat demikian itu salah sekali, dan bahawa apa yang mereka tuju itu dalam kenyataannya tidak mungkin dapat dilaksanakan. Sekarang di Barat terdengar jeritan disana-sini mengajak mereka kembali mencari pegangan rohani yang sudah hilang. Mereka mencari pegangan itu d dalam mahupun di luar teosofi.


Sekiranya ajaran Kristian itu memang sesuai dengan naluri perjuangan yang telah dibawa oleh hukum alam sebagai sebahagian cara hidup Barat, sesudah ternyata konsep materialisma mereka tidak berhasil memberikan konsumsi rohani, tentu akan kita lihat mereka kembali mencari pegangan agama Kristian yang begitu indah, agama Isa anak Mariam -kalaupun Tuhan belum akan membimbing mereka kepada Islam-


dan tidak perlu mereka pergi berpindah ke India atau ke tempat lain, mencari pegangan hidup rohani, yang oleh manusia sangat dirasakan perlunya seperti keperluan bernapas; sebab ini merupakan sebahagian kudratnya, bahkan merupakan sebahagian dari jiwa raganya.




salah silap sila perbetulkan..

Wednesday, 19 October 2011

Monday, 17 October 2011

sejauh mana tajamnye lidah anda?



assalamualaikum dan bismillah..


salam bermonday blues..rasa ketaq segala kepala lutut dek kerana terlalu lama tak menaip entry di blog ni..melalui hari2 suram dan kelam seperti meniti hari2 penghujung hidup..ahh cukup2 jangan nak mengarut la cinonex..bawa2 la kepada isu yang nak di gebangkan..


sejauh mana tajamnye lidah anda?? adakah setajam mata pedang mahupun pisau lipat tak pun pisau potong sayur yang mak korang buat potong sayur di dapur..ehh memang la tak kan buat potong kayu api pulak..itu cuma sekadar perumpamaan yang boleh di kelaskan..bahasa melayu itu indah kan..



tutur bahasa dan kata2 itu menunjukan identiti seseorang..kadang2 kite tak sedar ape yang kite perkatakan itu boleh menguris hati seseorang walaupun dengan niat yang terbaik..menegur dan memberi nasihat itu ada cara dan etika nye..masih teringat dengan kata2 sinis seseorang ''macam ni ke nak masuk syurga''..apakah reaksi anda?bagaimana raut wajah anda? bila diperkatakan seperti itu semasa anda melakukan sesuatu untuk keredhaan allah swt..dengan hati yang iklas dan terbaik walaupun tak seberapa ape yang telah dikerjakan untuk jalan allah swt..




beringatlah sahabat kisah lalu yang boleh membukakan mata dan fikiran kita..kasih sayang allah swt..

Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya ia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya.

Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu?"

"Neraka," jawab Allah.

"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu keheranan.

"Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayang-Ku, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayang-Ku," jawab Allah.




kadang2 kerana mulut itu badan boleh binasa dan jangan sesekali menjatuhkan hukum kepada seseorang masuk syurga ataupun tidak kerana kite tidak berhak keatasnye..apa yang boleh cinonex katakan seseorang yang menjatuhkan hukum tanpa budi bicara adalah orang yang cetek ilmu..jangan kerana mulut kite berbuat orang berputus asa terhadap kasih allah swt..apa salah kite sokong dan beri kata2 dorongan..


terlalu banyak perkara yang cinonex dah sampaikan mengenai tutur bicara..sekadar menegur dan peringatan untuk diri sendiri..tak salah kan kalau kita mengunakan bahasa dan tutur bicara yang lebih baik..









p/s..rasa macam tak cukup lagi ilmu di dada ni..dan rasa macam lama sangat dah tak menaip..kualiti entry pun macam kurang..hehe

Friday, 14 October 2011

kisah sejarah nabi muhammad - part 12

assalamualaikum dan bismillah..


heloo..rasa nya sudah 2 minggu cinonex tak update..biasa la pergi bertapa sebentar mencari ketenangan dan muhasabah diri..kembali beraksi selepas ini..


sambungan dari part 11




Sebab Permusuhan Islam-Kristian

Atas semua itu harus kita selidiki sebab-sebab timbulnya permusuhan sengit dan peperangan yang begitu dahsyat yang telah dimulai oleh pihak Kristian terhadap Islam itu. Menurut hemat kita, kurangnya pengetahuan pihak Barat tentang hakikat Islam dan sejarah Nabi adalah sebab pertama yang menimbulkan permusuhan itu. Kurangnya pengetahuan ini sudah tentu merupakan sebab-sebab timbulnya sikap kaku dan fanatisma yang paling berat dan rumit.


Seabad demi seabad kurangnya pengetahuan demikian ini makin bertimbun dan kemudian ia menjelma menjadi patung-patung dan berhala-berhala dalam jiwa generasi berikutnya, yang untuk menghilangkannya tentu memerlukan suatu kekuatan jiwa yang besar, seperti pada mula lahirnya kekuatan Islam dulu.





bersambung next entry..salah silap sila perbetulkan..