Wednesday, 25 May 2011

kau nak berniaga dalam blog aku boleh tapi jangan buat taik!!

assalamualaikum dan bismillah



helooo..entry kedua untuk hari ni..saje ingin melepaskan emosi..bak kate orang rumah terbakar nampak asap tapi hati yang terbakar korang nampak ke??ke korang ade deria ke 14 boleh tau ape yang ada dalam hati orang..


PERHATIAN!!
kepada mereka2 yang nak promosi barang2 yang korang jual nak paparkan iklan ape ke jadah semua silakan cinonex alukan dan cinonex tak memilih bulu sapa pun yang nak iklankan dalam blog cinonex ni..tapi ingat jangan buat taik..


contoh yang cinonex tak berapa berkenan..kemain kencang lagi ko iklankan barang2 ko dalam blog cinonex eak..tapi bila cinonex datang singah blog ko tu sesedap rasa tanpa segan silu dan konfiden nye ko ban ip address cinonex..ok cinonex kan baik orang nye..meh la datang lagi ajak geng2 ko sekali,tapi jangan harap la cinonex nak datang nyingah..nak beli??fikir 48 kali dulu..


nak ni??


dah lama cinonex perhatikan benda ni..cinonex malas nak layankan sangat nak bising2 ke ape..ari tu cinonex pernah sound sorang blogger ni die selalu letak link iklan churp2 die dekat shoutbox..tapi sekarang cinonex dah lame tak nampak..kemane menghilang??dah gantung lappy ke..??


so blogging la secara sihat ok..jangan gadoh2 jangan nak bercakor..cinonex tak marah cuma rasa tak adil pada blogger2 yang lain..sekurang2 nye kasi la 2 3 trafic kan..tak luak pun kalau bagi trafic..kalau korang bagi trafic pade blogger lain korang kene sawan sampai berbuih mulut ke?..hapy blogging..


siapa makan cili die la terasa cili..tak kan rasa kiwi plak..peace





p/s..saje dah lama tak buat entry macam ni..hoho

face off

assalamualaikum dan bismillah



helooo..waaa satu kuantan tak ada air wey..silap2 ramai yang pergi kerja jadi macam p ramlee hari ni..bawa2 la repair cepat sikit kat kobat tu ha..tetiba jea tak ade air konfem la tak sempat nak simpan air or pape kan..kedai makan pun banyak yang tutup hari ni..


dah2 jangan nak cerita lebih2 cinonex..sekeh kepala laju2 baru tau..penat dah cinonex membebel semalam pasal blog cinonex ada masalah..so hari ni blog cinonex pun dah berubah wajah..walaupun biasa2 jea kan simple yang penting isi di dalam..kalau luar jea cantik tapi isi dalam kosong nak buat ape kan..


ape yang korang tengok dalam blog cinonex sekarang tu la die..masih lagi kekalkan identiti dan tema warna..ok la malas nak bebel..buybyeeee

Tuesday, 24 May 2011

dah lama aku perasan!!

assalamualaikum dan bismillah



helooo..salam petang la kepada rakan2..baru sekarang sempat nak menaip..saja menyibukan diri sejak akhir2 ni..bertapa pun tak abis lagi kan..cukup mukaddimah tak perlu panjang2..


dah lama cinonex perasan..bukan cinonex perasan yang tu..perasan mengenai sesuatu yang berada di dalam blog cinonex ni ha..rasa macam ada masalah jea sebab tak gerak2..tang tu jugak la ni mesti berpunca dari edit html itu hari..ish2 adakah akan tukar layout selepas ini..emm tengok la kalau cinonex rajin..


ok la malas nak naip tak ada isi..nanti cinonex update lagi ok..







p/s..nak tahu ape benda??tu ha butang share fb tu jumlah die takat tu laa..memang tak naik2 dari dulu..tak ada orang share pun memang jumlah die macam tu walaupun baru jea post entry..terok benor ko cinonex bawa2 la repair..haha

