Friday, 13 January 2012

rahsia lima jari?

assalamualaikum dan bismillah..


helooo..dah seminggu tak terusik blog cinonex ni ha..kalau macam ni memang boleh pergi jauh blog ni, jauh ke laut..dan mood nak menaip entry pun ke laut juga..malas nak menaip beriya sampai berbuih mulut orang nak bace nanti..tu pun kalau ada orang sudi bace entry ni la..


rahsia lima jari..manusia je yang sebelah tangan ada 5 jari kalau ada terlebih terkurang tu faham2 sendiri la..spesis kat muka bumi yang lain cikgu cinonex tak sempat nak ajar mati tergeliat tangan masa nak taip rahsia ni la..ahhh sudah2 mengarut..



rahsia lima jari anda.


1 - cuba tengok jari anda..genggam kuat2 jangan ramas pulak dan angkat tangan ke atas sambil laung ''allahu akbar''..itu lah rukun islam yang mesti di angkat dan di junjung..


2 - luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam2..itu lah kewajipan solat lima waktu jangan di abaikan..


3 - letakan jari anda di atas meja, kerusi atas lantai ke ikut suka la..mula dengan jari kelinking yang kecil dan kerdil di ibaratkan manusia dan apa benda pun akan bermula dengan kecil dan membesar terus membesar..itulah fitrah dan alam seluruhnya semua bermula dari kecil..kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi kesan pada kehidupan masa hadapan..


4 - lihat jari kedua iaitu jari manis..macam itulah juga dengan usia remaja semuanya swet dan manis belaka semanis jari manis..di usia remajalah kita sering di duga dengan pelbagai dugaan dan cabaran..hanta iman dan takwa sahaja yang akan menunjukkan jalan kebenaran..


5 - jari ke tiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita..ramai orang minat dengan jari hantu ni lebih2 tengah mencarut..di usia 30an kita dah punya status dan ekonomi serta kerjaya yang teguh tapi kena hati2 sebab banyak langau2 pengacau yang datang mengoda macam lalat hurung taik..hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jeles dan segala macam hantu..jika gagal kawal emosi khuatir masuk perangkap nafsu dan syaitan..so haruslah melipat kali gandakan ibadah..


6 - jari telunjuk..jari inilah yang mengungkap satu dan esanya allah swt ketika solat..genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah..jadi contoh dan tauladan pada jari2 yang lain..macam tu la juga kita perlu jadi role model untuk generasi yang akan datang..


7 - akhir sekali renung la ibu jari..dah la besar gemok pulak tu..berbanding dengan jari2 yang lain..ibu jari lah yang paling hebat dan membanggakan..kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tak ada ibu jari??..nak genggam nak pegang sesuatu cukup susah..untuk generasi muda nak buat apa2 jadikanlah orang yang lebih berusia dan berpengalaman..kalau kita ikut pada petunjuk mereka boleh la gebang ''good'' takpun ''yes'' sambil thumbs up..



sumber : sumber2 yang boleh dipercayai..tq kepada mereka yang menge mail kan benda alah ni..cinonex gubah sikit2 supaya santai untuk di baca..peace












p/s..malas nak menaip pakai jari tangan, cinonex pakai jari kaki ni..sila percaya!!





Sunday, 1 January 2012

jangan hidup bahagia atas air mata orang lain!

assalamualaikum dan bismillah..



haluuuu..pehhh rasa tangan dah berkarat kerana terlalu lama tak menaip entry..sekembalinya cinonex dari pertapaan kini kembali dengan semangat baru..coiiii betul la setiap kali nak mula menaip mengarut tak habis2..bawa2 la bertaubat cinonex kerana mulut santan binasa..betul ke pepatah tu...ahh lantak la labu bukan ada orang kesah pun..


jangan hidup bahagia atas air mata orang lain??..memandangkan musim cuti sekolah sudah pun ke penghujung nye..dah tentu lah minggu2 terakhir hari tu ramai rodong2 yang bertunang berkahwin dan tak ketinggalan juga mereka yang bercerai berai..cinonex tak sampai seru lagi so ini cerita tiada kena mengena dengan diri cinonex..


siapa yang tak mahukan kebahagiaan dalam hidup?? kalau ada yang rasa sedemikian lebih baik jadi basikal daripada jadi manusia..kebahagiaan sering di cari bagi mereka yang bertuhankan nafsu lebih dari akal..adakalanya sangup meningalkan kebahagian yang telah lama di bina demi memuaskan kehendak dan keinginan diri sendiri..dah tentu2 frust menonggeng kepada pasangan yang telah diberikan harapan..


ada juga yang sudah merancang bertahun2 lamanya untuk hidup bersama akhir nye tergolek di pertengahan jalan..tiada lagi doa2 dia jodoh ku mahupun jodohkan la aku dengan nya..tiada la usikan darah manis dari rakan2 yang terdekat..ya sudah tertulis di lohmahfuz sehebat mana setia seseorang itu..setinggi mana pun dia merancang dalam perhubungan itu..sejauh mana sekalipun menunggu mahupun sekeras mana sekalipun bersabar..sejujur mana sekalipun ia menerima seseorang itu..jika allah swt tidak menulis untuk tidak bersama ia tetap tidak akan bersama..