Sunday, 22 May 2011

Gambar Kejadian Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat

assalamu'alaikum dan bismillah


helooo..selamat berhujung minggu la cinonex ucapkan..cinonex tak mau bebel2 atau mencarut..terus pada isi ape yang cinonex nak gebangkan..rasanye semua dah tahu pasal berita ni..layankan aja gambar kejadian tanah runtuh rumah anak yatim di hulu langat..








daripada die datang kepada die juga kita kembali..alfatihah kepada mangsa2..tak lupa juga ia mungkin satu peringatan kepada diri kite sendiri..amin








p/s..tak tau nak tulis ape kat sini..rasanye orang faham keadaan ni..

Saturday, 21 May 2011

mekah adalah pusat bumi



assalamu'alaikum dan bismillah


helooo..penyakit lama sudah kembali..tetapi harus di kawal supaya ia tidak merebak kepada benda2 yang tiada isi..cinonex nak share sesuatu,dah lame dah tahu benda ni..mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tak tahu lagi..

tak kire la korang dah tahu sekali pun..cinonex nak share jugak tak banyak sikit pun jadi la..dapat jugak ilmu kan..



Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

kenapa begitu? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.


Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.


"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.


Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.


"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya


Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.


Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

sumber : email dari sahabat2 cinonex..




cuma yang tak pasti mengenai neil amrstrong pergi bulan..betul ke yang die pernah sampai ke bulan??atau sekadar rekaan semata2 dari pihak usa, nanti la cinonex godek2 semula ape yang berlaku mengenai nye..tapi bab kaabah tu dah pasti la cinonex meyakini keistimewaanye di bumi ini..






p/s..agak2 ada rasa insaf sikit tak betapa agung nye kebesaran allah swt..

replika ferrari terkecil di dunia

assalamualaikum dan bismillah


helooo..selamat berhujung minggu la kepada rakan2 semua..malas cinonex nak sembang lebih2..semua nye selamat2 la yea..kite jamu mata dengan gambar2 jela..cinonex tak larat nak naip panjang2..meh tengok replika ferrari model f4o terkecil ni ha..


cinonex kan habit dengan benda2yang kecil ni..













sangat terpeinci..meroyan kalau cinonex nak buat ni ha..bahagian yang terbaik sekali ialah memiliki satu kunci dan ia boleh di kategori sebagai kunci terkecil di dunia..






p/s..kalau jual agak2 berapa harga die ni??

Thursday, 19 May 2011

cinonex terdejavu lagi

assalamu'alaikum dan bismillah


helooo..yehaaa ni la die habit cinonex..bila dah terupdate satu entry mula la nak update banyak2 entry silap2 kerja lain ape pun tak jadi..tapi bagus jugak cinonex bukan buat ape pun kat opis ni ha..cinonex dok makan gaji buta jea..kalau sapa2 nak join crew cinonex jangan malu2 nak anta resume..haha


cukup2 mukaddimah tu..tak perlu sekapur sireh yang panjang2..dejavu?? mesti ade mereka2 yang tak tahu ape maksud dejavu..cinonex pun tak ada la tahu sangat pasal ape itu dejavu..nak percaye lebih2 pun tak boleh jugak kan..



Definisi Deja Vu

Deja vu berasal dari kata Perancis yang berarti “telah melihat“. Kata ini mempunyai beberapa turunan dan variasi seperti deja vecu (telah mengalami), deja senti (telah memikirkan) dan deja visite (telah mengunjungi). Nama Deja Vu ini pertama kali digunakan oleh seorang ilmuwan Perancis bernama Emile Boirac yang mempelajari fenomena ini tahun pada 1876.



ok cinonex bagi contoh yea..korang datang ke suatu tempat yang baru pertama kali pergi atau datang tempat tu..tapi rasa macam familiar sangat dengan tempat tu..rasa macam selalu jea pergi padahal itu adalah kali pertama..kadang2 korang tak pasti dan macam mane korang rase tempat tu macam dah biasa je korang pergi..



ok itu la serba sedikit nak cerita maksud dejavu ni..nanti cinonex bebel panjang2 kat sini tak ada orang nak bace pulak..jangan malu2 nak search yea..semua cinonex nak suapkan kurus la cinonex macam ni..ke korang nak cinonex suapkan dengan laptop 14 inci ni ha..besar ni wey hempuk anjing pun mati..hehe



itu dari segi kajian manusia la..perkara yang biasa berkaitan dengan dejavu ni mesti berkaitan dengan tido dan roh..ada yang mengatakan roh kite berjalan..



Di dalam ayat Al Quran ada dijelaskan tentang kedudukan roh ketika tidur ini, dan memang Allah SWT memegang roh orang yang mati dan ketika tidurnya, dan melepaskan kembali sampai waktu yang ditentukan.

Firman Allah SWT maksudnya: "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir". (Az Zumar ayat 42)




itu jela kot yang cinonex nak gebang..bukan ape cinonex mengalami sesuatu perkara yang cinonex rasa macam biasa sangat..tapi padahal baru jea pertama kali..meh kite layan lirik lagu dejavu..weeeeee



dr.kronik - dejavu

denunganmu, dejavu
Senyumanmu, dejavu
Sentuhanmu, dejavu
Lirikanmu, dejavu…

Bagaikan satu kejutan
Keluar pintu lamunan
Masuk ke pintu impian

Bisikanmu dejavu
Belaianmu dejavu
Sentuhanmu dejavu
Rangsanganmu dejavu

Leburkanlah kekalutan
Yang yang kaburkan oh! Pandangan
Aku dalam pencarian…

Leraikanlah rantai yang membelenggu
Ku yang dah jemu, aku dah lesu
Ku yang tak tentu hala tuju
Aku merayu…

Leraikanlah rantai yang membelenggu
Ku yang dah jemu, aku dah lesu
Ku yang tak tentu hala tuju
Aku merayu…

Hanya mampu merayu…






p/s..waaa lame dah tak update blog macam ni..huhu

cinonex dah jatuh

assalamu'alaikum dan bismillah



helooo..salam ler cinonex ucapan kan pembuka bicara selepas lama tak ade..ape ke hal nye la cinonex ni jarang sungguh nak update blog..sebab tu la cinonex dah jatuh sekarang..jangan fikir bukan2 ok..


bukan cinonex yang jatuh bergolek atau tergolek tapi ranking alexa cinonex dah makin jatuh..yela dah jarang nak update blog kan..blogwalking pun dah tak buat..tungguuuuu cinonex yea sekarang ni belum abis bertapa lagi..lepas ni siap la akn cinonex balas dendam semula..hehe


ok la malas nak bebel panjang2..buybyeee

Thursday, 12 May 2011

tak perlu menyusahkan orang lain jika tidak berkemampuan!!

assalamu'alaikum dan bismillah


heloo..entah kenapa dari hari kesehari cinonex semakin tidak berminat untuk menulis sesuatu..tapi cinonex susurkan langkah juga mungkin tiada apa2 isi..mungkin dek kerana gangguan masalah kesihatan dan masalah hati orang kate..mungkin orang melihat cinonex seperti orang lain tapi pada hakikat hanye cinonex dan die saja yang mengetahui..emm



mungkin juga kerana kesibukan kerja..jangan fikir yang tidak2 bukan sibuk buat kerja tapi sibuk buat taik mata..bagus kan cinonex,pekerja contoh la kata kan sila ikut cara cinonex..konfem kau tak pergi sekolah kalau termakan hasutan cinonex tu,haha..gelak tak iklas sebenarnye..sekadar menghiburkan hati..



ok cukup2 jangan nak nasi tambah cinonex duk cerita benda2 yang tak berfaedah..tak perlu menyusahkan orang lain jika tidak berkemampuan!!..pehh memang pendek sungguh title entry nye ha..yea jangan menyusahkan orang lain kalau dah tak mampu..lebih baik batalkan sahaja hajat korang tu sampai benda yang tak patut korang buat pun korang terpaksa buat juga bagi memenuhi kehendak orang lain..