sama juga la seperti mutiara kata yang biasa kita dengar..jika seribu tangan yang menghalang jika sudah tertulis dia jodoh kita, kita tetap bersatu..tapi jika susah tetulis dia bukan jodohnya seribu tangan yang membantu sekalipun ia tetap tidak akan bersatu..



bagaimana pula dengan janji2 manis untuk bersama telah di kianati?? ibarat mulut manis punggungnya busuk..sangup mencabul janji2 sendiri..cukup perit dan pedih untuk menerima sebuah kenyataan..masih ingat dengan satu peristiwa di mana :


dari abdullah bin abul-khansa katanya..saya pernah mengikat janji dengan rasulullah s.a.w..sebelum baginda di angkat menjadi nabi..ada barang yang saya janjikan akan saya bawa ke tempat yang telah di persetujui..tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan keesokanya..maka saya mendatangi nya pada hari ke tiga dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya..bila saya sampai maka baginda berkata ''wahai orang muda engkau menyakitiku dengan janji mu kerana saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu''.


begitu la sakitnya seseorang itu apabila janjinya dikhianati / tidak menunaikan janji..usah berjanji jika kamu tidak pasti kelak di kemudian hari akan tergolong dalam golongan orang yang munafik..


telalu banyak perkara yang boleh disembangkan mengenai perhubungan sesama manusia..bagaimana pula dengan cinta tak berbalas??..kejam kah die kerana melakukan perkara atas kehendak nafsu?? sedih sudah pasti jiwa tentu meronta2 minta diberikan tonik..fitrah seorang manusia sangat pelik berhak menyukai sesiapa saja..tak kira secara mengejut mahupun perlahan2..kita tidak boleh menghalang dari menyukai sesiapa tetapi kita boleh mencegah maruah kita dari tercalar dek kerana cinta tak berbalas..


jangan sesekali menzalimi diri sendiri dan jangan sesekali mengharap cintanya..karang tak pasal2 susah hati sedih kecewa sedangkan dia tengah berjimba..jadi jika anda jatuh hati perlulah kawal diri dan emosi serta perilaku..jika masih tiada apa2 perubahan jangan rasa malu2 segan dan konfidenya tekan minyak masuk gear jalan jangan toleh ke belakang lagi..kasi buybye sama die sebelum maruah anda akan lebih tercalar..kenapa perlu kite mengharap pada orang yang tidak sudi..??



so bagi cinonex jangan lah hidup bahagia atas airmata orang lain kerana perbuatan kita yang menguris hati..tidak mustahil jika kite bahagia hari ini..hari ini juga kite boleh derita..tanamkan la sedikit rasa berperikemanusian sesama manusia dan sesama agama..sangupkah anda melihat orang lain sedang derita sedangkan kita sedang bergumbira??..










p/s..lama cinonex tak menulis..rasa macam ntah ape2 yang di bebelkan..haha

apa azam cinonex 2012?

assalamualaikum dan bismillah..


heloooo..wahhh terasa lerlalu lama cinonex tidak beradu dengan cinonex.com ni ha..sedar tak sedar dah pun masuk tahun baru dan sedar tak sedar juga yang cinonex.com sudah pun berusia satu tahun dan beberapa hari..lame cinonex menhilangkan diri pergi bertapa menambah kan ilmu2 menipu dan karutan yang akan di dedahkan tahun 2012 ni..



setiap insan bergelar manusia sudah semestinye menanam azam tetapi bukan seorang manusia yang bernama azam..kalau tak ada azam lebih baik jadi basikal daripada jadi orang dah la muka macam jagindas..dan ade juga azam tahun lepas di bawa ke tahun ni..ahhh sudah2 la mencarut..



azam2 yang cinonex ingin gapai pada tahun 2012 ini..tu pun kalau tercapai dek tangan la..

1 - cinonex nak kait bintang2 di langit dan nak lastik bulan..
2 - nak pergi ke bulan naik rakit..
3 - tiap2 bulan balik kampung cinonex nak berenang je..walau atas darat sekalipun..
4 - tiap2 pagi pergi kerja bawa motor tanpa tayar..
5 - membeli barang keperluan harian hanya dengan bermodalkan senyuman..
6 - korek hidung tak nak pakai jari tapi cinonex nak pakai senduk..
7 - makan nasi guna straw..
8 - keluar rumah nak pakai baju terbalik..seluar kat atas baju dekat bawah..
9 - lumba basikal dengan budak sekolah tadika..
10 - nak jadi orang gila..taip entry ni pun dah macam orang gila mengarut tak sudah2..



ha cukup la 10 je cinonex bagitau apa azam cinonex tahun ni..nak listkan semua mahu berbuih mulut korang nak baca..selamat tahun baru cinonex ucapkan pada sahabat2 sekalian..








p/s..lama cinonex tak mengarut..semakin hilang identiti cinonex.com ni..akan kembali dengan semangat baru untuk berblogging..peace..