banyak lagi cara yang boleh korang lakukan untuk mendapatkan wang tak perlu sampai orang parking kereta depan rumah sendiri pun korang nak saman..dah tu nak parking kat mane?dalam bilik kau ke?..ada otak boleh berfikir dan boleh menilai sendiri..tak perlu bertegang urat atau ape sekali pun..



tak perlu berkata apa..diam dan senyum jea tanpa muka bersalah..!!









p/s..kenapa benda ni datang balik pada cinonex..semakin diusir semakin hampir..

Tuesday, 10 May 2011

cantik ke mewarnakan rambut?

assalamu'alaikum dan bismillah


helooo..selamat malam la cinonex ucapkan kepada mereka2 yang tengah membutakan mate korang..jangan fikir tidak2 bukan mata buta macam ala kasim tu..tapi membuat taik mata la ayat yang lebih sedap..cukup2 sekapur sireh..kejap lagi berbuih nak bace entry cinonex yang rasa panjang meleret2 ni ha..ape hukum warnakan rambut??




sabda nabi SAW yang bermaksud : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan


Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.


Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-


1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.



HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.


Dalil mereka :


a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.


2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.


3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.


Dalil mereka :


a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)

b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)


Sukar disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing..


kesimpulan hukum

Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.


Rujukan – Jabatan Agama Islam Selangor



cantik ke warna kan rambut ni??..dah elok2 rambut tu warna hitam..takkkk nak jugak rambut warna macam kene kencing tak pun macam kene racun rundap..eh betul ke eja macam tu..ah lantak la labu malas nak cek ejaan die..abis berkarat sane sini..



kaum2 wanita cinonex rasa ramai jea yang warna kan rambut..tapi tak nak sebut pasal wanita ni..nak sebut pasal lelaki..lelaki tak kurang hebatnye jugak..kau nak tranfom ke bila malam menjelma..kau nak jual stor kunyit ke ape nak warna2 rambut..


cinonex bukan ape..cube bayangkan kalau kite warnakan rambut..tup2 is dead secara tiba2..tak ke menyusahkan orang yang nak menguruskan jenazah kite tu??..fikir2 kan la kalau anda seorang muslim..cinonex tak kata cinonex baik cume terfikir..


pernah tak korang dengar satu cerita arwah datang dalam mimpi mak ayah die minta warna kan rambut die yang berkarat tu kepada warna rambut die yang asal??





p/s..salah silap sila perbetulkan..cinonex ni buah cempedak lagi..blum bertukar jadi nangka..haha

seminggu tak berupdate

assalamu'alaikum dan bismillah


heloooo...yehaaaa selamat2 kepada rakan2 blogger semua..cukup la seminggu cinonex bertapa atau lebih sedap muhasabah diri..yes sekarang kembali untuk memeriahkan dunia blog..ok cukup malas nak taip banyak2..buybye..

Wednesday, 4 May 2011

kek dan lilin ulang tahun kelahiran

assalamu'alaikum dan bismillah


heloooo..selamat petang kepada rakan2..mata dah naik lebam biasa la menahan ngantuk selepas mencekik tengah hari..sila lakukan pekerjaan anda dengan jujur dan seiklas hati yea jangan curi tulang tinggal daging..


kek ulang tahun kelahiran..yes bila time ade jea tahun kelahiran kek pasti tidak telepas..tapi boleh ke nyanyi2 sambil tipu lilin ni ha..ok la malas nak gebang lebih2 buat tambah dosa jea..




Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin


Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.


Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.


Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.


cinonex beli kek ni dekat sini


Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.


Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?


Sumber: Al-Azhar Ad Din



ok sebenarnye bukan ape..cinonex nak ucapkan selamat ulang tahun kepada teman cinonex..semoga peningkatan usia mu sejajar dengan amalan mu..semoga panjang umor di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan..tak lupa jugak harap dipermudahkan segala urusan harian mu..

dan tak lupa2 jugak cepat2 bertemu dengan pasangan hati mu agar lengkap dalam melakukan ibadah allah swt tuan kepada tulang rusuk..cinonex tak sabar nak makan nasi minyak orang kawen ni ha bukan nasi minyak beli kat gerai tu ok..tapi cinonex tak nak la makan nasi minyak yang biasa2 ni..kurang2 nasi minyak dan lauk pengantin..haha

jangan fikir yang tidak2..




p/s..kunfius sungguh la..ada ke orang buat kek hari jadi macam kek dalam pic tu..dah macam kek orang kawen dah..haha

kisah sejarah nabi muhammad - part 4

assalamu'alaikum dan bismillah


helooo..malas nak cerita banyak2 atau mencarut tanpa ada isi2 yang penting..mulakan hari ni entry dengan sikitttt islamiyah...sikit jea tak banyak jangan nak pening2 kepala macam orang perempuan mabuk ada isi..nak bace entry sebelum ni meh tenyeh sini part 3..



Kaum Muslimin Dan Isa


Islam melarang kaum Muslimin merendahkan kedudukan Isa - kerana dia hamba Allah yang diberiNya kitab dan dijadikanNya seorang nabi, dijadikanNya ia orang yang beroleh berkah di mana pun ia berada,

diperintahkanNya ia melakukan sembahyang, mengeluarkan zakat selama ia masih hidup, dijadikanNya ia orang yang berbakti kepada ibunya, dan tidak pula dijadikan orang yang pongah dan celaka. Bahagia ia tatkala dilahirkan, tatkala ia wafat dan tatkala ia dibangkitkan hidup kembali..


bersambung next entry..



see cinonex bagi sikit jea kan tak bagi korang pening2 punya la..karang mabuk plak bace entry cinonex selepas lama tak update..salah silap sila perbetulkan yea..

rekod peribadi

bismillah dan assalamu'alaikum


helooo..yehaaaaaa kembali menconteng di ruang blog setelah betapa 3 hari tak buka blog tak tengok tak cara semua berkaitan dengan tak..cukup2 muqaddimah pembuka biacara dengan ayat yang semakin skema tidak seperti biasa..


tidak kemana2 sekadar masih mencari diri yang hilang..tu yang duk bertapa sekejap..akan kembali aktif seperti biasa..rekod peribadi la ni sebab dah tiga hari tak tengok blog sendiri..mesti ada mereka2 yang menanti entry2 yang sengal dari cinonex yea..jangan risau akan kembali aktif seperti biasa..weee


salam bekerja dan student2 semua..malas nak gebang banyak2..buybyeeeee

Sunday, 1 May 2011

selamat pengantin baru!!

assalamu'alaikum dan bismillah


helooo..selamat berhujung minggu..kepada warga kuantan selamat la berheboh2 yea..tak kuasa cinonex nak berimpit berpeloh2 dengan orang ramai tu ha..


tak lupa jugak pada sahabat cinonex yang dah pun bersanding semalam dekat terengganu yea..nasi minyak ko sedap..nak tunggu nasi minyak cinonex lambat lagi la..dan berbuih mulut ko ngata cinonex baru cinonex kawen,haha..cane bleh lupa nak snap pic ko semalam yea..



barakkallah - maher zain


We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

(chorus)

From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

(Chorus)

(4X)
Barakallah

(2X)
Barakallahu lakuumwalanaa

Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(4X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir



tak lupa jugak pada someone yang di ijab kabul kan pada hari ni 1 mei..semoga berbahagia cinonex ucapkan hingga akhir hayat..ampunkan cinonex kerana tiada kekuatan untuk hadir di majlis kau..hanya doa saje yang mampu cinonex kirimkan..kite perlu tahu dan cube memahami ape itu cinta yang sebenar dalam islam..peace =)




p/s..menyendiri lagi..